Tuesday, June 13, 2006

Jiwa kacau

Kononnya minggu ni baru nak berangan puasa penuh. Tup-tup pagi ni masuk
hari kedua dah bejot. Hmm awat le cepat seminggu aku dok fikir minggu
depan. Anyway mood aku baik le pulak sekarang ni tak de le tanda2 mcm
orang yang anginnya tak menentu.Atau ibarat orang yang mentalnya block
atau jiwanya kacau. Anyway anon yang hantar komen semalam tu aku ucapkan
terima kasih sebab membetulkan ejaan punctual aku tapi tak payah lah nak
menyelam sambil minum air siap ada agenda kutuk mengutuk lagi. Tegur
secara elok pun boleh sure aku ucapkan terima kasih. Dengan ucapan dari
tuan punya blog ini tak payahlah dok sibuk nak baca blog ini kalau
sekadar untuk berbusuk hati dan berdengki-dengki sesama umat - teruk
benar sakit hatimu itu mcm perlukan rawatan ICU. Dengan segala hormatnya
diminta melupakan alamat blog ini. Terima kasih. Kalau anon ada blog
sendiri tentu englishnya sungguh perfect 100% dan sungguh hebat gaya
penulisannya ala-ala hikayat dewa merong mahawangsa atau pun ibarat
penulisan kisah Shakespeare yang terulung lagi efisyen giteeww boleh.
Syabas dan tahniah diucapkan.

Rasa aku gaya penulisan aku kebelakangan ini agak membosankan. Heehh
biasalah adat kehidupan ada pasang ada surutnya.Ada hari gembira ada
hari duka.Aku masih di hari-hari gembira alhamdulillah..heehh sebab
kalau tak perang dingin ngan hunny kira hari gembira la. Alamak aku dah
start bersentimental ini mesti sintom2 yang aku dapat dari sang bejot.
Anyway Tee saya dah berjumpa ustazah berkaitan dengan penyakit yang
merisaukan hari tu. Alhamdulillah sekarang ni beransur2 baik dan saya
pun sedang menjalani rawatan untuk penyakit yang lain....lega sekali.

Marilah menceriakan diri anda. Nampaknya ketegangan yang berlaku di
forum TS dah berkurangan sedikit. Alhamdulillah. Aku harap diaorang ni
hentikan lah sifat kritik mengkritik sesama jiran mengata mengutuk dan
"menjaja cerita". Rupanya tanpaku sedari aku pun ditikam dari belakang
oleh orang yang belum pun duduk di TS itu sendiri. Sedih aku
mengenangkannya. Itulah jiran yang nak tolong kita suatu hari nanti
kalau dah berdingin mcm ni mcm mana tu ek. Hmm banyak keburukan dari
kebaikannya.

As per our activity plak, malam tadi fifah datang umah aku lepas Isyak.
Kami berdua keluar mengedarkan flyers kepada AJK lorong untuk aktiviti
bulan bulan 6 ni. Dan yang terbaru ada dua kursus yang akan berlangsung
hujung bulan ni dan bulan 7 nanti iaitu Kursus Pengurusan Jenazah dan
Kursus Menghias diri dan solekan makan malam selain dari aktiviti
bulanan yang kami jalankan seperti Hi tea yang akan berlangsung sabtu ni
turn rumah cikgu Zura. Syikin kalau awak berminat nak join kursus
pengurusan jenazah kami nanti boleh lah bagi nama. Kami rasa kursus ini
penting dan perlu sangat memandangkan penduduk TS ni majoriti muda-muda
belaka. Kalaulah berlaku kematian dikalangan kaum wanita atau
kanak/kanak atau bayi siapa lagi yang kami nak harapkan kalau bukan
dikalangan kami sendiri.Tapi kursus ni agak lama iaitu 5 jam dan peserta
dikehendaki membawa sendiri peralatan dan kelengkapan pengurusan jenazah
kecuali kain kapan disediakan..Kami plan nak buat di surau Taman Sutera
pada hujung minggu yang akan ditetapkan.

Dan malam tadi jugak taman kami gempar lagi. Rupanya dalam pukul 8.00
malam taman kami dicerobohi oleh sebuah kereta perdana hitam yang
mencurigakan. Bila cek no pendaftaran sah no tu no tipu sebab no
pendaftaran yang diguna pakai adalah untuk sebuah kereta Nissan AD
Resort berwarna merah (best juga kalau ada member yang jaga database JPJ
ni. Itulah kepentingan kawan). Rupanya perdana tersebut adalah suspek
bagi kes pecah kereta di taman jiran dan juga kes kecurian yang terbaru
di taman kami pada minggu lepas.

Buat masa sekarang ni aku sibuk lagi nak menghias rumah. Aduh sempat
lagi gittew...semangat dah berkobar-kobar dan nampaknya bukan setakat
menyelak kitab hadis kitab anjung seri pun dah bersusun tunggu turn
untuk diselak.

9 comments:

Kaklong Syikin said...

KS, tq ajak saya ke sana. jauh sgt nak ke sana sebab saya di gombak, lps tu tak blh drive sendiri. tak pe, nanti share dlm blog ni ye..

baguslah penduduk TS ni alert dgn perkara2 yg mencurigakan..harap2 kes tu cepat selesai.

ha, cepat2 hias rumah, si anjung seri yg tertingkat2 tu pun dah bising kot bilalah depa nak dibelek2 pulak :)

ada makcik saya, mmg rajin dia hias rumah refer guna anjung seri. saya ni menyewa lagi, jd tak delah heboh nak cantik mana pun.

NONIE AZIZ said...

bagus ko nasihat kat ano tu...moga dia insaf..dah berhias tu jgn lupa updet kat fotopages...lagi satu warna pilik ko warna purple ke?

Sir Mute Key Chicks said...

kena serangan anoni juga ker?hehe.dah kena virus.

Ayu Mohamad said...

zira, apa tindakan korang maik pada perdana tuh wei??? seram sungguh aku nih...

mana nya komen si ano tuh aku nak baca *biasalah makcik woks hahahaha

aNIe said...

Ks...dalam blog world ni memang ramai yang bersikap seperti anon tu...biarkanlah mereka dengan dunia mereka...dunia mereka yang sakit jiwanya...

Wow!! seronok dpt hias rumah ala-ala Anjung Seri...kak lady ni kalau nak menghias camtu ...alamat banyak yang kene beli...sebabnya perabut umah kak lady ala kadar aje... :)

WRA said...

mcm2 jenis org kat dunia ni....kena bersabar je la kita ek?

Anonymous said...

ha'ah la..mananya komen ano tu?nak gak baca....

Anonymous said...

Dear Zira,

Dah lama aku tak jenguk blog ko. cemaner buleh jadik kes cam nie?..

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.