Tuesday, June 27, 2006

Jualan Amal Surau TS

Bila hari gaji tiba perkara pertama yang aku buat ialah lunaskan hutang-hutang yang tertunggak. Siapa kata mak tak banyak hutang? Hutang aku banyak berkarung-karung kihh kih…sungguh aku tak tipu kalau tak berhutang tak boleh buat harta kata aku tapi kata hunny kalau banyak hutang pening kepala jadi dia lebih suka stick pada kenyataan dia dan tetap bertahan sampai hari ni. Cayalah yang bila agaknya saya nak mengikut jejak langkah awak kan yang kan. Lunch time aku settlekan duit kete ayah dengan duit CC itupun dah selamat 1K. Selebihnya hutang aku dah ditolak siap-siap melalui potongan gaji. Cuma sekarang ni tinggal lagi 500 nak hantar ke kampong duit mak dan duit ayah nanti aku kirim pada adik perempuan aku yang nak balik kampong hujung minggu ni. Bila dah bayar semua baru rasa lega. Baru boleh bernafas dan adjust yang balance2 untuk aku belanja dan untuk aku shopping. Aku kan anak yang baik..amin..amin Alhamdulillah walaupun masuk bakul angkat sendiri tapi ni lah commitment namanya. Kata kunci hari ini ialah disiplin. Jadi tiap-tiap bulan disiplinkan diri anda jadikan membayar hutang dan tolak saving siap-siap adalah agenda utama setiap kali dapat gaji.

 

 

Idea fifah ngan farid memang brilliant. Dan alhamdulillah mendapat sokongan yang jitu lagi padu dari geng2 di TS. InsyaALLAH kami akan buat jualan amal surau taman Sutera pada minggu 8 Julai 2006. Kisahnya bermula begini, buat masa sekarang kami menyewa sebuah rumah corner lot untuk dijadikan surau sementara. AJK surau membuat kutipan bulanan RM10 sebulan setiap rumah bagi menampung kos sewa rumah tersebut sebanyak RM800 sebulan. Banyak kan. Sekarang ni tuan rumah nak semula rumah tu jadi kami lepas ni nanti kami akan terkontang kanting tiada surau. Untuk itu kami sedang bergiat mengumpul dana untuk mendirikan surau sementara di tapak masjid. Dengan itu wujudlah idea jualan amal yang kami nak buat.

 

 

Aku suka memang sangat suka lagi-lagi bila melihat sokongan dari kawan2 setaman yang memang mampan sekali. Alhamdulillah banyak yang nak menyumbang barang terpakai dan nak buat jualan dan tak kurang yang nak menyumbang tenaga termasuk dari geng2 di apartment. Tapi yang tak bestnya fifah pilih second Saturday dan dah siap buat arrangement dengan geng wireless dan streamyx di mana aku kerja waktu ni. Aku plak memang dah ada barang yang aku nak jual pada harga runtuh haritu nanti dan sebahagian dari kutipan jualan akan aku sedekahkan pada tabung surau. Aku dok pening siapalah nak tolong jaga table aku nanti. Kesian plak kat fifah yang jadi host sure tak cukup tangan makcik tu nanti. Aku plak akan start edarkan flyer ke taman sebelah minggu depan mungkin pada hari selasa atau rabu Moh jom pakat ramai-ramai datang ke jualan amal surau taman sutera pada 8 Julai 2006 bermula jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang.Kalau sambutan hangat mungkin akan dilanjutkan hingga jam 5.00 petang dan jualan ini memang kami akan buka kepada taman2 yang berhampiran.

 

 

Malam ni plak tugas aku nak merecce pusat bowling di warta. Salah satu cara lagi kami buat kutipan adalah melalui pertandingan bowling yang macam pernah kami anjurkan dahulu. Korang mesti tertanya-tanya balik2 aku ngan fifah aje yang uruskan…heeh hehh kami ni kira cam bionic women..lebih senang kami berdua sebab bila keluar kami tak perlu bawak beg tangan yang berderet (syukur ada suami yang faham dalam waktu2 begini),kecuali kalau aku ke kelas agama atau bacaan yaasin aku akan angkut deena sekali. Urusan memang kami terpaksa buat belah malam plus siang masing2 kerja. Lagipun aku syukur sebab hunny mengizinkan untuk aku keluar dan hubby fifah pun sama. Bila kami berdua kerja jadi pantas dan cepat sebab tak ada anak-anak. AJK lain aktif membuat kerja2 dalaman. Untuk jualan amal ni ada ajk yang buat kutipan majalah dari rumah ke rumah. Kira ajk kami semuanya memang aktif2 belaka, ringan tangan dan komited dengan tugas yang diberikan. Semoga jualan maal menjadi kenyataan. Nantikan kemeriahannya di sana..

3 comments:

zino said...

ks
semuga niat murni tu mendatangkan hasil.. dan mendapat ganjaran sewajarnya..

blackpurple @ jowopinter said...

Sambil berriadah, berkumpul2, beramal jariah juga. 3 in 1. Alhamdulillah.

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.