Aku rasa mcm tak nak tulis blog harini aci tak. Sibuk sikit pagi ni dengan kerja-kerja data conversion. Portion aku dah siap dan dah pass pada teammate yang sorang lagi. Rasa macam tak sedap hati menyampah bila aku ada rasa mcm ni. Takut ada apa-apa yang nak jadi…mudah-mudahan tak de la…Nak keluar malas lunch time pun terperap kat opis mengadap pc. Padahal aku tahu kat bawah tu ada jualan harini. Is pun ajak tadi tapi aku yang tak dak mood.
Semalam balik opis kami singgah SCP. Aku nak beli puting botol dan jugak selipar baru untuk anak dara. Anak aku ni memang hantu menggigit puting. Dua-dua deena and Ilman pun sama tu yang mak pening kepala ni pasal asyik nak kena beli puting aje pulak. Ilman lagi teruk kalau gigit puting tu memang takde belas kasihan langsung sampai berlubang besar kawan tu dikerjakan. Aku beli putingi yang cikai punya pureen kalau beli avent 2 ketul dah RM13 semalam beli 3 ketul RM5. Tak tahu le berapa lama leh tahan. Padahal puting yang sebelum ni tak sampai dua minggu aku tukar. Agaknya tak de ke puting jenis plastik dipasaran ek. yang jenis kalau budak-budak gigit tak koyak kot manalah tahu kalau dah ada tapi aku yang tak aware kan. Shopping jajan sikit untuk aku dan anak-anak. Beli rebina untuk diorang. Hmm si kakak sekarang dah pandai demand macam-macam semua nak beli camni selalu kopak kalau bawak dia pergi pasaraya kalau addy ada sekali tak pe lah jugak boleh gak mama ni tepis kat addy mana-mana yang patut. Jajan wajib beli feel fresh, mr potato, vitagen, biscuit, roti, super ring, coklat, sweet biasalah untuk stok anak-anak kat umah. Pastu beli selipar pooh untuk anak dara tapi dia tak berapa suka pakai still prefer pakai kasut hitam yang dah nak lunyai yang mak melaka beli. Dulu deena kata kasut tu tak kelas tapi sampai tapak nak tercabut pun masih nak pakai lagi. Pagi tadi aku paksa gak deena pakai selipar baru tu. Suka tak suka kena pakai juga…hmm pakai ajelah kakak nanti apa plak kata orang yang tengok kakak pakai kasut dah tak de tapak..
Poster untuk jualan amal dah siap. Poster special deal aku pun dah siap Aku try nak publishkan kat blog tapi tak boleh…Malam tadi kami berempat dok bincang pasal banner dengan poster kat rumah indra. Nasib baik ada designer kat taman kami yang sudi nak sponsor banner kain siapa lagi kalau bukan en indra tu thanks indra and ruby. So kira bab promosi dah settle. Aku tengok kat groups memang rancak. Semua orang dok look forward hari jualan amal ni. Dan ada lagi tambahan sumbangan makanan.Kalau lagi ramai lagi meriah dan lagilah seronok. Kawan-kawan blog di kawasan berhampiran pun dijemput hadir ok. Ni bukan ajak-ajak ayam tau…ni memang ajak-ajak kerbau punya. Nampak jualan amal ni macam mini carnival yang kami rancangkan. Oklah at least sebagai permulaan nak tengok kerjasama dan sambutan penduduk TS dan juga penduduk taman berhampiran. Kalau sambutan menggalakkan mungkin boleh jadi monthly even macam car boot sales pulak.
Pastu email dua hari lepas tiba-tiba tercetus idea diorang nak mintak hunny buat pertunjukan heli. At least something different dan boleh jadi tarikan. Aku lom discuss ngan hunny tapi kalau setakat nak suruh dia main heli belah petang tu memang rasanya tak de masalah sebab sabtu memang working day hunny. Cuma problemnya sekarang diorang cadang suruh kami buat pameran mainan Remote Control hunny sekali. Yang ni pun memang tak de masalah…Cuma masalah masa hari amal tu nanti siapa yang nak tolong menjaga barang-barang tu pulak sebab aku pun dah sibuk dengan gerai jualan aku. Tu lah kami dok fikir…nak pinjam kan semua tu memang tak de masalah tapi nak menjaga tu memang bermasalah lagi-lagi kalau dah ramai-ramai dok kerumun nanti. RC hunny banyak jugak dulu aku dah pernah cerita antaranya kapal terbang RC besar, heli besar, 3 heli kecik, hovercraft, bot, racing car dua, motor and robot plus motor racing kecik yang menjadi kegilaan kanak-kanak kat TS. Itu pun diorang mintak letak sekali sebagai bahan pameran. Tunggu sampai ada yang volunteer untuk jadi pengawal barang tu nanti barulah kami rasa lega nak hantar barang2 tu sebagai bahan pameran. Sebab bukan murah pun benda2 tu semua.
4 comments:
KS:
Lama tak datang. Sibuk, click2 kat yang melawat maklang jek.
Budak2 tu kena bagi puting kerbau kot. Anak2 maklang pun gitu. Kejap2 beli puting baru. Kesian puting2 tu, kalau boleh menjerit sure dia jerit. Sakitnya mesti macam masa mereka gigit puting mak dia kan....
KS nie puting botol ker bukan? Anakanda ari tuh kami gunakan kegiatan dia mengigit puting (bukan botol) utk stopkan tabiat hispa puting. Kali kedua dia gigit puting sampai putus...bila anakanda minta puting, mem bagi puting yg dah putus tuh... 2,3 kali mintak..anakanda pun dah fed-up...terus berhenti hisap puting..he..he..he..
nasib baik la T&N tu tak menggigit puting. kalau tak jenuh la.. diorang plak dah biasa puting pigeon Y itewww. kalau nak ganti tiap2 bulan, baik bukak kedai jual puting. ekeke..
Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.
Post a Comment