Wednesday, June 07, 2006

Mimpi Kak Lady

Bagi aku sedikit masa. Aku mencuri masa sebenarnya. Ada 15 minit tapi aku perlu 5 minit untuk tulis blog dan 10 minit untuk solat. Harini dah masuk hari ketiga aku training. Kalau ikutkan hati pemblog tegar aku ni mau aje rasanya mengular dan menaip sepatah dua kata bila sempat. Tapi apakah daya training kali ni memang pack banyak benda aku nak kena buat sebelum final presentation aku on this Friday. Wish me luck ok. Hopefully aku boleh present sebaik mungkin dan lulus TOT training ni dan boleh jadi tenaga pengajar seperti yang aku idamkan sebelum ini.



So sepanjang training ni aku terpaksa tumpangkan deena di taska sebelah. Aku suka pergi Training sebab Ilsa* dekat aje dengan rumah. Jadi aku tak perlu kaluar rumah rush seperti yang aku terpaksa lakukan setiap pagi ketika nak ke pejabat. Ini lagilah menguatkan azam aku untuk mintak tukar ke sini. Hmm aku nak tukar jimat duit mintak, tak payah nak kuo rumah terlalu awal….pastu pukul 5.15 dah boleh sampai kalau aku keluar sharp 5.00 petang



Semalam aku pergi opis modal ehsan untuk settlekan hal buyer get buyer tu…iskhhh geram jugak padahal dah lama aku submit form tu…semalam diorang call suruh sign semua dua2 form tu. Kawan yang aku intro tu agaknya dah tertanya2 bilalah nak dapat habuan masing2. Don’t worry aku akan share duit tu dengan korunk (tiru bahasa Fifah). Hmm korang nak tahu dua hari ni aku tak sempat baca email apatah lagi membaca blog2 korang semau. Maaf kan aku lah yek..kalau boleh memang le nak bertekek kat sini baca blog korunk…harini aku khatamkan semua email. Sanggup makan lunch secepat mungkin.




Well sekiranya Kak Lady baca N3 aku harini pasti kak Lady tersenyum simpul. Ada ke patut malam tadi aku mimpi aku akan berkahwin dengan anak bujang kak lady……ampun yang…saya pun tak tahu padahal kak lady ngan anaknya tu pun aku tak pernah jumpa. Siap aku mimpi anak kak lady bawak aku naik naza ria. Baik orangnya berkulit hitam manis….kuang kuang kuang…hehhh tak de lah yang saya mimpi aje…tak tahu le mcm mana lah boleh mimpi benda2 yang emnagrut ni…yang best tu dlm mimpi anak kak sya pun ada sekali…Kak lady saya mendapat gambaran muka akak dalam mimpi saya…pheeewitttt bakal mak mentua….tapi in real tak tahulah muka tu sama atau tak….kak lady dalam mimpi saya orang yang berkulit cerah…badan tu sesedap mata memandang..bahasanya pun santun aje semasa sessi meminang…raut wajahnya manis dan ceria…kira cun lah…phewwwwittt yang bestnya siap tak tahu yang bakal menantu ni pun penulis blog tegar macam dia…kah…kah…kah…oki time up…..dah lebih 5 minit nak solat plak…

13 comments:

NBK466 said...

Emmm...musykil sungguh mimpi ini.... 'atuk' kena rujuk kitab tafsiran mimpi nie..he..he..he..

Sya said...

heh.. anak kak sya pun ada.... ?? mushkil gak ni.. emmm?????

aNIe said...

Hahaha...kopisuam....mcm semua betul aje...cuma yang meminang & nak kawin tu aje dah melencong ...heheheh....

Kalau KS mimpi akak ni cun...betul lerr tu...kalau tak cun...silap orang kot...hahahhaa....adoi!!..*guling2 ketawa ni*

Kopi Suam said...

Atuk tolong le rujukkan kitab...saya pun pelik lah apasal le asyik mimpi pelik2 mcm ni..takut dibuatnya....

Ahah lah kak sya siap lagi kulit hitam manis budak tu...rambut mcm kerinting...kih kih kih

kak lady memang le silap dah sah2 mimpi..saya pun nak terkelakar mcm manalah saya boleh mimpikan akak ek...pelik betul

tee said...

eh, apa punya mimpi daaa...

NONIE AZIZ said...

hehehehe...dapat aku bayangkan kalau KL tau KS ni yang bakal jadi menantu dia...mesti kelam kabut punya...hah...ko nak kawin ngan KS...ko biar betul2 nak..dia tu kawan blog ibu tau!!muahahahah

Mamamanja said...

hehehehe... sib baik mimpi tuh cuma mainan tidur jerk!

Ayu Mohamad said...

uuladehhh zirap kok ye pon ko mmg org melaka tegar takyah le sampai ko mimpi kawen dgn anak kak lady hahahahah lawak sungguh

Anonymous said...

weii dah bersawangler blog ni - dzirhans

aNIe said...

Kopisuam...baca komen MR tu...tergelak akak...dok bayangkanlah akak cakap kat anak tu mcm MR cakap tu...hahahah

BooK said...

kopi:
panjang sepatah dua kata kau. ahaks*

maklang said...

bagus jugak blogging ni....boleh dapat berbesan and bermenantu...

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.