Monday, June 12, 2006

Sungai Besar in memory

So hari ni aku declare sebagai hari menyapu sawang di blog Kopisuam. Anyway last friday ada seseorang yang aku rasa sebagai pembaca blog telah called aku sebab dia kata "hello ni kopisuam ke". Tapi malangnya masa tu kami tengah buat final presentation lagi plak line waktu tu tak berapa nak elok. Habis kelas aku try call semula tapi malangnya itu nombor opis yang mintak aku untuk dial extention. Hopefully orang tersebut boleh call semula.
 

Aku pun dah tak tahu mana nak start. Iyelah aku dah lost track since last saturday sampai lah ke ahad yang baru ni. Jadi aku mulakan kisah yang tertinggal itu dengan perjalanan kami ke majlis perkahwinan salah seorang classmate aku masa kat UUM. Pagi tu seperti yang telah dijanjikan maka ina, norm dan nora pun sampai ke rumah aku dalam jam 9.00 pagi. Waktu tu aku masih terhegeh-hegeh belum sempat mandi pun sebab sibuk dok buat breakfast dan masakkan lauk untuk hunny. Kami berkumpul di stesyen star bukit jalil menunggu pula ani, ikie dan cik li. .Perjalanan kami hari ini agak jauh iaitu ke Sungai Besar.Maka bertolak pada jam 9.45 berkonvoi dua kereta, kereta aku yang ada 3 dara pinggitan dengan dua mak dara (ani pun datang dgn anak dia yang sulong) dan kereta cikli yang ada ikie lupa daratan perasan bujang. Ikie bujang sekejap sebab wife dia tengah dalam pantang dan dah balik kelantan serta cikli yang masih solo.
 

Drive punya drive sampai ke kapar kami berhenti untuk breakfast dan alhamdulillah ada penaja pulak breakfast kami pagi tu. Thanks ikie.. Anak ani yang umur 7 tahun tu siap dah muntah2 angin sebab perut kosong belum makan apa-apa. Kesian Athirah. Anak dara 3 pinggitan dah sempat isi perut dengan teh susu dan goreng pisang yang aku sediakan sebelum keluar tadi deena plak masih maintain lagi. Cuma aku ajelah yang sempat meneguk air secawan masa tengah sibuk2 kat dapur. Kami semua makan roti canai sorang sekeping termasuk lah Irdeena Maisrah makan roti canai sekeping...fehh caya lah kakak. Kami teruskan perjalanan mencari rumah pengantin. Ingatkan dalam sejam lagi tapi memang jauh lah Sungai Besar ni. Tepat jam 1.00 baru lah kami selamat tiba ke rumah pengantin.

Menurut pengantin malam sebelum tu hujan lebat dan ribut melanda (pengantin tentu syok tido waktu tu sure tak sedaq apa kan :). Maka memang lecak betul halaman rumah pengantin. Nak tak nak redah lah jugak sebab khemah untuk orang perempuan diasingkan dengan khemah lelaki.Ni kenduri ala-ala jawa gitu.  Khemah tang pompuan tu yang memang lecak. Tengah2 makan zarin plak tiba dengan khalil dan Bahiyah. Aikk bawak beg tangan satu aje ke...heeh hehh...lepas makan kami sembang melepak dulu bawah khemah sementara menunggu rombongan VIP yang sorang lagi dari Kuantan. Heeh Isz tiba dengan zuki...uishh machonyer zuki dan adik2 isz yang dua lagi. Lepas makan kami sembang dan tepat jam 3 kami berangakat 4 bijik kereta menuju pekan sungai besar.

Iskhh dulu aku ke sungai besar rasa cam lain...la ni dah lain. Ayat nak kena kaber nanti ina ngan norn mengutuk aku. Kata beria aje sungai besar tu ada macam2.Kononnya kami nak melepak lagi..susah nak berkumpul camni. Tapi isz nak balik kuantan secepat munkin siap plan kalau sempat nak pi zoo jumpa sedara mara. Zarin plak nak pi umah kakak ipar dia...dan Ikie dan cikli nak chow sekali dengan isz. Maka tinggallah kami cuci mata zat sambil pekena cendol. Hmm ada orang sponsor lagi..thanks Zarin...lepas pusing maka kami memulakan perjalanan pulang.Sungai besar ada dua 3 memori yang aku tak lupa. Pertama kisah abang Fesal yang ayu kenal kan dengan aku. Kedua kisah kak Aquil salah seorang anak sungai besar yang aku kenal melalui blog. Dimanakah kak Aquil sekarang. Kak Aquil ingat tak akak ikut saya balik melaka masa cuti hari raya suatu masa dulu.Dan kisah aku bermain netball di sungai besar dan ribut yang menakutkan.
 

On the way balik jalan plak jammed. Aku ni cam biasa pemandu yang memang thrill dan gamble main redah aje jalan dalam. Actually aku main ikut aje kereta2 lain. Alhamdulillah selamat kami tiba jalan besar semula dan lepas jammed yang merangkak2. On the way tu uishh macam2 sales yang mengujakan. Siap sempat tu berhenti kat mana eekk kapar ke meru ntah tengok sale kain...memang menarik sekadar mencuci mata. Pastu masing2 perut dan pun berkeroncong, kononnya nak singgah wak lemon yang di war2 kan oleh ina. Tapi apakan daya tak de rejeki nak makan soto wak lemon. Sanggup meredah kampung. Bukan dekat dari main road..ke dalam amat...patah semula dengan hati yang kecewa tapi belum sampai tahap kempunan.
 

Sepanjang perjalanan dari sungai besar  kat tepi2 jalan banyak betul pndok2 menjual jagung, mangga, mentarang, bantal kekabu. Dulu masa aku ke sana  ikut lalu sungai buluh tapi perjalana ikut kapar ni permandangan lebih menarik dan jalan pun lebih elok. Masuk federal highway masing-masing dah memang kebuluran. So aku pun suggest makan kat rstoran Curry House kat Jalan kelang lama. Rombongan Pak Ikie yang satu kereta lagi tu dengar khabarnya sesat barat di jalan ipoh. Maka kami pun calling ajak makan sekali kat OKR. Lepas makan balik tapi rombongans atu lagi sempat singgah untuk melihat2 perabot. Sabar aje lah. Aku plak balik lah cepat aikk macam tak hengat dunia dan tak hengat orang berdua yang tinggal kat umah tu.
 

Keseluruhan perjalanan memang menyeronokkan lagi2 dapat berjumpa kawan2. Lepas ni kalau wedding di Ipoh untuk dua2 orang dan juga wedding special di Kuantan haruslah kita berpakat2 dan berkonvoi2 lagi seperti ini occay. Dan orang yang pi wedding pada hari sabtu tu kalau kau ada tentu lagi havoc dan happening tau. Dan ina ingat kalau aku nak join konvoi ngan norizan, zarin, pinky aku kean memulakan perjalana sejam atau dua jam lebih awal....heeeh heehhh

1 comment:

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.