Friday, June 30, 2006

UO Petaling street

Sebenarnya tak masuk dalam agenda pun nak bershopping harini. Seperti selalu Jumaat aku prefer duduk opis surf interenet dan baca blog tapi hari ni kerana kesiankan opismate yang tak berteman nak berbelanja aku pun menyongket lah di waktu rehat. Aku temankan opismate yang nak ke UO di Petaling Street sebab hari ni ada sales untuk card members. Dalam tak nak beli tu kira kopak jugak lah dua belah tangan. Memang good bargain specially barang dapur dan pakaian.

 

Kelas agama malam tadi cam biasalah. Kami tiba bab bersuci dan hadas besar. Cara-cara mandi hadas besar yang betul. Kira kelas malam tadi sama menarik dengan kelas minggu lepas pasal ustazah cerita bab XXX sambungan minggu lepas tang masa bila orang pompuan wajib mandi hadas besar lepas bermesra2 suami isteri dan tang masa bila plak kaum adam wajib mandi. Semua kusyuk bagai bila masuk bab ni…heeh heehh  maklumlah malam jumaat masing-masing macam tak sabar nak balik aje…heehh part tu aku saja tambah occay. Aci tak giteewww heeh heeheh..so untuk kelas semalam ustazah kata orang perempuan kalau nak mandi hadas besar ada dua cara. Pertamanya samada memasang niat ketika membasuh salah satu anggota bawah Q**** atau D**** dengan cara menggosok2 pada bahagian tersebut (boleh mandi secara berdiri dengan kaedah ini) atau cara keduanya memasang niat ketika mencurahkan air dari atas kepala dengan syarat dalam kedudukan bertinggung atau menyangkung. Alhamdulillah setakat minggu ke-4 ni memang kelas kami sangat menyeronokkan dan banyak perkara baru yang aku discover.

 

Berkaitan dengan wuduk dan hadas besar pulak, dulu2 aku pernah dengar ceramah agama yang mengatakan kalau kita sudah mengambil hadas besar kita tak perlu ambil wuduk pun tak mengapa dan kita dah boleh solat. Tapi malam tadi ustazah tekankan bahawa niat hadas besar dan niat wuduk adalah dua perkara yang berbeza. Jadi walaupun selepas mengangkat hadas besar kita wajib mengangkat wuduk  jika kita hendak bersolat. Selain dari itu masalah berkaitan memotong kuku semasa dalam haid. Terdapat dua pendapat yang berbeza yang pertama kata boleh yang kedua kata tidak boleh. Lebih afdhal kita tidak memotong kuku. Tapi rambut memang tak boleh potong masa dlm haid.

 

Pastu ada satu soalan dari pelajar lain katanya masa dia dengar ceramah agama ustaz kata kalau wanita berambut panjang  boleh mandi hadas besar dalam keadaan rambut bersanggul dan hadas besarnya terangkat. Tapi sebenarnya menurut ustazah sedangkan seurat rambut yang  tidak terkena air semasa mandi hadas besar dah dikira tidak sah apatah lagi kegumpalan rambut yang banyak. Uishhh kecut perut risau jugak bila fikirkan. Tulah ustazah kata bila kita mandi hadas besar gosokkan air dan ratakan dibulu mata, bulu kening, kulit kepala dan juga bahagian terlindung seperti cuping telinga, belakang cuping dalam lubang hidung dan segala anggota badan yang zahir termasuk Q dan D tadi. Wallhualam.

 

Sebab kelas terlalu seronok maka kelas dilanjutkan sampai pukul 10.30. Hmm pastu tak semena2 aku dapat 6 missed call dari hunny. Iskh apa ke halnya pulak cik abang aku ni. Rupanya malam tadi kawan nak keluar pi dengar business talk dia kat Serdang. Talk tu pukul 10.30 mungkin dia ingat by 10.15 aku dah sampai umah…heehh heehh agaknya tunggu2 awat le tak balik lagi ni..menyongket ke apa…heehh tapi kalau aku nak menyongket lepas kelas aku mesti bagitahu kat hunny. Masalahnya cik abang kita ni bukannya dia nak inform awal yang dia ada kelas malam tadi sabar ajelah.. Sebenarnya sampai sekarang ni aku macam tak percaya aje en hunny bunny tu nak join benda2 business talk macam ni….fehh cayalah Yang awak dah berubah rupanya. Aku rasa aku tahu dia pi dengar talk yang mana satu..haritu aku dok kemas2 kabinet kasut tu aku jumpa resit dia join satu business ni..wah boleh tahan modal nak join benda tu…but aku tak kisah asalkan dia rasa benda tu boleh Bantu ekonomi dan boleh bagi income..aku memang menyokong kuat dari belakang….heehh dulu-dulukan pemalu sekarang ni kalau dah berani pi business talk tentu kena jumpa orang ramaikan. Alhamdulillah aku pun suka dia berubah begitu…

 

Sementara menunggu hunny balik aku pun melayan 8 TV . Kebetulan American top model pun last episode dan Bachelor pun session finale…dan aku memang sukalah si Jen tu menang dan bertunang dengan mamat tu. Hensem mamat tu pastu kaya plak tu. Dan Kristen dalam siri tu memang aku tak suka sebab nampak sangat sifat dia yang berpura-pura dan memang nampak yang dia type yang materialistic dan mengejar kekayaan lelaki itu. Iyelah air muka dan riak wajah seseorang boleh bagi serba sedikit gambaran character orang itu. Paras rupa yang cantik tak semestinya  mempunyai hati baik kan.

2 comments:

aNIe said...

Kopisuam...bab mandi hadas ni memang kene dengar betul2 sebab takut nanti kalau tak betul..sepanjang hidup kita mandi tak sempurna...kak lady takut...kalau dah mandi tak sempurna..camaner nak kira amal ibadah kita kan?...

Bab potong kuku tu kak lady selalu memotong kuku tak kira bila2 pun...janji hari isnin, khamis dan Jumaat...sebab dulu ada ustazah kata dibolehkan...errmmm...maybe yang lebih afdhalnya...simpan kuku tu dulu kan?...

Eh!..Kopisuam tengok ke American next top Model?...kak lady puashati Naima yang menang..dan suka sebab Kahlen pun sampai ke peringkat akhir sebab dua-dua peserta favorite kak lady...tak sukan ngan Kenyah tu

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.