Wednesday, July 12, 2006

Buku akaun purple


Ok dah lega sikit, benda yang nak kena buat semua dah selesai..lagipun sekarang lunch time. Aku baru habis uruskan kerja2 pasal presentation dan lawatan dan mendapatkan maklumat dan bagai-bagai kerja admin. Ada beberapa document yang boss email untuk aku study and at the same time dok browse internet mencari maklumat yang diperlukan. Masuk opis seawal jam 8.00 boss dah panggil meeting. Itu biasalah bagi boss aku tu. Sambil update beberapa perkara dan issue sempat gak diselit2 kan pasal project structure. Since aku sekarang dah di attach ke 2 project so ada dua boss yang aku nak kena report dan update. Ex boss ni memang strict sikit faham dengan perangai dia yang memang particular berkaitan kedatangan dan seorang yang sangat punctual dan mementingkan ketepatan masa (betulkan ejaanku ini atau kejap lagi adalah pulak anon yang nak tolong betulkan *wink* aci tak gitteeewww)


Harini aku discover something….heehh tak habis lagi pasal world cup..aku masih demam world cup ok. Peminat fanatic bola selalunya memang cenggiteww..Frank Ribery pemain muda France rupanya seorang muslim aku tak de la memberikan perhatian sangat pada Ribery but aku suka dia main final haritu sebab dia ni consider seorang player yang sangat rajin kejar bola, tackle bola selain dari Malouda. Cuma hantaran yang dia buat kureng tepat sikit mungkin sebab dia pun new player untuk world cup... Tapi aku takut tengok scar kat muka dia..dulu ingatkan mcm darah rupanya itu tanda accident masa beliau kecik and he lost his parent dalam kemalangan tu. Aku plak berharap Henry convert menjadi muslim sebab suka sangat character mamat tu yang tenang dan tersendiri. Maklumat lanjut mengenai Muslim world cup player boleh dibaca di sini http://cenangau.blogspot.com/ tumpang lalu encik cenangau :).


Note untuk anak-anakku berdua Ilman and Deena. Semalam lunch time mama telah pun menambah simpanan dalam akaun purple kamu berdua. Memang sejak Isnin tu dah plan nak top up tapi banyak pulak hal lagi pun aku nak kena keluarkan duit TH aku (haahh gali lubang tutup lubang but still bukan untuk jolly occay…ASD dividen is 7%, slightly higher compared to TH. TH is about 4.5% - tapi rendah sikit dari ASB 9%.. ASB bahaya sikit sebab senang aje bak keluar..but takpe biar peram kat ASD sebab plannya sama mcm unit trust yang kami beli untuk mereka berdua. Cuma cara simpan tu ditempat yang berbeza-beza – actually untuk mengurangkan risiko simpanan lebih baik gunakan kaedah begini) jadi tugasnya amat rumit sedikit sebab aku terpaksa ke Kelana Jaya. Since the units are limited so memang nak grab cepat-cepat lagi pun TH aku buat potongan gaji setiap bulan so aku tak kisah and TH boleh simpan bila2 masa sama macam ASB. InsyaALLAH aku leh kaber balik apa yang aku dah keluarkan semalam. InsyaALLAH aku nak juga capai target pergi haji seperti yang aku rancangkan.


Maka ingatlah anak-anak mama dah korban duit TH mama untuk top up akaun purple korang, oleh itu anak-anak kena belajar pandai pandai ok. Tugas mama dan addy sediakan duit yang secukup nya untuk kamu berdua dan adik-adik (insyaALLAH) yang penting kamu belajar ke peringkat yang terbaik. Biar kami bersusah-susah sekarang tak apa mama dan addy dah bersedia fizikal and mental untuk benda-benda tu semua. Pagi tadi aku dah pass buku simpanan purple pada addy tak tahu berapa banyak addy nak top up pulak. Aku dok rengek2 addy (sambil mengeluarkan hujah2 yang saham offered is like bank rakyat very limited units orang berebut2 just to convince him biasalah addy bab2 macam ni he is like blur sikit..akaun anak-anak semua aku yang managekan but kemudian dia tolonglah top up mana yang patut) dengan harapan addy masukkan sorang sebelah tangan (K) sebab sementara saham ni masih dibuka padahal aku top up untuk diorang sorang satu jari aje semalam (K). Iyelah mak tak banyak duit…mana yang ada aje lah kan. Tunggulah apa keputusan menteri kewangan kami. Hmm haritu kan akaun ni stop sekejap sebab dah habis terjual. Sekarang diorang dah buka semula.


This is how we manage our saving. Please do not dump all your saving in one place. Then always alert dengan dividen and bonus setiap saham. What I did was aku ni memang suka baca info2 berkaitan saham suka baca buku2 orang yang dah jadi jutawan (dengan harapan kami mengikut jejak langkah mereka-lambat tahun lagi…dengan cara kami ni ianya akan memakan masa yang agak panjang jugak..unless anda menceburkan diri dengan MLM dan menggunakan pendapatan MLM korang sebagai penjana kewangan..adalah cara dn kaedahnya) ada banyak website yang bagi info yang tepat. Memang kalau baca surat khabar mesti aku akan buka bahagian ekonomi, korporat and also bursa saham dan unit trust. So from that kita boleh monitor pergerakan turun naik harga sesuatu saham. Tapi kena rajin sikit lah. Nantilah lain2 masa kita cerita pulak pasal bab2 saving ni. Banyak yang aku nak share cuma masa tak berapa sesuai. Some more heeh ilmu aku pun baru sikit but tak pe I’m willing to share dengan korang. Kalau untuk kebaikan bersama apa salahnya kan.

1 comment:

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.