Thursday, July 06, 2006

France VS Italy - Final yessszzaaaa

Malam tadi bersengkang mata lagi kerana bola. Yeeessszzzaa France ke Final bersama Italy. Ada satu malam lagi yang akan membuat aku bersengkang mata final pada hari Ahad pagi Isnin. Bola punya pasal sampai pagi tadi terlajak tidur 6.45 baru sedar. So apalagi kelam kabut laa..time tu lah setan2 ni mula menghasut mak untuk naik angin. Ada aje benda yang tak kena,Iskhh kekadang bengang dengan diri sendiri yang cepat aje nak baran tak tentu pasal. Maafkan mama deena, Ilman dan addy. Mama ni asyik nak marah aje tak tentu pasal tak leh silap sikit. Lepas ni kalau kakak dan adik man tengok mama nak hot-hot tu adik man ngan kakak tak payah lah layan yek. Buat cam addy tu tak layan pun kat mama buat dek aje bila mama bising-bising mcm pagi tadi. Mama tak ambik hati pun kalau korang tak layan mama sebab mama tahu bila time mama hot tu mama memang garang macam singa. Itu kelemahan mama ok memang mama nak perbaiki dan mama memang berusaha untuk memperbaikinya. Memang patut korang lari jauh2 dari mama ni.

 

 

Aku dok kelam kabut bersiap sambil marah2 kat deena sebabnya takmo pakai baju lagi. Dah suruh berulang kali 5 kali dengan suara yang lembut tapi still tak berganjak…iskhh memang menguji kesabaran mama yang tipis kebelakangan ini….dah le kita ni lambat. Addy buat dek aje time mama bising-bising tu…turun buat susu anak, cuci pinggan saki baki dinner malam tadi pastu  elok aje kuokan baju dari washing machine (mak dah buat washing malam tadi) dan sidai kat ampaian luar. Aku meninjau2 dari pintu toilet bilik bawah….heeh heehh Thank you yang actually tengah marah2 camtu pastu nampak husband tolong buat kerja memang sejuk jadinya hati ini. Sebenarnya meringankan separuh beban kerja yang aku kena buat. Syukur alhamdulillah semoga perkara seperti ini berkekalan sehingga akhir hayat kami…jangan hangat2 tahi ayam tau yang. Actually kelam kabut sebab nak sampai office before 8.00…Ni pun kepala berdenyut2 sebelah sebab tak cukup tidur lah ni. Aku zombie..kira cam separa sedar lah ni. Feh lega meeting technical day petang ni cancel. Depa plan nak buat meeting lepas office hour. Part tu lah yang paling mak lemah. Tapi meeting reschedule ke hari Sabtu but mak dah apply cuti for Jualan Amal Taman Sutera…hmm meeting this time untuk bentang budget masing2.

 

So untuk kawan-kawan diluar sana. Marilah sama-sama memeriahkan majlis Jualan Amal mengutip dana Surau taman kami.

 

JUALAN AMAL TAMAN SUTERA

08 JULAI 2007

7.00 pagi -3.00 petang

No 113 Jalan Sutera 2/2, Taman Sutera, Jln Bukit Angkat Sungai Chua Kajang, Selangor

 

Datanglah beramai-ramai banyak barangan jualan yang pasti menggemparkan. Dua malam lepas AJK surau dan Ad-hoc Jualan Amal buat meeting dan diorang sepakat memilih AJK bertugas semasa Jualan Amal dijalankan. Nama aku naik lagi dicalon sebagai salah seorang AJK jualan Amal haritu nanti. Tu yang aku wonder sampai harini mcm manalah ada orang boleh menabur fitnah tentang diriku ini yang kononnya satu taman tak suka (anyway Alhamdulillah) sedangkan dia sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku dalam taman kami. Wallhualam. Ini sekadar selingan sahaja aku pun perlu juga membersihkan nama aku di mata dan di dalam fikiran orang2 yang telah diracun dengan kata2 fitnah seperti itu. Kerana lidah manusia itu lebih tajam dari pedang.

 

 

Nasib baik sempat masuk opis sebelum pukul 8.00. Itu pun aku bawak kete bagai nak giller….Kalau tak sia2 aje kursus tatertib yang aku attend semalam yang menekannya  datang lambat 3 kali boleh kena buang kerja, tak punch in dan punch out pun boleh kena buang kerja, menghilang diri/cuti tapi tak rekod boleh kena buang kerja…mc sesuka hati berturut2 pun boleh kena buang kerja. Pergi melancong luar Negara tak inform boss pun boleh kena buang kerja. Hilang dari opis pun boleh kena buang kerja. Takut le dengar pasal kes2 yang telah masuk mahkamah sebelum ini. Pendek kata banyak yang hukuman buang kerja. Aku masih nak bekerja di sini masih nak memberikan khidmat disini. Inilah periuk nasi aku inilah rezeki yang halal yang aku nak bawa pulang untuk anak-anak. Inilah juga sumber pendapatan yang aku bagi mak ayah setiap bulan. Maka aku berjanji akan menjaga rekod aku sebaik mungkin…InsyaALLAH. Kalau kat projek lama dulu memang kami ada buku log. Boss selalu ingatkan pasal kedatangan setiap kali kami ada morning talk even boss siap monitor cek kat cubical..but kat sini flexible sikit semuanya atas kepercayaan boss terhadap anak buah. Bergantung kepada diri masing-masing.

 

 

But seperti yang digembar gemburkan projek baru ittew..kalau betul lah base kat Ilsa* aku adalah orang yang paling tersangat gembira dan bahagia plus working with my ex-boss kat previous projek plus pendedahan baru lagi sebab combine dengan T, CS dan ICT so akan banyak dapat kawan baru plus boleh keluar rumah 7.30 plus and plus and plus. Terima kasih ya ALLAH kerana memakbulkan doa ku ini. Amin. Lama dah doa nak pindah sana. Mudah-mudahan ALLAH memudahkan segala urusan. Ya ALLAH bukakan hati suamiku untuk pergi interview di Ranhil* dan permudahkan urusan suamiku di dunia dan di akhirat amin.

 

Till then !

 

Self note: oh ya kalau ada anon yang rasa gatal2 tangan nak tinggal komen dan mengutuk mak kan…tak payah lah menyibuk kat sini occay…kehadiran tak diundang pun disamping simpan2 lah pahala tu buat bekalan..  J peace

4 comments:

zino said...

yg pertama sampai ke?

nak cuba tengok final je nanti.. itu pun kalau ada mood nak bangun hehe

aNIe said...

hahaha...tak patut betul lah kopisuam ....sendiri bangun lambat...sendiri jadi singa...hahahha...kelakar akak dengar...

blackpurple @ jowopinter said...

Sambil2 tunggu 3pagi nak tengok france vs italy, sempat singgah blog kengkawan ni...hehehe

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.