Monday, July 17, 2006

Hari bowling sedunia

Hmm dia kawin dengan Datuk K...semoga Siti bahagia...

 

Weekend aku memang penuh dengan agenda. Jumaat petang tu ada pemilihan bowling di Bangsar Shopping Complex. Mulanya aku ingat tu pemilihan untuk pemain kelab dan league rupanya games Jumaat tu adalah untuk memilih team yang akan wakil Pelitawani* HQ bermain dalam Kejohanan Persatuan wanita badan Korporat. Aku ni asalnya memang main saja-saja nak release tension maklumlah memang dah lama tak practice, angle banyak lari..baling pun ah kekok. Games kumpulan wanita tu akan diadakan pada hari Sabtu kira pilih team bidan terjun la ni. So dalam pemilihan Jumaat tu aku dapat tempat ke-3 (dalam tak practice dapat no 3) kalah satu point dgn second place. hadiahnya dapatlah aku sebuah Toaster Pensonic. Toaster lagi berapa banyak dah toaster yang aku ada. Kalau masuk tournament bowling kecik-kecik pun ada gak dapat bawak balik hadiah tu yang syiok tu padahal main bukannya terror beno.

 

Habis games diorang umumkan yang 4 pemain terbaik akan dipilih untuk main esoknya, of course la mak kelam kabut. Siapa nak jaga anak-anakku. So on the spot aku call mak kat kampong. Kebetulan  plak mak dan ayah baru plan2 nak datang KL. Dah lama diorang tak datang heeh hehh jenguk cucu. So malam tu mak pun tiba dari Melaka jam 10.30 malam. Aku pun lega at least ada orang tengok anak aku masa aku nak main nanti sebab hunny kan kerja hari sabtu. Pagi sabtu tu pukul 8.00 aku bertolak dari rumah ke BSC tapi games hanya bermula pada jam 10.00. Sebanyak 24 pasukan yang mengambil bahagian dan team aku dapat tempat ke-7. Juara adalah team dari petronas second place RTM. So petang sebagai pemenang tempat ke 7 kami dapatlah sorang satu hamper makana bernilai dlm RM30/hamper. Oklah jugak dah lah main free, t-shirt free makan free lauk sedap plak tu. Sampai umah petang tu dah 4.30 balik terus lepak tak sedar diri sampai lajak tertido. Hi tea pun tak sempat pergi. Maafkan daku memang penat giller.

 

Masa habis games petang tu tetiba K tanya “kau leh main tak esok, ganti orang korporat”. Hmm dalam hati berkata time banyak game..hari-hari ada..kalau time tak de tu dok tunggu gak kot diorang nak panggil. So aku setuju untuk main game korporat esok sebenarnya ingatkan korporat TN* tapi rupanya dengan NSTP. Esoknya games bermula jam 10.00 tapi disebabkan berlaku kerosakan teknikal di lane maka kami dihiburkan dengan celoteh Kak Engku, Raja Azura yang semakin slim tapi suara punyalah kuat dan cakap tak henti2 mcm bertih jagung.

 

Bila permainan nak mula baru sedar yang kami duduk satu lane dengan Intan Syarafina. Mak ada ambik gambar ngan Intan dan Kak Engku tapi tak leh nak masuk kat sini. Nanti mak  try masukkan kat mana-mana. Adalah Fifi rancangan bersamamu dengan Selan Paul. Dan adalah ramai wartawan2 yang kita biasa tengok tu. Keseluruhan games amat menyeronokkan. Tam kami dapat tempat kedua tapi sedih sebab hadiah tak best langsung ta least bagilah hamper untuk tempat 1-3 tapi dapat lah trophy murahan..semua team dapat trophy yang sama kecuali tempat pertama dapat trophy dan hamper. Iyelah sebab panggil artiskan bagilah hadiah grand2 sikit.

 

Begitulah kisah 3 hari berbowling tak hengat dunia. Games aku memang average sangat tak form mcm time kemaruk2 dulu, even masa games dengan artis tu ada satu games yang aku dapat 126 aje..hampeh kan…itu sama level ngan anak2 saudara aku main..the rest 145 ke atas la but still memang tak puas hati. Jadinya lepas ni nak kenalah start weekly training semula..dah hilang jauh skil2 mak yang dulu.

7 comments:

WRA said...

aiseh....kawin ngan Datuk K ke? rugi je rasanya...hmmm...apa2 hal pun maybe jodoh dia...

tak kisah la tak menang pun bowling tu, nak ucap tahniah jugak la....hehehehehe...prektis jgn tak prektis hhehehe

Ayu Mohamad said...

nampaknya ko dah memulakan semula aktiviti bersukan ko tuh zirap hehehehe

uDA said...

wa wa wa wajinnya bersukan!

NBK466 said...

Nie yg buek den gatal tangan nak mencabar KS nie...emmmm... he..he...he..

zino said...

bila lah nak gaso main boling ni.. hehe

aNIe said...

kak lady kalau main bowling...markah tu macam malu-malu aje nak naik lebih seratus...hampeh tol....!

kasutVINCCI said...

ghopenya KS ni terer main bowling. Cayalah!