Thursday, July 20, 2006

Tak tercapai tangan

Sah aku kalut sekarang bertimpa-timpa kerja yang datang kat atas meja. Semuanya berlangsung serentak plak tu tak tercapai tangan. Tak tahu camner nak bagi badan ni hah. Tadi pagi dok sibuk meeting pasal technical day patutnya pagi ni mak kena gi uniten presentation tak habis lagi tapi mak mintak excuse sebab Technical day tinggal berapa hari aje lagi so mak request presenter untuk present pada mak sorang aje nanti. Nasib baik le presenter tu kawan mak senang nak kautim. Hmm dah mak dipilih sebagai ketua pasukan HALIA berangin gittteewww suka tak suka kenalah jugak buat semua kerja yang diberikan. Size t-shirt dah siap collect dari semua ahli now sibuk nak arrange transport untuk diorang dan juga nak pilih pemain bagi setiap acara sukan. Mcm mana nak manage masa ni sebab minggu depan the whole week mak dekat Unit*n and TN*R. So memang nak kena settle hal2 ni by esok. Cepat siap lagi senang lama-lama simpan pun Poning kepala dibueknyer.

 

Balik baru ni mak kata adik aku yang lelaki tu (engineer) nak pergi Uzbek hujung tahun ni sebab kena kerja kat sana 1 bulan setengah. Aku tumpang gembira bagi pihak dia sebab mak kata sebulan setengah tu gaji dia akan dibayar dalam RM60K. baguslah lagi pun mamat tu banyak hutang tak pandai manage duit langsung heeh memang boros pun terkenal sejak azali dulu tak macam mak ni disiplin sikit bila bab-bab duit ni heehh disiplin ke..ok apa kalau nak compare ngan adik lelaki aku tu heehh heehh. Hutang study dia dulu pun tak habis bayar lagi. Tapi wife dia macam berat plak nak lepas kan. Iskhh rasa memang nak kena slow talk dengan adik ipar aku ni. Fahamlah situasi dia sebab anak dia yang kecik tu pun baru nak masuk 3 bulan tapi bagi aku sebulan ½ tu sama lah mcm diorang sekarang ni sebab adik lelaki aku kerja kat Trengganu kerteh dan wife dia mengajar kat MRSM Jasin. Sebulan sekali atau dua minggu sekali adik aku balik Melaka. Apalah nak dirisaukan sgt sebulan setengah tu kan. Lagipun peluang-peluang mcm ni bukannya datang selalu pun tak kan tak nak grab kot. Tak pe nanti aku slow talk ngan dia pasal hal ni. Haritu balik dia tak balik umah mak so tak dapat jumpa pun. Dalam aku yang dok angan-angan hunny dapat offer-offer cenggitu (ada lagi ke yang offer mcm tu…ada kot kalau awak tukar kerja ke Ranhill) rezeki adik aku pulak merasa ke sana. Tak pe lah rezeki hunny lambat lagi kot…heeh heehh..apa-apa pun syukur alhamdulillah dengan apa yang kita ada.

 

 

Aku baca blog MR baru aku terperasan senarai duit duit dimanakah duit yang MR buat lebih sikit kurang dengan senarai yang aku ada. Sepatutnya aku dah kena service kereta sebab mileage dah 30000 tapi bulan ni aku memang sengkek lagi plak balik kampong emergency baru ni…heehh faham-faham ajelah. Dok fikir nak service kereta at least RM250 memang sure kopak actually dah call pun Toyota buat appointment. Lepas tu dok fikir nak tukar tayar kereta dan sport rim itu pun tak tahu nak budget berapa.. tayar aje kalau aku nak tukar kepada bridgestone techno mcm aku pakai masa kete wira dulu mahu 4 tayar dah dekat RM700 tak masuk sport rim lagi. Tapi sport rim tu tak penting so yang tu kemudian pun tak pe bila ada extra money tapi aku selalu tak percaya pada diri sendiri sebab nanti masa nak beli tayar sport rim pun nak beli kat situ sekali takut tergoda. Tayar tu penting sebab aku nak tayar lebar sikit baru bawak kete rasa stabil. Tu lah yang dok lenjan semacam tayar sekarang sebelum nak tukar tayar yang lebih lebar. Pastu dah dapat surat cukai pintu RM 142 untuk setengah tahun. Uishhh tak larat tak larat. Setakat harini adalah saki baki duit gaji sikit sementara nak menantikan gaji seterusnya yang diorang war-warkan pada 28hb lambatnyer weeehhh. Heehh pastu 5/8 plak nak balik kampong lagi cousin kawin. Kesakitan yang semakin hari semakin terasa. Perit jugak sebab dah tak tahu tang mana lagi nak adjust nak ikat perut nak ikat nafsu. Heeh heehh..heehh semua dah ikat dah rasanya. Aku rasa sakit mungkin sebab aku dah limitkan penggunaan CC aku. Memang dah tobat dah CC hanya aku guna untuk isi minyak kereta saja. Yang lain kalau tak penting guna cash yang ada. Kalau tak de cash tak payah beli.pandai-pandai lah adjust. Kalau tak sampai bilalah tetiap bulan nak bayar hutang cc aje kerjanya. Patutnya duit yang bayar cc tu kalau pandai manage boleh gak tambah2 simpanan yang ada.

 

Anyway since aku lom service kete lagi korang ada tak tempat service kereta toyota yang biasa tapi oklah workmanship dia yang chargenya murah2 sikit. Sebab spare part original aku tahu nak beli kat mana dan minyak pun boleh beli pada harga yang murah sikit compared to service center. Kalau boleh jimat RM100 kat situ pun ok jugak.

 

 

PENGUMUMAM

 

Dengan ini diumumkan satu pertandingan terbuka bowling amal taman sutera akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh    : 30 Julai 2007 (Ahad)

Masa      : 10.00

Bayaran : RM 25 / 3 games

Lokasi    : South City Plaza

 

Tujuan : Adalah untuk mengutip dana bagi pembinaan surau taman Sutera.

 

Disini saya menyeru geng-geng blog tegar (nak kena list sekali lagi ke??) supaya menyahut cabaran saya terutamanya yang tangan dah gatal mcm NBK..dan juga kepada pencuci2 longkang (Ina opppsss jangan marah) dan juga pemain pro mcm Zino, Kak Lady, kak Sya. Marilah sama2 menyahut cabaran ini disamping mengeratkan lagi slaturahim antara pemblog tegar. Ayu and MR confirm le main..lepas bowling moh melepak umah mak…

4 comments:

Anonymous said...

wah! bowling ka? tapi saya tangan bangku

NONIE AZIZ said...

Aku akan pi kalau mabuk laki aku dah hilang!!!

zino said...

toyota tu kete apa? mana tau layak joint tribetoyota..

main boling? sah juara longkang zino pegang hehe apa hadiah nya nanti? hehe

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.