Monday, August 28, 2006

Dibawah roda

Aku dah call PNB regarding buku bank ASD Ilman yang hilang...ini semua lepas last top up haritu kan. Jangan jadi mcm kak wan sudah mana terselitnya buku bank anak aku tu nanti silap2 jumpa dah jadi habuan anai-anai. So kerjanyer rumit sikitlah bila hilang buku akaun ni. Nak ke ibu pejabat PNB  nak angkat sumpah dan kena bayar penalti RM18. Uisshhh bila masa aku nak menapak ke PNB pulak...nanti aku usahakan jugak cari buku bank tu sampai dapat. Ada sesiapa yang pandai telek2 kat sini...heeh heehh kot2 dapat ilham manalah terselitnya buku tu. Haritu ustazah ajar kalau cari barang hilang sambil cari sambil baca surah Al-Asr...camtu le yang aku buat pagi tu masa cari kunci kereta memang tak putus asa sebab tahu aku ni bukan jenis yang suka letak2 barang merata...balik nanti nak cuba lagi carik buku akaun tu...habis dah cabinet dan store aku punggah.

 

Aku puasa hari ini. Kalau sempat aku nak puasa terus sepanjang minggu ni. Itu pun kalau sempat tapi mak and kroni nak datang cuti merdeka petang Rabu ni InsyaALLAH diorang sampai. Yang take note apa yang saya katakan dalam kereta tempohari kali ni no excuse untuk ke wedding ok ni saya dah inform awal-awal. Kita sama-sama usahalah jangan harap saya sorang aje. Mak datang sebab ada wedding kat selayang 31 Ogos tu heehh kalau wedding kerabat di Selayang mesti jumpa dengan Wan Khatijah dengan abang boy.

 

Weekend baru ni aku tak kemana-mana pun infact keletihan menguruskan rumah yang serabut mcm fikiran aku jugak. Saturday baru ni kerja…yup our last Saturday alhamdulillah….Starting Sept kami akan bekerja 5 hari seminggu sahaja (which is dah jimat RM30 duit taska Ilman every month-should channel that money to perbelanjaan harian Deena pulak). Saturday kerja tu pun kami dah stuck dengan meeting dari pagi sampai le pukul 1.00. Meeting pasal project budget. Pelik kalau hari sabtu ada meeting yang bincang pasal benda2 yang berat ni. Balik tu macam biasalah dah le sampai lambat…kalau financial aku hancur mcm bulan ni maka nak tak nak kenalah masak jugak sebab budget nak beli lauk dah takde…so kena gagahkan jugak. Plus nak kena buat washing semua baju2 yang diterbangkan ribut pada hari Jumaat. Washing memang menimbun infact ahad pun aku buat washing satu round lagi.

 

Terperap kat umah weekend memang memenatkan lagi2 weekendlah waktu untuk berehat meluruskan pinggang. Tapi sebenarnya weekend lah masa nak kemas umah…weekend juga masa nak lipat baju menimbun plak tu..weekend nak mask lagi..nak mop lantai..nak cuci lantai kat depan, nak kemas kat bahagian atas…so istilah rehat tu memang macam tak wujud dari pagi petang siang malam walaupun masa hari cuti setuju tak. Anyway I should thank my hubby sebab walaupun dalam keadaan bengang2 tu dia jaga jugak anak-anak bawak kemana saja dia suka..at least diorang tak de bagi ruang kat aku untuk mengemas dan mengemop. Thank you really appreciates that. Hmm but next time kalau weekend tolonglah bawak saya dan anak-anak jalan2 cuci mata dan sedut udara baru. Kayak kat tasik putrajaya pun ok with me…panjat bukit kat belakang taman sutera tu pun ok. At least something yang boleh buat aku lari dari rutin harian.

 

Hmm wonder mcm manalah orang boleh buat kerja non stop setahun tanpa pergi bercuti/melancong/berkelah merehatkan minda dan rejuvenate badan yang dah sah2 kepenatan bekerja. Hmm can wait for our next CCM. Tapi sebelum tu ingat no bonus for Raya this year. Jadi kepada yang berkenaan sila take note ok. At this point memang bantuan yang besar sangat diperlukan.

 

 

 

 

Untuk hubby sahaja:

Yang saya minta maaf atas apa yang berlaku weekend baru ni...dan saya berjanji saya akan ubah semua perkara yang telah awak perkatakan tempohari. Dan saya juga harap awak ubah perkara2 yang saya perkatakan. Deal ok!

 

3 comments:

zino said...

kat celah mana pulak terselit nya buku ASD tu ya.. hehe

skrg ni ada khidmat mengemas rumah professional .. dia datang seminggu sekali , menjalan kan segala tok nenek punya kerja mengemas dan sedikit upah..(sedikit ke?)

Unknown said...

berubah untuk menjadi baik tak salah.... sama-sama berubah untuk kebaikan... yang penting tahu kelemahan yang mana satu untuk di ubah.

Anonymous said...

kalau demam panas, campak, dan berak berak minum air kelapa muda(campur secubit garam.). untuk turunkan temperature.tapi jangan la dah baik minum lagi.boleh sengal tulang.
minum sebelum makan ubat hospital. so the ubat tak immediately kena flush down bila kencing
tak pun rebus barley sampai kembang lepas tu beri minum air barley. bagus untuk mencuci system badan.

cp