Semalam kami pergi teknikal visit kat MACRES. Kebetulan jumpa pulak housemate lama kat sana. Geng masa duduk Vista dulu. Hmm but aku dah tak berapa cam sebab dia dah berisi sangat. Aku pun berisi tapi berat aku sekarang ni masih kira normal jugak kalau orang yang dah lama tak jumpa mesti masih boleh kenal lagi…heehh heeh nak kaber dan sedapkan hati aje sebenarnya. Hmm banyak benda baru pasal GIS yang aku belajar kat MACRES. Uishhh sampai pening-pening kepala. But kebanyakannya memang menarik sangat. Ni baru balik dari presentation kat TN*R pulak.Hmm pastu jumpa pulak dengan mamat yang aku pernah dating masa aku NETs dulu…ni cerita time baru abis grade dulu, masa tu aku berkampung kat Ils*s dan dia memang dengan Research sejak mula masuk kerja sama division sampai harini GIS…heehh heehh ada ke patut dia tak ingat kat aku…aci pun dia tak ingat….dating pun dua tiga kali aje dulu…haahh hahhh…dah lama 8 tahun yang lalu…but rasanya dia masih single lah ni kot..nampak gaya memang still mcm tu jugak tapi smart sikitlah compared dengan 8 tahun dulu. Aci ke aku cakap cenggitewww. Hmm banyak boifren aku ni dulu rupanya…
Hari-hari jadual memang pack sgt, samada training, presentation, technical visit atau pun buat paper.Ni baru aje dapat email boss suruh buat surat mintak budget kat HR untuk training. hhahhh selain dari belajar technology baru GIS mcm biasa kerja-kerja kuli mesti kena buat jugak…buat surat call for meeting, deal dengan vendor, buat budget, settlekan hal project office seronok tapi sedikit keletihan plus pengetahuan baru. Oh yup aku pun jumpa my senior Sains Muar dalam task force yang sama. Kecik betul dunia ni. Mamat tu siap cakap pening kepala dia semalaman nak recall siapakah awek ni…heehh lepas tu dia ingat yang aku main softball untuk sekolah time tu….dia pun main softball maaaaa…pastu baru le dia nak bersembang dengan aku….ada ke patut lagu ni…heehh tapi tak apa brother ni kat sekolah memang set2 nagib.
Lagi dua helai aku nak khatam Al-Quran. Alhamdulillah…ingatkan nak selesaikan semua malam tadi tapi tak larat sungguh mata dah kelat2 ngantuk. Lepas ngaji, solat Isyak lepas tu terus tido tak ingat dunia. Malam ni insyaALLAH boleh selesai. Letih le katakan..letih sebab otak kena berfikir lebih sikit. Dalam masa yang sama benda2 lain pun nak kena buat. Anak dara kat kampong bahagia sungguh…telefon mama bukan main ceria lagi suara dia tapi tu lah sibuk nak cakap dengan adik..adik pun sibuk nak cakap ngan kakak tapi bila pass hp tak gheti cakap pun..heehhh….balik sekolah adik mesti tanya “mama, kakak” nanti terpakasalah mama jawab kakak balik kampong….sampai demam2 Ilman rindu pada kakak…
Semalam keluar lift terserempat ngan cik Non TM. Terkejut sebab dia dah kurus sikit. Rupanya dah ada isi 2 bulan. Alhamdulillah anak kedua..lama jugak dia try tapi tak lekat…cumanya iskhhh hang ni cik non mcm janji aje ngan ex hang….bini dia pun lebih kurang hang gak. Dah le hangpa dua kawin tarikh yang sama…anak yang first lahir tahun yang sama (sama ngan deena)…yang second pun nak sama gak ke..memang kebetulan hangpa bedua ni..dah le kerja suami isteri kat same building….heeh heehh..(sekiranya cik non baca blog ini..maafkan aku yek..saja aje gurau2 ngan hang but aku tau sensetip benda ni)..satu persatu kawan-kawan aku ni dah nak menambah umat....heeh heehh alhamdulillah semoga semuanya murah rezeki belaka. Amin
Oklah banyak kerja nak buat. Till then….sibuk nak fikir banyak benda…fikiran dah ada kat kampong sebenarnya ni.....
5 comments:
huh terlibat ngan projek TN*D yg baru ke? GIS mapping utk semua line? hehe... penah g meeting kat menara rebung sblm implementation projek ni. tp skrg dah left out. maleh nak pursue.
zira, siapakah gerangan x-housemate vista yg dah sihat itu? che non preknan? syukran... nko ni patut jadik ketua pemudi la....heheheh apa kata nko start jinak2 ngan politik..
jenguk fp nengok imanku!
waaa, main besbol rupanya... mesti bole lari laju ni... :)
moga ks pun dapat tambah umat tahun depan.;)
aii...saya pun dari macres..sapakah yg dimaksudkan ittewww?
Post a Comment