Thursday, September 14, 2006

Double bonus

Ahahh kelakar entry aku semalam..ada ke keluar tajuk aje. Hampeh penat –penat aku bertungkus lumus mengejar masa menulis blog dari opis cik abang. Tak dapat nak menolong. Dua tiga hari ni nampaknya aku senyum-senyum ajelah sampai ke telinga walaupun keletihan dan kepenatan yang amat. Hehh heehh firstly trip aku ke Penang tu instead of trip kerja aku dah convert kan kepada trip cuti-cuti Malaysia pulak. Selepas mendapat persetujuan dari hunny maka aku pun bercadang memanjangkan cuti ke Penang tu sampai hujung minggu sebab kami tahun ni memang le jarang sekali dapat peluang bercuti.

 

Plus instead of aku yang nak jadi driver so dah ada 2 drivers sepanjang perjalanan nanti. Jadi kadar kepenatan tentu berkurang berbanding aku sengsorang nak drive all the way to Penang. Semua arrangement dah settle termasuklah hotel, logistic untuk team members serta kondo company yang aku sewa untuk weekend tu (wah banyak betul plan aku weekend tu termasukle nak menjenguk Yusmi and Addie kalau sempat) Memang nasib baik betul.. Pagi tadi baru contact orang property untuk booking kondo (sebab petang semalam baru hunny mengesahkan yang dia akan ikut aku outstation yessssza) nampaknya kondo memang kosong weekend tu. Rezeki kami lah tu anak beranak. Maka dapatlah anak-anak aku berseronok-seronok nanti.. At least sekarang ni kakak dah faham..dulu pi jalan2 dia kecik lagi setahun dua tahun tak tahu apa….ni semua benda dah reti…infact sibuk dok tanya bila nak pi swimming pool. Kalau dok hotel ke kondo ke apa yang lebih menarik dari swimming pool kan.

 

Secondly tahniah lagi pada hunny double bonus for this year. Murah lah rezeki awak tahun ni yang….(kalau aku ajak cik abang bercuti dan dia serta merta bersetuju mesti ada sesuatu perkara yang disorokkan dari aku) Pelik kan tapi memang camtu pun cik abang aku ni…cukuplah payah kalau nak ajak dia pergi bercuti atau kemana-mana. Rupa-rupanya  ada udang di sebalik mee, semalam barulah dia membuka rahsia. Hehh tekaan aku interview kedua untuk Ranhill tu salah sebaliknya cik abang ni telah pun berjaya mendapat position yang ditawarkan sebagai Senior Engineer kat company baru (kalau grade aku Manager) di sebuah company Oil and Gas di Semenyih. Rasanya hunny ni bersetuju serta merta selain dari mengambil peluang bercuti bersama isteri dan anak-anak sebenarnya dia nak habiskan cuti dia yang masih menimbun tu. Tahniah lah yang semoga awak success selalu dunia akhirat. Aku rasa En. Razif (boss hunny) patut mintak Ho Hu* review lagi gaji hunny (padahal baru naik pangkat dan naik gaji bombastik awal bulan ni) at least offer la..supaya boleh lawan offer yang dia dapat derngan company baru. Iyelah tak kan nak release camtu aje..rugi lah Ho Hu* sebab kat department diorang tak de dah senior engineer. Nak train engineer baru lagilah tinggi coursenya. Apa-apa pun kalau jadi cik abang report duty kat company baru pada awal Nov nanti. Good luck and all the best yang. Nampaknya kalau awak tak dapat cuti hujung Nov nanti burn lah ticket flight kita ke kuching yang dah bayar tu. Tapi trip pegi kuching aku tetap pergi jugak sebab pergi dengan kroni le katakan…walaupun sure tak best sebab awak takde heehh reasonnya bukan senang nak jaga budak berdua tu kalau addy dia tak de…huarrghhhhhh…pengsan aku. Sib baik kroni2 yang lain tu ada dan boleh membantu.

 

On my part aku berdoa sahaja semoga keputusan akhir yang aku terima  untuk appraisal aku adalah sama seperti yang telah diberi oleh Imgr aku. Amin amin amin. Haah haahh rasanya harini ada chance balik awal lagi cam semalam. Awal maksudnya 5.30 laaa…selalu aje balik lambat sampai umah dah malam penat. Semalam aku ada meeting dengan Property kat Uniten…so kena angkut anak dara to her addy’s office. ….Dah lah kawan tu tak sihat .Habis meeting pi office hunny menulis blog kat sana tapi entrynya tak kuo pulak. Petang ni plak ada meeting with T kat HQ. Hmm habis meeting boleh lah balik…tak payah nak merempuh jammed kat TM ni mcm selalu.

 

Till then bye

1 comment:

zino said...

selamat bekerja dan bercuti di penang...tahniah dapat bonus lagi..