Wednesday, September 06, 2006

Morals of the day

 

Pengajaran 1

Perkara yang aku risaukan yang aku khuatirkan telah pun terjadi. Korang boleh lah rujuk berita economy / business di mana-mana akhbar utama minggu lepas sampai hari ni. Semuanya berkisah tentang Swiss fund. yang menjadi hot topic since last week but aku kan busy sampai tak sempat nak baca berita…infact harga semasa UT pun aku tak sempat nak monitor dalam bulan ni.Infact plan yang aku buat minggu lepas masih tak tercapai belum lagi sempat isi form untuk tambah Dana Ittikal PB tu.  Ceritanya kebetulan pagi ni one of my colleague informed me about this Thank you Mr J. Hopefully ianya menjadi pengajaran kepada semua termasuk lah diri aku sendiri. This is what we called as asam garam pelaburan. Bukan setakat asam garam rumahtangga aje yang ada masa pasang dan surut.so berhati-hati and take extra precaution especially when it involved huge amount of money.

 

Pengajaran 2

Asam garam rumahtangga tak payah berhati-hati…kalau ada peluang sentiasa menjadikan rumahtangga tu aman dan bahagia rebut aje tak payah tunggu. Hmm betul jugak apa yang aku nasihatkan pada Is aku kata dalam hidup berumahtangga isteri memang kena sentiasa mengalah. Dalam banyak hal isteri adakalanya terpaksa mengalah 90% berbanding suami itu pun kalau suami baik hati untuk nak cover portion yang 10% tu…kalau tak isteri jugak yang kena mengalah 100% dan plus kalau pun bukan isteri yang buat salah isteri jugak yang harus berbondong-bondong dengan hidung tak mancung pipi tersorong-sorang untuk mintak maaf dengan suami untuk dengan tak malunya meleser2 dengan suami bagi membetulkan keadaan yang tegang. Baik sungguh hati dan perasaan kaum wanita ni kan.Patutlah ALLAH jadikan wanita itu hatinya sekeras air batu…nampak aje keras tapi lembut dan mudah cair. Betul tak yang…heehh yang ni saya tak payah tanya pun awak tentu setuju kan…heehh hehh susah jugak nak jadi isteri ni kan. Nasihat aku lah kalau menjadi isteri memanglah perlu menjadi isteri yang tegas dalam kelembutan kerana ego suami/lelaki itu menggunung tinggi walaupun pada zahirnya dia memang mendengar luahan isi hati dan ketidakpuasan hati (leteran secara tepatnya) isteri cuma dia tak nak react aje. Iskhhh kan kalau bagi reaksi secara spontan  lebih senang (actually tengah cakap dengan hubby ni). For that nak ucap terima kasih pada MR dengan artikel yang dia letak dalam blog dia 2-3 hari lepas…Thank you mak buyung…nama baru untuk MR

 

Pengajaran 2

Malam tadi sedang aku kusyuk menonton DH tiba-tiba masa rehat aku diganggu oleh bunyik anak anjing yang sebanyak 5-6 ekor. Bising yang amat dan lah anak2 anjing ntah dari mana datangnya tetiba aje menyalak berdengking-dengking dengan kuatnya betul2 kat sebelah umah aku. Lucky hang Linda pasai hang tak dak kat umah malam tadi. Maka kami lah yang terpaksa menahan telinga dan dok shooo shoo anak anjing. Jiran semua dah pasang lampu belakang. Sampai jam 11.30 tak settle lagi. Waktu tu aku dah standby nak call bomba. Nasiblah kami ada jiram Chinese yang budiman plus pak guard cina yang kebetulan buat rondaan waktu tu. So dioranglah yang tangkap dan masukkan anak2 anjing tu semua dalam plastic dan buang jauh-jauh. Thank you kepada mereka jasa mereka memang tak dapat kami balas. Nak harap kami yang muslim ni keluar bawak kayu aje lah..anak2 anjing tu siap nyorok2 dalam longkang lagi.Moral of the story kalau nak hire guard make sure kena ada satu guard cina dan India sorang. Untuk perkara-perkara yang tak terjangka seperti ini.

 

Hehh cam pelik pulak sebab struktur ayat aku untuk entry kali ini begitu teratur dan agak skema. Iyolah dah aku selamat menyetelkan beberapa perkara dengan jayanya jadi ada free time sikit hari ni plus…hari ni aku rasa nak chow awal asyik le balik lambat sampai umah matahari pun dah terbenam.

 

Tahniah pada Fad dapat baby merdeka..baby girl Farhana tadi pi melawat dia tapi kesian baby bahunya retak sebab sizenya terlalu besar 4.3kg masa lahir dan terpaksa vacuum . Tapi doctor kata tak apa InsyaALLAH dalam masa sebulan tangannya akan pulih seperti sediakala…aunty kagum farhana baru aje seminggu tapi minum susu dah 4 oz..semoga cepat sembuh ok..amin

 

 

Till then bye

Clock out 5.35 pm

3 comments:

NBK466 said...

Emmm....sebagai Suami Contoh Senawang 2006...den cuba jadikan 90%/10% tuh at least 60%/40%.. insyallah. Cute tak anak anjing tuh..hu..hu..hu...

p/s : Lepas '2' tuh '3' tau...incase terlupa..

RaFFLeSiA MeRaH said...

pengajaran 2 tu memang betul, 100% RM sokong...belum kawin pun dah terbukti diorg tu susah nak mengalah...

zino said...

pengajaran satu ada satu pengajaran dua ada dua.. hehe

pertama kali kena terima dulu pasangan kita se adanya.. tak kisah le berapa peratus masing masing.. ada.. yg pentinmg kita terima dulu.. yg lain tu kita cuba ubah ikut kemampuan hehe