Thursday, September 07, 2006

Now is my turn

I just came back from a discussion with my UT agent. If you want to know the secret, I wasted my 4 years times monitoring, reviewing and so on but finally my UT didn’t make any profit. Pehhhh sakit kan…That’s the battle. I’m lost nowhere in this investment world for couple of week. So memang tak de masa untuk monitor the progress. End up what I know…the market now hit the highest point but my UT price is at the lowest level. Something wrongs somewhere else. Now the trend is look like mulut buaya. I just hope and hope this trend will stop somewhere and the price will get back to the right track. Huarghhh sakit but my final word to her is gives me sometimes before I make the final decision. Nak balik solat hajat dulu (huaarghh I cannot perform solat because tengah red flag). Worse come to worse balik fikir dulu cari ilham dan keep track dulu market price macam mana dan make decision samada untuk redeem atau do fund switching. (Do I have time to do that? Hopefully I do coz It’s actually involved quite a big amount of my money). On the other hand my previous agent told me that this UT would distribute dividend by end of this month. So I should wait until end of this month to catch the dividend and wait for another one month for the price to stabilized before I can sell it. InsyaALLAH after that if things doing ok I will let go my UT and make some profit kalau ada, doa aje lah as long as tak rugi lagi tak pe. Feehhhh berpeluh…The UT that I mentioned above is a balance fund, which involved 40% of bonds. Tahun depan bulan 3 genap 5 tahun aku memonitor this fund. After this sayonara. I’ll let you all know much yang aku dapat from this fund kalau teringat laaa.

 

Petang semalam aku tiba rumah dalam pukul 7.20. Kesiankan keluar rumah matahari tak keluar balik umah matahari dah masuk. Sampai kat lorong depan rumah tu terkejut sebab nampak kereta wira hijau tengah nak dok parking depan rumah. Rasa mcm familiar dengan kereta tu. Masa tu tak perasan lagi plate number, baru nak honk pastu dah dekat baru nampak. Itu kereta wira hunny tapi adik ipar yang kat UIA guna. So kelam kabut tu jemput diorang masuk. Dah lah umah aku macam tongkang pecah. Minggu ni memang aku out of mood untuk mengemas. Sorry ye yang lagi2 tengah bejot ni…mood pun swing giller. Memang aku let go abis umah aku yang tak terurus tu. Lantak le…heehh aku plak kebetulan semalam puasa. Tak sampai niat aku nak puasa sampai nisfu Syaaban esok. Masuk umah aku terus masak nasi (actually hunny dah masak nasi tapi untuk kami 4 beranak aje lah mana cukup). Lepas masak nasi aku hidang lauk pauk. Kebetulan semalam tergerak hati nak beli lauk lebih. Sotong masak cili padi, daging masak lada hitam, kepala ikan masak asam pedas dan sambal goreng ikan cencaru. Biasalah nafsu orang berpuasa memang besar. Rupanya tak sangka nak terima tetamu memang rezeki Saiful ngan liza. Pastu dah hidang semua sementara tunggu nasi kering aku solat maghrib dulu. Pastu buat epal juice then kami pun makan. Makan sama-sama tapi aku habis paling lambat sebab dok ratah kepala ikan masak asam pedas tu…yummmmyyyyy…heehh memang kegemaran aku.

 

Hmm kes pasal orang berzikir secara pelik kat lorong aku tu masih tak settle lagi. Isnin malam baru ni perkara yang sama masih terjadi. Aku berharap sangat pihak surau ambik tindakan segera. Tapi aku frust sebab no action taken tak pasti apa yang diorang tunggu. In fact kereta yang datang saban mingu makin bertambah. Aku dah pun menyuarakan rasa ketidak puasan hati aku dengan salah seorang yang berkenaan. Aku kata kalau pihak surau tak nak bertindak cepat aku personally nak mintak jabatan agama datang dan membuat intipan. Tapi that particular person kata jangan take action dulu. So setakat hari ni aku tunggu ajelah apa hasilnya. Minggu depan aku nak tengok macam mana samada tahlil tu berjalan lagi atau pun tidak. Jangan sampai musibah menimpa kami satu taman sudah. Nauzubillah. Hmm kalau sentiasa longlai macam ni parah lah jawabnya. Lama-lama nanti mandom lah jadinya taman kami yang cergas dan ceria   

3 comments:

zino said...

peserta pertama malam ni..

pasal pelaburan tu.. zino ada tanya angah.. dia yg lebih tau pasal benda2 ni.. dia tak berapa galakkan utk joint.. so pasal tu tak selidik sangat..

Ayu Mohamad said...

Zirap, dorang berzikir apa tu? ko tepon jek la pejabat agama bio dorang check tgk betoi ke idak

aNIe said...

Masih ade lagi ke diorang berzikir2 tu...ye lah KS..tepon pejabat agama