Tuesday, November 28, 2006

Cuti-cuti Malaysia Kuching Sarawak

Tarikan untuk update blog nampaknya mengatasi segalanya. Hai Awen welcome to my blog, Lama terputus kasih dengan geng2 blog yang otai dan seangkatan. Harini dapat berchit chat dengan Awen tru YM sekejap tadi. Kira ibarat menjejak kasih la ni.

 

Well the trip memang lah marvelous.  Kuching after this boleh masuk senarai lagi dalam our next destination in plan sebab tak puas rasanya. Kami tiba di Kuching pada hari Rabu. Without hunny (huarggah pengsan aku nak kena jaga Ilman sorang2 L ) from KL Central kami ambik bas LCCT tiketnya RM9/head. Ilman dan deena syiok naik bas sebab diorang manalah pernah naik bas. Perjalanan dengan bas express yang baru dan selesa mengambil masa 45 minit. Flight kami jam 11.00 pagi dan kami selamat landing walaupun cubaan pertama landing gagal dan flight meluncur laju naik semula ke udara memusing ke arah sentubong. Jantung mak waktu tu memang berdetup kencang….akhirnya kami selamat mendarat di Kuching pada jam 1.30 dan disambut oleh dua orang kawan Paklong. Dua buah kerta sudah menanti di Airport Kia Karnival yang akan kami gunakan sepanjang percutian di Kuching dan juga 4 wheel drive sebagai back up car kalau Kia tak muat.

 

Terus check in di Marlin Inn berhampiran Pasar Tamu Satok. It’s actually a budget hotel tapi rumah rehat tu agak selesa siap ada air panas semua. Dan locationnya memang strategic sungguh, Aku banyak sangat jalan2 kat Kuching tu sampai dah lupa chronology  masa aku kat sana. Yang pasti hari pertama kami carik-carik makan dulu. Hajatnya nak makan laksa Sarawak tapi waktu siang memang payah nak jumpa food court yang buka kat Kuching ni. Perut kami waktu tu memang dah berkeroncong lagu untuk nasik. Lepas makan kami meronda sekeling kawasan kampong di pinggiran Kuching.

 

Sepanjang di kuching kami meronda jauh sampai ke ceruk-ceruk kampong. Saja nak mengintai cara hidup orang2 di Sarawak. Dari Kota Samarahan kami sempat menjenguk Unimas. Terus ke Sentubong pastu ke Damai Beach dan sempat jugak singgah di Cultural Village tapi tak masuk pun sebab heehh bayaran masuk untuk dewasa RM45 dan kanak2 RM22.50 kami semua 10 orang. Paklong kata tak ada apa pun menarik sangat kat dalam tu keadaan rumah2 tu tak berapa terjaga. Duit tu kalau beli tikar Sarawak dapat dua helai heehh. Hari berikutnya kami meronda lagi sampai ke Serian. Nyaris-nyaris plan kami ke Tepedu menjadi kenyataan tapi bila helmi (kawan paklong) kata Tepedu dah tak mcm dulu barang2 banyak diniagakan dikawasan Indonesia bukan di belah Malaysia lagi so kami batalkan saja rancangan.

 

Hari pertama di Kuching kami tak jenguk langsung water front. Masuk hari kedua bila Mr Hor (kawan paklong) open table seafood untuk dinner kami kat topspot Café barulah kami menjejak kaki di waterfront. Permandangn waktu malam di tepi sungai memang cantik. Kami ronda2 ambil angin malam di riverside. Sambil aku mencungap mengawal anak bujang aku yang lasak itu kejap berlari sana sini kejap memanjat . Oh saat-saat ini alangkah indahnya kalau hunny ada bersama…heee so boleh le hunny tolong jaga budak bijak tu heeehh.. Waterfront itu sahaja kawasan tumpuan utama di Bandar Kuching. Areanya pun bukan besar sangat. Siangnya sebelum tu kami habiskan masa melawat Muzium Sarawak dengan Muzium Etnologi. (Menarik sekali barang2 yang ada dalam muzium ni)

 

Hari berikutnya pagi Jumaat kami bershopping di kedai2 kayu depan waterfront. Adalah sikit2 cenderahati untuk geng2 yang aku beli. Tak pastilah sesuai atau tak buat cenderahati sebab aku beli segala bentuk senduk dan sudip dari kayu nibong. Itu aje yang aku rasa cantik (aku kan suka benda2 kayu) plus adalah membeli t-shirt untuk budak berdua. Habis bershopping kami ke seberang Fort Magharetta (spelling?) dan ambil penambang dari situ. Kami charter satu bot penambang dan bayar RM10 untuk dibawa meronda menyusuri sepanjang sungai dari utara ke selatan, Tengahari kami berehat dibilik sementara menunggu ayah dan paklong balik dari sembahyang Jumaat.. Petang tu kami makan di saddad Court. Kali ni helmi pulak open table seaffod untuk kami semua. Hmm seafood sangat glamer kat Kuching….udang2 semua besar2 dan segar2 belaka. Then terus kami ke kedai2 pasu serawak di Jalan arah Serian. Aku tak borong pasu seba tak berapa minat sngat tapi mak borong jugak sekotak.

 

Hari Sabtu seawal 7.30 pagi kami sudah bertolak ke Serikin.  Perjalanan memakan masa sejam setengah melalui sebahagian kawasan jalan yang masih tidak berturap. Disinilah kami berbelanja agak besar sikit. Kira shopping sakan,,,tapi aku tertipu gak dengan penjual2 indon tu…hampeh...Aku sempat mengangkut 2 helai tilam kekabu pada harga RM30/sehelai. Itu pun fikir 10-20 kali bukan sebab harga (harga dah murah banget tapi nak mengangkutnya tu yang menjadi masalah) Kalau kat KL ni paling murah pun boleh dapat kat Suria tu RM120/sehelai. Lain2 adalah beli benda2 kecik sebagai kenang2an. Ada jugak aku belikan gelang tangan emas bandung untuk diberikan pad MIL. Harganya RM150. Katanya emas bandung tak luntur sama mcm emas kelantan. kalau MIL tak suka aku pun boleh pakai. ‘Kacak buk kalau dipakai ke pesta’ kata indon tu memujuk..

 

Petang Sabtu selepas berehat  balik dari Serikin kami bersiap-siap untk memborong ikan terubuk di Pasar Satok.. Waktu tu pasar memang dah penuh dengan manusia. Nak mencari parking pun menjadi satu masalah. Mak, maklong paklong dan ayah masing2 memborong ikan terubuk yang bersaiz besar harga seekor RM10. Ada jugak terubuk kecik2 yang dijual 4 RM10. Aku borong 6 ekor aje untuk  dibahagi-bahagi pada MIL untuk aku makan dan untuk 2 orang sahabat baik aku. Itu pun kalau yang bujang tu nak terubuk tu laaa…orang bujang mana masak kan. Setelah dipacking dalam kotak total 9 kotak ikan terubuk yang kami nak angkut balik. Gerenti kami kena bayar for extra bags kat airport nanti. Pencarian tak berakhir di tempat terubuk sempat kami bershopping beg kayu kat belah-belah dalam. Aku beli satu size kecik satu size besar untuk aku gunakan beg tu bawak pergi mengaji. 

 

Pagi ahad aku dah siap packing. Kami keluar breakfast di café yang sama Kafe Dayang kat situlah kami breakfast selalu. Last shopping di kedai RM2 aku memborong teko2 yang comel untuk dijadikan hiasan. Then ke kedai porselin membeli mangkuk yang cute2…8 bijik aku borong baru RM20. Comeelll sungguh.

 

Kami balik ke bilik turunkan barang untuk check out. Aku dah janji untuk bayarkan hotel ayah so dah settle semua bil kami berangkat sekali lagi ke TopSpot Café untuk lunch kali terakhir di Kuching. Dan sekali lagi ditaja oleh Mr Hor….menunya mcm biasalah seafood. Habis makan aku naik FWD untuk last minute shopping kat kedai kayu depan water front..the rest naik carnival terus ke airport. Untuk check in. Kat airport punyalah ramai manusia…berderet2 di kaunter Air Asia nak check in. Dah lah yang beratur belakang kami berderet panjang barang kami sepuluh kepala punyalah banyak samapai terlebih2 hada. Yang mana tak boleh masuk cargo kami angkut bawak masuk flight. By the time kami nak naik flight hujan turun dengan lebatnya…Aku dah lepas separuh jalan dengan payung Air Asia dengan Ilman yang aku dukung dengan handbag lagi…aduh rasa nak cramp kaki sebab terpaksa berlari dalam hujan. Akhirnya flight kami delay almost 1 jam setengah sebab hujan lebat dan kami tereperangkap kebasahan dan kesejukan dalam flight sementara adik aku yang masih tak lepas ada kat dalam airport building.

 

Flight yang sepatutnya bertolak jam 3.05 bergerak akhirnya bergerak pada jam 4.45 petang. Dan kami selamat landing di LCCT pada jam 6.15 petang dan terus naik bas dan meluncur balik ke KL. Begitulah kisah cuti-cuti Malaysia kami ni Kuching Sarawak.. Kalau nak dibandingkan Kuching dan KK rasanya seronok lagi shopping di KK…cumanya Kuching ni seronok bila masuk ke ceruk2 kampung sampai penghujung jakan ke feri Asa Jaya pun kami sampai.

 

Till then

2 comments:

Anonymous said...

hua...hua I miss KLIA... nak balik nak balik... tahu tak de mengena dgn entry ni, tapi bila citer pasal kat airport... rasa hanya jasad je yg ada kat sini... :-) sekian terima kasih.

menarik sungguh percutian ni yeak... nanti ingat nak pergi jugaklah kan... :-)

zino said...

apa ole2 nak bagi ni? hehe