Pernah tak kau rasa bila nak menulis tapi idea tu takmo datang. Cehhh…dah dua hari aku tak update blog..dua hari ke sehari. Ok let me merapu. I was so busy (read as mcm banyak kerja beno) hellooo cik delinn saya tunggu return call dari cik delinn tadi saya called, cik delinn dalam lift kata nak call semula…ayu please do not miss me occay…I only miss my hunny bunny…heehhh acah aje yu jangan merajuk I miss you too ayu…any good news..Rasanya lepas ni ada chance nak berjumpa dengan adik aku Ana kot. Kamu dengan dia dah satu company sekarang..
Well my little sistah dah dapat kerja dengan kerajaan. Congrat lah ana…walaupun dia tak berapa suka…gaji gomen murah dia kata tapi kami semua dok mendesak dia terima jawatan tu. Dia dok pening risau gaji sikit nak bayar kete nak bayar sewa tak cukup. Iyolah jawatan pegawai tadbir kerja kat soromban…every week boleh balik melaka bessttt ooo jeles mak Pastu sewa bilik RM50 aje sebulan dapat duduk ngan geng dia masa kat Politeknik dulu..dapat elaun ghumah lagi. Walaupun gaji kecik tapi terjamin masa depan tahu tak. Dak ayun (boifren dia) pun nanti kuo keje gomen (cikgu) jugak kan. Bagus le tu korang berdua. Jangan asyik nak dating aje simpan duit kawin cecepat. Tak cukup nanti ni your sistah can sponsor sikitlah as usual. I tak sukalah you dating2 selalu bukannya elok pun. Nasib baik duduk jauh2 sorang johor sorang nogori. Dalam dok jauh tu pun sompat jugak enteprem masa bukhari bersunat baru ni. Memang bertuah sungguh mamat tu. Hmm nasib baik mau jadi adik ipar aku…kalau tidak…
On the other note my brother yang engineer tu dah dapat berkampung semula di Melaka kat petronas Sungai Udang. Alhamdulillah good for him and his family. My mom sukalah anak lelaki dok dekat (semua ibu suka anak-anak dok dekat kot) Iyelah selama ni sorang melaka sorang trengganu but this time tak tahu lah berapa lama contract kat melaka..paling cepat 2 tahun lepas ni tak tahu tercampak mana pulak. Jangan balik semula ke Miri sudah le..sian kat adik ipar aku tu…selalu sokmo kena tinggal ngan husband. Good news yang aku terima baru2 ni diorang dah beli rumah. Tahniah-tahniah..beli rumah awal2 ni lah bagus tak pe susah2 sikit…berjimat cermat sikit nanti dah tua senang. walaupun my brother duduk melaka tapi dia nak sewa umah sendiri tak nak duduk sekali dengan mak (padahal opis dia dengan umah mak tak sampai 5km tapi opis my SIL jauhlah MRSM Jasin sian plak kat dia). Ok dia pun nak life dia sendirikan tak kan lah asyik nak berkepit bawah ketiak mak aje. Then baru ni makwe (nenek aku) kata dia dah beli umah yang dah siap…So bila settle semua loan dan sebagainya dia akan pindah masuk umah baru. Ok I should start thinking of buying him something for his new house…Carpet aci tak…ala carpet kat Suria tu laa…very nice one lorr…murah banget plak tu…aku baru aje beli carpet dua helai kat situ last friday….gebu dan cantik dan murah…plus nak rembat lagi dua helai..tak cukup pulak rasanya. Uisshh teruja…
On the other note my sistah yang kawin sekali dengan I tu…kalau tak silap nak menimang cahaya mata yang ketiga…I dengar my dad ceritalah…tapi sebab I tak balik kampong lagi since raya (my mom plak yang berkampung kat KL) so I cannot confirm…kalau betul tahniah-tahniah semoga sentiasa murah rezeki,..heehh anak dia yang first kembar satu lelaki satu pompuan baya deena. So this is her second pregnancy for her third child. Semoga semuanya selamat. Aku bila nak peknen kembar ni…aku nak jugak…harap2 lepas ni dapat kat aku lah pulak kan…go go usaha tangga kejayaan kan..ya ALLAH perkenankan doa hambamu ini amin…
On the other note Bukhari dah selamat bersunat. Aku hanya dengar cerita dari mak mcm mana dia nak bersunat haritu sebab aku kerja. Heehh hero lah sebab dia yang sunat first after luqman dah meloktang dalam bilik doctor tendang sana-sini. Adik bongsu aku yang Ilman ada mewarisi sikit muka busunya yang hensem itu (oppsss selain dari muka addy ok..trade mark jawa itu memang terserlah di wajah anak bujangku ittewww)
And lastly adik aku yang ada sedikit masalah remaja tempohari. Walaupun masih belum 100% pulih tapi ada perubahan jugak alhamdulillah. Yang pasti muka dia makin hari memang macam si Fahrin Ahmad tu…hmm mewarisi kehenseman ayah masa muda. Aku tengok gambar ayah masa baya2 dia memang sebijik mcm muka adik aku yang ni. Cuma perangai tu nak kena baiki bagi elok2 lagi kata nak jadi ustaz tapi perangai tu memang takde ciri2 ustaz langsung. Mak saja suruh dia tinggal KL dengan Danial masa cuti sekolah ni. At least kat sini dia tak de dok melepak dengan kawan2 dia macam kat melaka tu.
Itu sahaja kisah terkini….huarghhhh rasanya tadi aku mcm tak de idea aje… apasal aku leh tulis berjela2 ni…
Till then bye
Mood: lindu sama itu my larling looo…and oso my deena and ilman yang makin keletah bercakap



1 comment:
hah.. takdak idea tp pjg berjela jela. Heheheh. Itu lah penangan blog. Eh, kv nak komen crita yg mana satu ek? Lupa la pulak. Hadoii
Post a Comment