Thursday, December 14, 2006

Bonus alhamdulillah

Daripada 25 biji yang masuk malaysia hanya 2 bijik aje yang ok. Oleh itu KS nak minta maaf pada Zino dan kawan2 yang nak order thumbdrive dari ks. Infact kawan hunny pun ada yang order. Sian korang semua plus kesian kat ks jugak... Beberapa masalah teknikal kami kesan setelah kami test thumbdrive tu dalam masa seminggu.Sumbat sebanyak file...download movie, format semula, scan virus dsbnya. Keputusannya memang mengecewakan. Jadi buat sementara waktu saya holdkan dulu jualan thumbdrive sehingga mendapat green light from our supplier.Tak nak nanti korang dah bayar mahal2 dapat thumbdrive tak ok pulak. Dlm projek team dua org sahaja yang bernasib baik sebab dapat thumb drive 8G yang ok. KS sendiri pun kempunan... huarggghhhhh... sedihnya...anyway tak pe hopefully lepas ni akan masuk lagi batch yang baru. Kalau ada nanti I'll let you all know.
 
As usual harini masih terperap dalam project room. dari pagi panas punggung dok kat kerusi mengadap tender specs ni. Kematu dan berpinar biji mata dibuatnya. Hmm tak sabar nak settlekan semua ni dan move ke Bangi...yahuuuuuuu syokkkk...semalam pergi registerkan deena dan ilman di tadika baru Sri Flora. So aku dah confirm akan sekolah kan deena di Sri flora yang gunakan MYKIDS program (Multiple Intelligence Kids). Banyak tadika aku survey kat TS aje ada 4 tadika..ladybird program, smartkids, dan dua lagi guna program sendiri plus smartreaders kat sungai chua. And last decision itu pun dah puas tanya member2 sana-sini dan survey cost pro and cons. Hmm oklah kat sini kot sebab laluan kerja aku setiap pagi. Yang best tentang this tadika ialah ada kelas arimethic menggunakan sempoa....
 
Good news...pekeliling tentang bonus dah keluar. Alhamdulillah walaupun quantum bonus aku rendah sikit tahun ni berbanding tahun lepas but at least syukur....ada jugak dan lebih dari 2 bulan...plus...bonus syarikat yang kami dapat 2K sebelum raya haritu tak payah bayar semula....yesssss.... so lega syukur alhamdulillah...maka dapat le aku tambah beli esos lagi satu lot januari nanti...duit bonus tak boleh dibuat jolly....heehhh...buat modal supaya duit tu boleh bekerja untuk kita.
 
ok itu sahaja nasihat dari aku petang ni...nak balik dah..penat sungguh otak bekerja harini....
 
Till then...bye

1 comment:

DeLinn said...

Zira

Cemana pasal sambal tu? Baper Rm dijual? Aku berminat nak beli nih