Mind you entry kali ni panjang giller sebab terlalu banyak story yang aku nak share tapi sibuk banget kat opis..but aku cubalah lah curi2 tulis bila aku break. Ok let me start dengan cuti raya Qurban. Plan kami nak balik bercuti pada hari khamis petang semuanya hancur musnah. Aku dah apply cuti for friday but hunny heeh heehh biasalah cik abang aku tu…well dia kerja sampai sabtu tengahari (mulanya rasa mcm nak bengang aje dengan dia tu tau…tapi pastu aku kat heeh tak de maknanya kalau nak bengang2 pun dia tetap akan kerja jugak so let me enjoy my 1 hari setengah cuti tu with ilman). Walla…tapi tak pe kesempatan cuti jumaat tu aku ambil untuk service kereta dan ambil kain ela di Jln TAR. Balik melaka lepas zohor ambik deena dulu then kami terus ke Muar.
Sepanjang perjalanan nak balik umah MIL tu leher aku memang panjang meninjau2 kesan banjir specially bila dah masuk area Serom, Bukit Gambir dan Grisek. Masa kami sampai banjir kat jalan dah surut tapi kat area Grisek masih ada lagi rumah yang ditenggelami air kesan2 banjir memang nampak di tembok2 rumah…uishhh tinggi air naik kalau dah sekerat tingkap naco tu aku rasa separas pinggang ke dada airnya. Aku mcm tak percaya sungguh sebab ladang kelapa sawit dan parit memang penuh dengan air. Wah memang teruk banjir kat Muo kali ni. Sampai kundang ulu kami terus ke pekan dulu. Uishhh sesaknya banyak kereta dan motor meninjau2 keadaan banjir di pekan kundang ulu. Uishh lagi aku terkezut banget banjir masih tak surut air masih separas lutut specially kat area pasar yang betul2 bersebelahan sungai muar. Kereta boleh pergi setakat tepi bas stop kat sekolah menengah tu aje.
Masuk parit tunggul masih banyak lagi air2 yang bertakung di kebun kelapa sawit dan kebun getah infact ada dua tiga rumah yang masih penuh air di laman. Ada juga orang2 kampung yang sedang sibuk cuci rumah angkat2 barang dan membasuh di tepi parit. Kesian sungguh aku tengok. Paras air di tembok rumah separas peha. Alhamdulillah umah MIL tak kena banjir…kesan paras air parit masih berbekas..aku rasa memang melimpah ke jalan Cuma MIL agak bernasib baik kerana rumahnya di kawasan yang adak tinggi sikit. Air parit lepas banjir terus jadi jernih best betul..tapi den tak mandi parit le sogan den...
Masa kami tiba bekalan elektrik masih terputus maka bergelap lah kami malam tu. Umah MIL penuh dengan kak ima sekeluarga dan kak kamar yang pulang beraya…MIL plak tengah sibuk2 turunkan rumah maka rumah tengah dah takde dapur lah jadi tempat berkumpul. Aku anak beranak masih di bilik kami sebab bilik kami tidak terjejas dengan projek MIL tu. Seperti biasa bila balik kampong maka bersembanglah kami ipar duai ni dengan MIL. So mak ceritalah minggu sebelum tu masa hunny balik kampong rupanya cik abang tu terkandas di parit medan. Air banjir tinggi separas peha di jalan masa tu lori pun tak boleh lalu. Petang tu melepaklah cik abang di tepi tembok masjid parit medan sebab dah tak boleh balik rumah so tak tahu mana nak tuju dan tak tahu nak buat apa. Nasib baiklah ada indon yang baik hati sudi menunjukkan jalan balik parit tunggul ikut jalan bukit dan lalu hutan semak samun. Heeehh heehh nasib baik tak kena kidnap cik abang tu dan nasib baik kami tak balik sefamily naik kereta kalau tak sia2 aje. So selamatlah cik abang tu sampai umah dia…heehh hehehh
Mak kata rumah bik sam juga tenggelam separas dada. Jadi bik sam anak beranak duduk di rumah mak masa banjir. Kedai2 di pekan kundang juga tenggelam hampir separas bumbung…wow tak boleh imagine taman mainan tempat kami melepak setiap kali balik kampong semuanya tenggelam.
Dua hari aku bercuti di kampong muar. Malam ahad tu ajam tiba dan esok paginya Dr Su pulak tiba makin meriahlah umah mak. Ingatkan Dr Su tak balik raya haji ni sebab kawan tu at anytime akan meletup sebab dah cukup bulan. Pagi raya lepas masak2 semua aku bawak deena dan ilman ronda2 ke kawasan sekitar yang terkena banjir. Masjid parit sawah tempat hunny sembahyang raya pun habis jugak kena banjir..so nampaklah karpet2 yang di buang. Ronda2 dengan kereta ke kampung2 berdekatan. Memang banyak kemusnahan berlaku dan aku memang membayangkan air sungai muar minggu sebelum tu masa banjir sure naik mcm ulang cerita tsunami yang aku tengok di TV1 minggu lepas..menggerikan, menakutkan dan yang paling penting menginsafkan.
Itulah kisah banjir dan hari raya qurban. MIL kata ini banjir terbesar selepas 40 tahun dahulu. Pernah berlaku juga masa tu MIL kata umurnya 20 tahun.



1 comment:
salam, aidil adha dan tahun baru ...dan yang istimewa salam kenal...
Setiap kejadian ada hikmahnya...pastinya kebaikan yang akan menghampiri kita, andai kita ingat kepadaNya.....
Post a Comment