Thursday, January 25, 2007

Briyani Gam Batu Pahat

Perut kenyang dan mata mengantuknya masyaALLAH. Ni sure penangan briyani gam sri benteng yang kami dok pekena lunch time tadi sempena proposal project kami telah verbally diluluskan oleh Dato Ceo. Alhamdulillah thank you Mr PM yang baik hati lagi hensem. Semoga sentiasa murah rezeki. Well about the briyani siapa yang hantu briyani Batu Pahat (like me yang at one time dulu dok outstation ke JB sanggup kami menyusur jalan dalam sebab nak pekena briyani benteng ni) tu lepas ni tak payah dah nak kempunan coz you guys can had that di Prima Saujana kajang. A few km from tesco kajang. Nama kedai Orange Beriani Gam and it own by anak tokey briyani Gam benteng. Rasa sama dan sedap..harga sepinggan only RM8 kenyang banget.

 

I managed to tapau for hunny. So petang ni tak yah masak lah kot. Lagi pun malam ni ada kelas. Balik leh rileks sikit tengok nabila but heehh rumah aku cam tongkang terbalik plus mcm kampong dilanda geruda angkara dua budak yang memang superb dalam hal bab2 menyepah ni. Anyway mood untuk kemas belum datang lagi so I save kan umah yang serabut tu untuk weekend. Tak tahu le korang ni fan nabila Pemata hati tu ke tak..tapi aku siap boleh melekat hari2 nak tengok cerita tu. Iskhhhh geram betul kalau tengok tu...geram sgt dengan karakter2 jahat dalam cerita tu...plus suka tgk pelakon indon yang cantik2 dan hensem2 mcm ibu arini dan Mas Aji....

 

Talking about kemas rumah aku rasa bilik tetamu kat bawah tu memang serabut. Pagi tadi dah berazam dan bersemangat nak settlekan kotak2 yang banyak dalam bilik tu (kotak2 masa pindah yang masih tak buka) untuk aku selesaikan. Actually memburukkan dan menyemakkan mata memandang. Plus nak beli one chess drawer untuk letak baju ilman dan deena yang dah tak muat bakul. Plus bilalah aku nak mengangkut baju2 kerja aku dan hunny move ke master bedroom. Seronok betul aku bersiap kat bilik bawah tu padahal master bedroom punya almari siap boleh dibiarkan kosong saje. Hmmm niat tu bagus dah tapi nak buat tu memang memerlukan kekuatan sungguh. Lagi2 yang nak dok mengemasnya sorang2 plak tu yang nak buat sepah tak payah cakap lah...sama aje addy dengan anak-anaknya.

 

Perarakan flora yang akan diadakan di Putrajaya Sabtu ni dah masuk dalam list outing kami. But selalunya kalau benda2 mcm ni memang kami akan buat decision last minute walaupun dah plan awal. Kalau jadi Sabtu sure kena bangun pagi2 masak2 siap2kan makanan untuk bekalan tengok kereta berhias. Acara2 mcm ni tak leh datang lambat sebab nak parking sure susah plus orang tentu bersesak2 punya. Hmm kalau jadilah but semuanya bergantung kepada keadaan semangat dan aura untuk pergi plus budak2 dua orang tu boleh janji takmo noti2 specially adik man yang pantang nampak tempat luas2 sure berlari sakan dan tak nak dipegang. Plus kesanggupan addy mengejar anak bujangnya. Kalau semua ok...jumpa di Putrajaya ye Sabtu ni.

 

Wokey nak balik dulu till then..

11 comments:

zino said...

opis zino pun ada ambil bahagian perarakan tu pernah juga memang.. pernah juga terlibat dolu dolu.. tapi sekarang rasanya nak pegi tengok pun malas.. tak larat nak berasak dengan orang ramai tu.. tambah lagi nak bawa budak manja sorang tu hehe

Angah said...

opis aku pun sekangkang beruk jek dari tempat perarakan tuh, jadinya kalau nak pergi esok aku parking jek kat opis eheheheheh

cikdinz said...

aktiviti yg bagus.
anak-anak dpt tengok perkara-perkara baru dan belajar tentangnye...

cikdinz said...

briyani gam kat prima saujana...
tak pernah nampak pun..
kat belah mana nih....

Kopi Suam said...

Zino,
zaman bersesak2 tu dah berlalu kot...tak pe lah bagi chance kat org yang baru2 nak belajar hidup mcm kami ni merasa sesak2 pulak.

Angah,
kalau opis kau dengan tempat tu sekangkang semut lagi besshhh kan...lagi dekat tak yah penat2 nak menapak. Aku tumpang parking kete kat opis kau boleh ke?

Cikdinz,
Salah satu cara mendedahkan anak-anak kepada dunia luar.Cikdinz briyani gam ni kedai dia betul2 bertentang dengan fun fair kat prima saujana tu..carik le fun fair buruk tu..kedainya warna orange. Briyani Gam Sri Benteng

Anonymous said...

salam,

mutiara hati tu feveret anak dara saya sorang tu. boleh muncung kalau tak dpt tengok hehe

rajinlah KS sekeluarga keluar layan perarakan camtu, kalau saya idaklah..tka larat redah sesak2 tu.
er..jgn lupa tunjuk gambor perarakan tu kat sini ya.

cikdinz said...

ade funfair kat sana yeik...tak perasan plak...

NBK466 said...

KS...kedai nasi byrani BP tuh is it benteng be'4 jambatan Sg. Muar tuh? Nasi Bryani Mat Shah ker?

Kopi Suam said...

En nbk466,

Tepat sekali..nasi briyani yang tu lah..glamer pakcik mat shah tu kan...banyak kali kuo tv..

cikdinz said...

rasanye pakcik mat shah tu ade tunjuk cara masak beriani kan....

Mohamad Azizan said...

Saya pun mencari...penat jln kaki satu kedai ke satu kedai