Thursday, January 18, 2007

Business

Sejak last week sampai hari dah 3 kali aku melepaskan gian bermain bowling waktu lunch di SCP. Ada baik ada buruknya jugak sejak berpindah di IKAL ni. Aku ingatkan bila aku di sini aku akan lebih berjimat cermat dan kurang bershopping tapi tekaan aku meleset sama sekali. Waktu rehat bila boring mulalah kaki tu gatal nak drive ke SCP. Hmm dekat aje pun lalu highway dan yang penting offer yang dibuat oleh pihak bowling kat SCP tu. 5 games for RM10 memang menarik dan dugaan untuk hantu2 bowling seperti aku ini. Kalau boleh hari2 nak membaling bola bowling tu…isskkhh sib baik ada kaki kat sini yang suka bowling jugak. Tapi aku kalau sorang2 pun jadi.

 

5 games aku main dalam masa sejam..kira terror lah tu…harini games aku tak berapa ok..everage dalam 140 aje kecuali first game aje aku dapat 160. Lama dah tak berlatih position tangan semua dah lari. 5 games tu rasa ok lagi sebab dulu masa tengah gila2 bowling aku main straight 10 games 2 jam sampai lenguh2 bahu dibuatnya. Sekarang kalau nak buat 10 games rasanya tak larat dah. Ini baru start bowling..memang aku suka sungguh opis kat sini…swimming belum start lagi tapi dah plan dah dengan geng2 kat sini…Nanti setiap selasa (ladies day) after office kami terus turun pool…dapat 1 jam stroke pun ok dah. InsyaALLAH aku akan start semula swimming tak lama lagi…lama dah tak turun pool…at least ada jugak exercise…dah le dok rumah ternak body aje kerjanya..mcm mana nak kuruih kalau camni. 2-3 hari ni kami tak terkejar2 macam minggu2 sebelum ni. Selagi hal2 tender ni tak selesai selagi tu lah kami ni menunggu approval plus extra presentation to Dato’ on a few matters.

 

Jom sembang pasal business. Ada sesiapa yang ada business baik yang boleh dikongsi dengan aku. But please no MLM no insurance do direct selling. Meh laaa…kerja makan gaji mcm ni sampai bila pun tak kan jadi jutawan. Nak juga kena cari wang saku lain untuk top up mana yang patut. Kalau ada modal besar sikit boleh le beli commercial building mcm kedai. Tapi modal pun tak banyak setakat beli apartment 70-80K tu lepas la. Tapi one of my friend adalah bagi cadangan untuk kami share beli kedai sesama. Aku takut2 berani jugak sebab bukan sikit kami nak kena buat loan 700K. One commercial building 3 tingkat kat area kajang dan bangi harga lebih kurang mcm tu. But on the positive side kawan mak dah join dengan hubby dia  dah beli 2 biji kedai. Kedai yang first tu 2 tingkat belakang Az-Zahrah..tingkat atas Az-Zahrah dah sewa..tingkat bawah masih belum ada penyewa..tapi banyak orang yang calling2 nak sewa. Atas bawah kedai tu sewa sebulan RM7K. Monthly diorang bayar bank RM3K sound interesting right…tapi risiko tinggi jugak. Kalau tak de penyewa mcm mana..mati loorr nak kena bayar bank monthly RM3K. By the time nak tunggu building tu siap nak jugak kena bayar bank at least 1K sebulan….makan loti lorrr…gaji mak tak banyak…tu sebab mak belum berani nak menceburkan diri dalan investment yang memerlukan modal2 yang besar seperti ini..tapi income dia pun menarik sungguh. Iskhhh tapi selagi tak keluar dari kepompong kehidupan yang rutin ni selagi tu kita tak akan bergerak ke mana2. Ok cita-cita mesti besar jangan halang cita2 tu. Terngiang-ngiang di kepala aku kata2 kawan yang sedang menuju puncak macam AF lah pulak kan. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. She is just two years older than me.

 

Aku merapu petang ni….sebab kekeringan idea..till then bye

 

4 comments:

Shami said...

salam....zira..errr kopi suam...kunjungan balas.....

zino said...

ks
bagus le kalau ada semangat nak berniaga... 9 dari 10 rezeki datang nya dari sumber berniaga.. dan berniaga ni pulak kenalah berani ambil resiko..

kalau nak beli rumah kedai sebelah wangsa maju ke setapak ke boleh jumpa zino hehe

Anonymous said...

tu yg mengigau masa tengah tido tu...
tangan ade gaya sket cam tgh nak membaling bola....heheeee...

Anonymous said...

Nak bisnes leh gi kat laman web aku... http://faiz.cjb.cc

Meor Ahmad Faaiz