Wednesday, January 24, 2007

Eye On Malaysia

Mama tahu adik man mesti teruja hari ini. Tunggu mama balik ye adik man. ‘Mama anyak nyer owi’ (mama banyaknya lori). Setiap kali naik kete pantang nampak lori melintas suka banget. (dengan harapan jangan jadi pemandu lori ye nak bila besar nanti…jadi pemandu kapal terbang tak apa J ) Kerana terlalu obsess sangat dengan lori maka setiap kali ternampak lori adik man akan berteriak keriangan. Hari ni mama hadiahkan adik man lori mainan yang besar harga pun RM20 ringgit lebih (dengan harapan beli mahal sikit bio tahan lama). Ntah tahan berapa hari le gamaknya. Maklum lah kanak2 yang bernama Muhammad Ilman Abqaary tu sangat kreatif orang nya.

 

 

Kalau beli untuk sorang yang sorang lagi jangan lupa. Sejak masuk tadika ni macam-macam yang di demand oleh cik kak ni. Hari-hari dok sebut “mama kakak nak beli beg roda Barbie”.  Esoknya pulak merengek lain “mama kakak nak beli telekong macam nabila” (nabila kanak2 dalam cerita mutiara hati setiap hari jam 6.00 petang di TV 9) Atau mungkin deena teruja bila tengok kak wawa (anak Dr Su) cousin deena yang dok menayang telekong dengan beg teletubbies masa kat kampong haritu. Hmm lagi pun setiap hari Jumaat di tadika deena belajar sembahyang. Kata kakak kawan2 semua bawak telekung pergi sekolah. Maka mama pun belikan Irdeena maisarah sepasang telekung hijau epal yang ada bunga2. Pasti comel cik kak tu bertelekung nanti.

 

 

Hmm dalam sibuk2 membeli lupa plak nak belikan bantal dan bantal peluk untuk deena. Beberapa hari ni aku perasan yang belakang leher deena merah2 bintik2 kecil. Agaknya tak sesuai guna bantal yang kat sekolah. Petang ni lepas opis kenalah ke Jusco sekejap cari bantal. Bantal deena yang lama lupa nak kutip kat taska lama di HQ. Bila anak2 semakin membesar keutamaan memang banyak tertumpu kepada keperluan mereka berdua. Duit pun memang banyak spend untuk anak-anak berbanding diri sendiri (iye ke mama heeeh bukan baru beli handbag CD baru warna pink ke har har har konon keutamaan anak-anak) Ini baru dua…belum 3 belum 4 kalau ada rezeki lah.

 

 

Oh ya aku sepatutnya nak cerita pasal kami ke Tasik Titiwangsa naik Eye On Malaysia. Since Isnin tu aku cuti but hunny kerja…hmmm 3 hari cuti bengong kepala kebuntuan kerana kami tak merayap ke mana..Projek balik kampong also tunda hingga CNY. Weekend dok mengemas rumah bagai serta melayan hunny main speed boat kat tasik. Well nak dijadikan cerita sabtu pagi tu nampak hunny deal with someone kat luar rumah. Tup2 dok bawak masuk speed boat yang gedabak. Petang tu kira test power his new F1 speed boat. But aku macam biasa tak puas hati dan tetap mempersoalkan. Berapa harga benda ALLAH tu…then dah kasi ke mak duit untuk buat rumah. The time hunny kata dah bank in duit kat mak 3K ok aku legalah…tak kisah lantak le cik abang tu nak beli RC yang harga 10K pun duit dia kan as long as tanggungjawab kat MIL dia buat..I’m more than happy.BTW harga benda ALLAH tu memang 1K pun.

 

 

So melayan dia main Speed boat sabtu dan ahad tu. Aku suka aje lagi2 dengar bunyi deruman engine boat yang mampu memecah keheningan pagi di TS. Belah petang ramai sungguh penonton. Since hunny memang dah biasa sgt dengan RC so he managed to control that speed boat very well mcm orang yang dah expert. Monday kami kebuntuan. Aku malas masak sebab cik abang tak ada tinggal kami 3 beranak. So after kemas2 rumah aku call Is. She was suggested us ke EOM di Tmn tasik titiwangsa. At 1.30 Is datang dengan dua kotak pizza for our lunch. Then siap2 kan budak berdua yang payah beno nak suruh tido tadi. 12.30 baru nak lelap pukul 2.00 dah kena kejut sambil pisat2 mandikan diorang dan tukar baju. By 3.30 kami tiba di TTT. Orang tak ramai tapi cuaca masyaALLAH panas yang amat. Memang teruja sungguh nak naik Paris wheel ni. Mula2 tu rasa gerun jugak specially bila tiba kat part yang paling atas. 6 pusingan semuanya. Irdeena suka sangat (cik kak ni memang berani orang nya) compared to Ilman yang penakut sikit. Asyik aje dok kata “mama adik akot…adik akot”.Tapi tak de lah sampai Ilman menangis. Cumanya bila kita tanya adik man nak naik paris wheel lagi tak..cepat-cepat dia kata “anak..akot” (tak nak takut). Basically we were really enjoyed the ride. Yang paling ngeri bila kita kat atas dan wheel tu berhenti untuk turun dan naik kan orang. With the gondola start bergoyang ke depan ke belakang. View from top memang cantik sangat. Cumanya kalau pergi malam mungkin lebih cantik dan menarik dan tak panas. Balik dari paris wheel adik man batuk2 dan dedau sikit sebab cuaca yang panas.

 

 

Since it was unplanned project so aku tak bawak kamera sebab kamera tinggal kat opis but lucky ada hp camera. So sempat gak kami berposing sikit. Gambar2 kami ada di fotopages. May be lepas ni kena buat sekali lagi trip with crony dari melaka plak. At least tak dapat bawak gi Paris dapat bawak naik Paris wheel pun dah ok dah. Congrats to Dr Su and Dr Amin with their new born baby. Baby girl lupa plak nak tanya nama sebab tepon haritu nak cakap ngan MIL terkejut bila dengar suara Su. Hmm wat penat aje diorang balik kelantan 2hb lepas masa lepas cuti raya haji haritu (Masa tu aku tengok memang dah sarat dah). 3hb Su bersalin di HUSM (diorang kerja lain2 hospital) 5hb Amin hantar Su balik Muo umah MIL. Su kata balik KB ke Muo bunyik cam dekat aje..cam balik Kota Tinggi ke Muo. Apa-apa pun tahniah bertambah lagi sorang cucu MIL.

7 comments:

aNIe said...

KS...dah lama betul tak naik Paris Wheel...masa kat Melaka dulu sibuk ade Fun Fare ade lah naik...tu pun masa kak lady lom kawin...sejak dah kawinni tak pernah pun....

Mesti cantik pemandangan kat atas tu...

Camaner keadaan adik sekarang...dah kebah dari demam tak

NBK466 said...

Wah..speedboat F1 ler pulok.. Kalau terlebih2 duit tuh buleh ler sedekah kat org2 yg terpaksa beli tiket flight 2 kali tuh..he.he.he..

cikdinz said...

best tak naik mata malaysia tu...
ramai orang tak.....

your son sama mcm mine one..pnatang nampak mainan lori ke, bas ke, keter ke, motor ke, sumer nak beli....
dah banyak dah koleksi yg ade kat umah....

Anonymous said...

salam,

enam pusingan? kalau saya mabuk dah.

adik man dah ok ke?

rudy bluehikari said...

salam. terima kasih sudi melakar komen di bluehikari.com.

moga2 Allah tunjukkan kebenaran. DAN sentiasa memberi kesabaran untuk kita menempuh dugaan hidup.

Kopi Suam said...

Kak lady,
Moh lah bawak Farhan dengan Fariz ke sana seronok sungguh..mak budak pun teruja apalagi kalau kanak2 kan.

En NBK466,
Camno trip ke Kuching seronok tak? Hmm kalau terlebih duit baik sedekah kat KS ni..boleh gak boleh buat beli gelang heeh heeh (typical org pompuan)

Cikdinz,
Best banget youuuuu bawak le anak2 gi sana...kalau takmo ramai org pi le time hari kerja :)

Syikin,
Tak mabuk sebab roda tu pusing slow aje...adik man getting better..cuma batuk sikit.

Rudy,
Sama-sama Rudy, semoga kita semua akan sentiasa mendapat petunjuk ALLAH amin.

cikdinz said...

dah plan dah..
nak gi 2 feb nih..
heharap takde orang...hihihihhhiiii