Wednesday, January 31, 2007

Kasutku patah tumit

Selamat bercuti kepada orang-orang KL dan orang-orang Selangor. Harini mcm tak cukup kakitangan sikit. Pagi tadi ada meeting lagi tak habis2 lagi tentang tender pendek kata pagi petang siang malam hidup kami kat projek office ni masih berkisar kepada tender. Selagi tender tak masuk paper..well korang pun tahu lah kan. Disebabkan harini terlebih bergerak plus petang tadi kena gi HQ terkejar-kejar nak settlekan hal2 yang berkaitan dengan procurement…heehh heehh sampai aje semula ke opis sini tup patah tumit kasut aku satu…heehh sib baik patah masa aku sampai kat opis ni..kalau patah masa kat menara tadi kan ke malu.

 

Well you know ada banyak sebab kenapa tumit kasut yang setinggi 2 inci tu patah. Aku rasa sebab utama ialah kadar pertambahan jisim dalam tubuh badan aku ni kot..heeehh sian kasut aku tu yang terpaksa menampung berat badan hamba ALLAH ni. Apa nak buat kasut kan dah tugas dan tanggungjawab kau begitu kenalah pikul walaupun berat dan sukar. Heehh kalau kasut ni dapat tuan yang slim oklah jugak kan..tentu kasut tu happy…anyway sebenarnya sang kasut kalau kau nak tahu berat badan ni bertambah sebab tuanmu ini semakin hari hati semakin senang hidup pun happy aje. Jadi dalam hal ini rasanya sang kasut kenalah salahkan sang happy yang telah membuatkan tuanmu ini semakin berat heeehhh aci ke macam tu.

 

Tak pe kasut yang patah boleh dibeli baru. Apa-apa pun terima kasih lah kasut kerana jasa2 mu itu. Aku dah campakkan kasut tu dalam tong sampah…kalau ada orang yang sudi nak bawak ke tukang kasut boleh aje…dijahit dan digam semula sebab kasut tu elok lagi. Tapi mungkin dah tiba masa untuk aku tidak memakai kasut tumit yang slim2 mcm tu lagi kot…heeeh heeeh kesian kat bakal2 kasut yang aku nak beli lepas ni…..so malam ni adalah reason untuk aku ajak hunny kuo ke Parkson atau Jusco…

 

Till then…selamat bercuti

1 comment:

Angah said...

pengalaman kasut patah.. ahahahaha masa aku nak pergi interview orang. Memang kelako laaa.. mujur dalam kereta ada lagi sepasang. Patah balik la terhencut2 ngambik kasut tuh.

Ada plak calon2 yang ternampak aduss maluuuu.. tapi sebab aku profesional ehehehe maintain la muka..