Tak tahu lah kenapa tetiba aku mimpi pasal dia lagi. Dan setiap kali aku mimpi tentang dia, mimpi itu memang akan memberi kesan berpanjangan pada aku. Macam malam tadi dan aku sedih bila teringatkan mimpi tu. kenapa dia tak nak jumpa dengan aku malam tadi. Kenapa dia larikan diri dari aku sedangkan dia tahu aku dah lama tunggu dia di bangku di kantin sekolah tempat kami selalu makan bersama. Sedangkan dia nampak aku sedang menangis dan ditenangkan oleh sahabat baik ku Suzi. Kenapa mimpi aku tentang dia malam tadi agak sedih. Sedangkan selama ini kalau aku mimpi kami ingin berjumpa dia sangat gembira dan ceria. Hmm malam tadi aku hanya dapat memandang dia dari jauh. Dia masih seperti dahulu...masih seperti di dalam mimpi terakhirku dimana dia memberi aku sehelai surat di dalam bas. Oh ya mimpi terakhir aku tentang dia juga satu mimpi yang sedih yang aku tak lupa sehingga hari ini. Dia tidak berubah dan masih seperti diri dia yang aku kenali selama 8 tahun itu. Adakah dia masih begitu aku harap hatinya tidak begitu? Dia masih dia yang pernah membuat aku bahagia seketika ( 8 tahun itu ku kira bukan seketika). Birthday dia lagi 5 hari. mana bisa aku lupa. Happy birthday M. Semoga panjang umur murah rezeki dan bahagia bersama isteri tercinta sehingga akhir hayat. Aku teringin sekali bertemu ibunya...tapi sampai hari ini hajat aku tidak kesampaian.
Yeahhh harini baru dapat lepas gian dari satu blog ke satu blog. Wah banyak yang aku termiss.... banyak sangat cerita2 korang semua la. Tahniah nizam a.k.a gitar tong sedap nama anak. Cik Delinn what's wrong with your blog..aku tak leh access..well last weekend kroni dari melaka datang rumah kami. Actually mak dah ayah datang malam Jumaat tu. Ayah sangat teruja sebab nak dapat kereta baru. So pagi Jumaat tu kami transitkan mak we (nenek aku) ke rumah moklong di Pantai Dalam, then kami ke SS2 untuk ambil kereta. Sebagai perasmi...aku yang drive dulu kereta tu sebab kereta auto ayah tak berapa biasa (aku pun tak biasa jugak tapi aku tak gabra dan tak cepat panic...heehh itu yang membezakan). Ayah memang seronok sakan sebab memang katanya colour tu yang dia nak. Wah dah bawak kereta auto ni rasa seronok sakan. Iyelah selama ni aku memang bawak kereta manual aje. Cumanya one thing yang aku tak suka tentang auto ni ialah pick up tak berapa. Biasalah mak ni kan mak rempit. dari muda sampai sekarang (pun masih muda lagi) kalau bawak kereta memang sentiasa merempit aje. heeehh heeh lemas le kalau bawak kereta slow2 ni. Tapi boelh lah aku consider lepas ni kalau tukar kereta memang dah masa untuk aku drive kereta auto pulak.
Balik ke rumah kajang hari sabtu pagi tu ayah dok practice drive kereta barunya. Ayah drive ok cuma tak berapa biasa nak bawak auto. Kata ayah kaki kirinya asyik menekan2 macam nak tekan clutch. Sabtu pagi tu kami dok merancang nak ke Paris wheel di tasik titiwangsa tapi akhirnya rancangan berubah sebab tentu ramai orang yang berkunjung ke sana. So dari paris wheel rancangan diubah ke zoo negara. So satu kereta (kereta baru) dan aku menjadi supir kami ke zoo negara. Ilman dan deena memang teruja sangat melihat binatang. Yang tak bestnya bayaran masuk ke zoo negara tu humang aaii...aku ingatkan RM10 lagi mcm masa kami pergi dulu tapi sekarang dah naik RM15 dewasa dan RM6 untuk kanak2. Iskhh nak tengok binatang pun kena bayar mahal2. Semuanya naik dan melambung tinggi.
Hari ahad pagi kami ambil makwe di rumah moklong. Masa kat PD my sister call kata nak lagi kain ela 20 pasang nasib baik kebetulan kami kat situ so dekat sikit nak ambik kain nya. Bulan lepas dah bagi 20 pasang untuk share dengan my SIL yang mengajar kat MRSM. Saja nak ajar diorang business. Modal memanglah mak keluar 100% at least boleh tambah pendapatan masing2. Bergegas lah kami ke jalan TAR untuk ambil kain. balik rumah kajang singgah econsave beli barang2 untuk masak mee kolok. Moklong kata lepas balik wedding di Rinching diorang nak singgah ke rumah aku. So kami plan nak masak mee kolok yang kami makan masa kat kuching tempohari. Kebetulan daging masa hari raya qurban haritu ada banyak lagi. Mak yang masak aku bantu2 aje. Moklong tiba 2 kereta..so mcm biasa bila ada makan2 ayah akan baca doa selamat dahulu. Diorang yang padahal baru balik dari kenduri kawin ni pulun makan mee kolok. Memang sedap...so kalau ke kuching jangan lupa mencuba mee kolok dan laksa sarawak.Siap2 kemas semua masing2 pun berangkut. mak pun dah bersiap2 nak balik melaka.Senyap sunyi semula rumah aku. Petang tu aku melepak kepenatan. Sedar2 jam dah 7.30 malam.
yeahh till then



3 comments:
Lama sungguh tak dengar berita Zira...skang still kena block ker?
Bawak kereta pun buleh merempit ker? hahahhaha....
Dun pun kekok skali skala bawak keta auto...pernah sekali kaki kiri sibuk nak tekan brake while kaki kanan tekan minyak...mano nak jalan kete tuh hahh..he..he..he..
p/s : Agak pelik jugak kisah KS dgn M nie...emmmmm..
Kak we,
alhamdulillah sekarang blogger dah ok tak kena block..cuma saya aje yang tak de masa nak membega2 kan blog saya ni. heeh heehh...
tu lah pasal..kekadang tu saya geram aje ngan mat2 rempit ni...sampai rasa mcm nak rempit aje diorang tu semua dengan kete saya heeh heeh...saya rempit sendirian...heehh heeh
NBK,
haah haaahh memang kekok gak kan..den pun tapi sobab den ni ahh ado la jugak drive keto kawan den so kiro den beso lah..kisah saya dengan M..hmm biarkan ia menjai kenangan...
Post a Comment