Yup I know my blog dah bersawang. Tarik nafas panjang sambil melepaskan lelah. Kerja banyak kat opis selagi tak settle hal2 tender ni ada ajelah yang kami kena buat specially on QA/QC. Tomorrow I’ll be on leave nak ambik kereta ayah dan settle kan hal loan hmm ayah mesti suka sebab dah nak dapat kete. My homework yang boss bagi tadi dah siap. Aku dok mengadap documents tu semua dari pagi straight sampailah pukul 3.00. Jap lagi baru nak pergi lunch perut pun dah berkeroncong sakan ni. Tunggu kak ezu siapkan portion dia untuk tender specs. Pukul 4.00 baru nak gi minum petang.
Orang semua dok sibuk booking Air Asia. Aku lom decide lagi nak bercuti ke mana tahun ni. Kalau ikut project calendar nampak macam tak ada masa yang sesuai plus financial for this year pun tak start buat budget lagi so tak tahu la ada ke tak portion untuk bercuti dalam budget tahun ni. Ke aku yang tak bersemangat nak bercuti. Aura tu belum ada lagi sebab banyak benda yang aku tak capai lagi ni. I plan to bring my children to genting somewhere in February. Deena la yang beria dok tengok iklan2 pasal genting tu. Itu yang terdekat dan tersenang untuk aku fikirkan. Kalau harapkan hunny untuk tolong fikir alamat nanti hunny kata dok rumah lagi best. I can say yang aku tahun ni menyambut tahun baru dalam keadaan kerja yang menimbun. So my personal interest banyak yang aku tak dapat concentrate lagi. Banyak sangat..nantilah I have to sit down one day nak sort out benda2 yang aku patut monitor bila tiba tahun baru.
I’m happy here walaupun opis ni macam opis company 2 hengget tapi ketenangan yang aku dapat kat sini memang tak boleh digambarkan. Pagi2 sempat jugak sesekali buat breakfast, goreng pisang untuk hunny. Boleh lagi nak rileks2 dan kuo rumah at 7.30. So kat situ kadar stress aku dah menurun dengan begitu banyak. Dan membuatkan kepala aku sangat ringan, Balik kerja dengan perasaan yang rileks walaupun banyak kerja di office. Tak payah nak mengadap jammed dan bersesak-sesak. Balik pun boleh aje nak longlai2 tinggalkan opis at 6.00 o’clock. Tak perlu terkejar2. Tadika deena pun dekat, it’s just 2 km from my office.
Cik abang tu tengah merancang untuk beli RC car F1 yang memekak tu. I don’t know how much is the car tapi rasanya more than 1K coz guna nitro. Ni yang mak geram ni…baru2 ni senyap2 beli satu lagi kapal terbang. Itu pun tahu sebab baru2 ni masuk bilik tu nak ambik barang aikk tengok dah ada dah kapal terbang baru. Bilik tu memang kalau tak ada keperluan aku tak jejak pun semak sangat dengan barang2 dan kotak2 hunny. Dah le sesak dengan computer dan CPU office. Dengan motor racing kat dalam tu (dulu dia letak kat bawah tapi aku yang bising sebab semak so terpaksalah diangkut naik atas…heeh heehh zalim). Kalau dibiarkan nanti rumah aku tu penuh dengan mainan RC ni sekarang ni display cabinet memang hunny dah conquer separuh. Hmm bilik atas tu satu memang terpaksa bagi kat addy (sepatutnya jadi bilik adik man) so nanti bila anak2 dah besar dan bertambah (insyaALLAH kalau ada rezeki) memang cik abang tu kena beli kontena/cabin kecik untuk letak barang2 dia tu. Aku senang aje kalau ada orang datang kunci aje bilik tu. Bersepah sungguh malu aje.
Actually dah buntu sebab perut dah lapar sangat ni tak tahu lah bila gamaknya sempat nak update lagi. Till then



5 comments:
zira-nak respon pasal yuran tadika, yg entry before.
Memang average yuran tadika kat area lembah kelang ni macam ni kan.. kalau org kampung kita dengar mau terkejut. Najmi last year hantar ke Children Islamic Center, yuran mula riban-riban...+ januari fee dan december november deposit. bulan-bulan RM300 tak masuk makan, sehari 3 ringgit. kira ok gak le, sbb tadika tu ada mengaji dan iqra sekali
this year dia tak mau tadika tu, dia nak pegi smart reader plak.. so, yuran mula ratus-ratus, plus januari fee, plus yuran day care gedebuk gedebak, mmg riban-riban... dah masuk sekolah aliran omputih, kena hntr kelas KAFA gak..plus yuran bulanan KAFA RM85, so sebulan, tadika + day care (11.30 am -6.00pm) + KAFA dekat RM500.... penat mak ouls....
hehehehe
selamat tahun baru.. semuga tahun ni lebih lumayan lebih banyak tender yg mengena dan lebih ceria..
Kalau mmg ada berlebihan budget..okey jerk cik abe habiskan duit dgn hobi2 begitu...jgn hobinya kumpul bini udah.. nau'zubillah..he.he.he.
Pnut,
memang pun mahu tak terkejut. Dulu2 kita sekolah tadika berapa aje yang mak ayah bayar kan. Kalau masuk Tadika kemas kat kampung bayar RM25 aje kan. Tapi tak pe Pnut kalau ada duit lebih demi pelajaran anak-anak tak pe kalau kita sanggup melabur.
En.Zino,
Selamat tahun baru juga.Mudah-mudahan tahun ni murah-murah rezeki kita semua.
En. NBK466
Memanglah tak kisah sebenarnya...tapi kalau dah banyak sangat koleksinya tu rasa cam membazir pulak...iskhh..nauzubillah...kumpul bini tu sensetip tu :)
salam dear. a blog hop from me :)
Post a Comment