Aku mcm ingat2 lupa tentang tahun baru ini. Ya ALLAH ampunkan aku yang alpa ni. Rasa mcm ntah mana diri aku saat2 ni...leka. apalah aku ni teruk sungguh. Pagi ni kami ada perhimpunan anggota kerja di HQ. So lepas hantar deena ke taska aku terus ke Kelab Kilat mendengar amanat panjang lebar dari dato CEO. Habis perhimpunan semua anggota kerja dibekalkan dengan pek makanan. Memang lapar giller sebab perut tak isi apa pun dari pagi. Nasi briani kot aku belum pun buka lagi sebab tak sempat :). Terus ke Menara untuk submit borang claim dan ambil duit claim bulan Nov. Sampai kat lobi TM aku tengok ramainya orang berkerumun. Pastu nampak kereta squad ERA Avanza kat depan tu apa lagi sibuk2 lah enteprem kan diri. Selama ni dok dengar aje kat radia era kan (now dah jarang2 dengar Era). Terpaku kat situ sebab depa dok agih2kan hadiah percuma, creamer nestle, coke dengan sabun lux. Aku tunggu lagi sebab ada lagi hadiah percuma yang depa nak kasi mcm CD, majalah cosmopolitan dengan in-trend, t-shirt ERA, topi coco cola dengan t-shirt coco-cola.Tapi nak dapat hadiah ni kena jawab soalan ngarut2. Angkat tangan kena senyum nanti depa akan pilih siapa yang depa berkenan untuk jawab soalan. So bertekek kat situ aku dapat lah menang topi coke tu.
Naik atas settlekan hal claim, submit cds form kat rudy sangkut plak kat bilik zai. Kebetulan Gja ada kat situ melepak tunggu zai yang tengah bagi training. Sembang ngan Gja sikit punya lama. Lama tak jumpa geng masa NETS dulu. Kaki dan terangkat2 nak pi umah moklong..sebab ingatkan lunch time ni nak melepak sana, tidur kejap ke lepas solat baru balik opis. Tapi nampaknya dah sangkut sembang ngan gja. Zai abis training diorang ajak makan sekali. Makan free kat atas untuk training. Heehh so selamat nasi briani kat dalam kereta. So lunch sekali dengan Fad dan Is pastu terus straight ke opis dalam keadaan perut kenyang dan mengantuk. Ngantuk giller.
Tadi dah sms my darling....pujuk2 sikit yang nak balik kampung tak...heeh heehh rasa mcm nak balik melaka..tapi cik abang kata Isnin dia kerja sebab sabtu ni memang hari kerja dia....huaaargghhh kalau berjaya pujuk lagi boleh gak balik kampung petang ni kan..badan dan jiwa dah sampai umah mak dah saat ni...hmm menarik gak kan kalau balik kampung ni. kalau tak balik pun ok gak boleh lah aku kemas rumah aku yang dah lama tak berpolish...plus bersepah sebab dilanda sua orang budak hyper yang suka sangat buat sepah. malam tadi disebalik pintu senyap2 yang bujang tu buat kerja. Patutlah aku bau wangi semacam rupanya dia dokl mengerjakan sabun mandian yang ada dalam beg sekolah, dipicit2nya pastu disapu rata2 kat dinding belakang pintu. Sabar aje laaa...ada sesiapa volunteer nak tolong aku kemas rumah angkat tanga. Terasa mcm cepat sungguh minggu ni berlalu.
Lately ni aku tengok makin ketara pulak kekidalan adik man. Selama ni aku dok perati memang Ilman berat pada tangan kiri. masa baby lagi dah perasan kalau ilman capai benda memang dia akan capai dengan tangan kiri. Beberapa malam lepas aku dok ajar deena menulis ABC...cik abang tu pun tumpang sekaki orang menulis dia pun sibuk nak menulis. So aku pun perati aje lah memang confirm agaknya adik man ni kidal. pegang pen tangan kiri. Kekadang makan pun nak guna tangan kiri jugak. Gosok gigi memang pegang berus tangan kiri. Cuma yang peliknya mana gen tangan kiri yang adik Man dapat. Mama dengan addy dua2 right handed.



8 comments:
janagan lope esok kita baca doa peutup tahun dan slps itu membaca doa untuk pembuka tahun hijrah yg baru.....
semoga hidup kita lbh diberkati...amin!!!!!!!!!!!!!!!!!
fizah zino tu pun kidal.. memula dulu tegur juga.. tapi dia dah memang kidal nak buat macam mana..
orang kata kidal ni cerdik lebih sikit..
orang kata kidal to kreatif, cuba bagi kertas dengan pensel, bagi dinding pun boleh, mesti menyerlah kekreatifannya! hi..hi..
well....
orang tangan kanan, otak belah kiri yg aktif...orang tangan kiri, otak belah kanan yg aktif.....
salam,
tak pe, mcm sorang adik saya, kidal gak orangnya, walhal mak n ayah kanan orgnya.
budak tngh lasak gitulah..dinding rumah dah kena conteng ke lum? anak2 saya, nilah masa depa menconteng dinding, sabor ajelah.
Salam cikdinz lama tak menjenguk...heehh heehh InsyaALLAH dah baca..dan dah berdoa semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas.
Zino,
harap2 giteww le kan..mudah-mudahan Ilman jadi anak yang cerdik dan soleh.
Syikin,
Dinding umah emang selalu jadi mangsa...hmm mama ni menjerit mcm tarezan kalau nampak diorang berdua tu menconteng dinding. pantang ada crayon kat tangan
Goboklama,
Harap2 mcm tu la..kalau ikut saya memang tak kreatif langsung tu sebab lukisan selalu fail heeeh heeeh
orang tangan kiri, dia kreatif dan indipendant....
tak caya gi carik org tanagan kiri...
sila soal siasat dia...heheheee...
Post a Comment