Monday, February 12, 2007

jari luka dihiris pisau

I’m not in a mood of writing. I was so sleepy coz last night dok menonton perfect storm sampai 1.30 pagi padahal cerita tu dah tengok dulu kat wayang.  Pesanan penaja hari ini. Berhati-hati ketika menyiang ikan cencaru (a.k.a ikan jaket masa kat asrama dulu) especially bila gunakan pisau yang tajam. Ikan cencaru ni kulitnya keras dan tajam plus bawah perutnya da satu lagi duri yang kalau tercucuk tangan memang bisa yang amat. Nak dijadikan cerita, Sunday morning lepas buat breakfast aku rendam ikan cencaru yang aku beli semalam untuk disiang. Ikan cencaru ni nak siang untuk masak kuah (masak pindang, sambal tumis, masak asam, masak lemak dsb) memang agak rumit sedikit sebab kita kena buang kulit keras kat badannya. Masa kat kampong mak selalu ajar siang kulit ni cucuk sikit kulit yang lembut dengan pisau selepas insang tu then tarik dengan kain sampai kulit keras tu semua tercabut. Practically cara ni lebih selamat sebab tangan pun tak luka dek kulit cencaru yang keras itu tetapi kekadang tu tarik punya tarik isi2 kawan tu pun habis tertarik sekali.

 

Tapi aku kalau siang cencaru just gunakan pisau tajam dan hiris nipis start dari area ekor sampai ke atas. Hmm ntah apa yang aku lamunkan semalam (rasanya masa tu tengah berangan plan balik kampong cuti raya cina) masuk ikan yang ke 4 zash terus aje mata pisau hinggap ke jari telunjuk kiri yang sedang dok sibuk menekan badan ikan. Oleh kerana pisauku itu teramat tajam maka terhirisnya memang agak dalam dan darah keluar begitu banyak sebab lukanya amat panjang. Kalau tengok jari telunjuk ni kiranya dari bawah perut jari sampai ke tengah jari lukanya. Tersengih2 aku menahan sakit plus kuo jugak air mata sebab bisa. Bisa gillaa..iskhh lama dah tak luka kena pisau ngiluu abis (aku pun bukannya jenis yang tahan sakit beno). Hunny rush ke kedai bawah belikan plaster at the same time aku dok basuh aje tangan bagi darah berhenti then balut dengan tuala. Pastu sapu minyak gamat bagi darah berhenti wah makin berdenyut2 bisa. So it’s still bisa sampai sekarang..at first pakai plaster untuk tampal tapi bila nak sembahyang getah plaster tu punyalah payah nak ditanggalkan kat jari dah melekat2 kat situ dekat plak kat tempat yang luka lagi lah sakit. So bio aje ternganga mcm ni. Aku just sapu minyak gamat nak kasi cantum luka.

 

Moral of the story janganlah berangan masa menyiang ikan. Make sure ada first aid kit kat umah. Actually aku ada stock plaster masa aku dok main netball dulu tapi ntah mana aku sumbat gamaknya. Lagi dalam keadaan camtu tak leh nak fikir pun. So next mission nak beli first aid kits nak letak kat dapur senang sikit kan. Dulu memang terfikir cuma dah sibuk2 ni terlupa terus. Masa kat asrama dulu ikan jaket ni makcik2 tu suka sangat goreng pastu diletakkan kicap. Wah teringat nasi kawah kat asrama. Tapi hunny suka kalau aku bakar ikan cencaru pastu makan cicah dengan kicap (air limau kasturi, bawang dihiris halus2, cili api dengan kicap) perfect match. Kan dah kata aku memang tak de idea hari ni. Tapi cerita jari luka tu kisah benar tau.

 

Till then

4 comments:

Ayu Mohamad said...

zirap.. adusssssssss ngeri aku membaca nya.
aku pon mcm ko kalo mengelamun waktu siang ikan je mesti aku akan mencederakan diri aku.moralnya.. kene concentrate!

DeLinn said...

ko ni berangan apa zira... ish ish ish

NBK466 said...

Harap2 tak jadi Raja Bersiung ler hubby KS..he.he..he..

Zulhelmi said...

Saya pun pernahpernah kena juga tapi masa potong bawang. Puncanya pisau x tajam. Bawang tergolek jadi pisau terkena jari telunjuk kiri.