Mawi pun dah dapat bawak balik sorento macam mana ni….heeh heehh mawi kalau kau rasa tak nak sorento tu meh lah hantar ke rumah ex-awek kau ni kat kajang…heeh heheh. Tahniah pada mawi.
Aku nak cerita tentang perasaan aku yang tiba-tiba menjadi nostalgia kerana satu nombor telefon. Weekend baru ni aku menghabiskan masa mengemas bilik bawah membuka semua kotak2 masa pindah dua tahun lepas (4 buah) dan mengasingkan kain baju yang nak disedekahkan pada mangsa banjir. Sambil mengemas sambil menyelak album2 lama..banyak gambar2 nostalgia dalam tu. Satu hari nanti kalau rajin rasanya nak aku abadikan gambar2 tu dalam fotopages ku sendiri untuk tatapan sendiri dan tatapan anak cucu..kalau umur mak panjang. Dalam dok mengemas tu aku terjumpa satu address book kecik yang aku simpan sejak sekolah menengah dulu. Peh buku tu ada sentimental value. Selak2 aku ternampak satu no telefon yang memang familiar dengan satu nama yang familiar. No yang aku gayut kat tepon sejak 1989 almost setiap malam masa sekolah dulu. Ntah macam ada satu kekuatan untuk aku dial no tu. Iskhh gilosssss. Masa kat UUM dulu berpuluh2 ringgit aku habis kerana bergayut dengan no ni. Kini nombor ini kembali menerjah benak hatiku. Peh berani betul aku walaupun sedikit berdebar tanpa sebab sebenarnya. Memang aku dah lama teringin nak call no tu banyak benda yang nak tanya banyak benda yang aku nak tahu selepas semuanya selesai..
Aku dial no yang tertera dengan sedikit kekuatan (bukannya berani sangat pun) ada suara lelaki menerjah dihujung talian. Bukan suara dia..aku kenal malah tak lupa suara yang satu itu. Sambil memperkenalkan diri aku bertanya. Betul ke ini rumah si polan bin si polan. Sambil mengatakan ini rumah kakak kepada si polan aku terus bersembang dengan abang ipar dia. Dan nostalgiknya abang ipar yang tiada kaitan itu masih mengingati siapa diriku ini, terharu!. “Ini yang duduk Tangga Ba**, Bukit Tem***** tu kan. Yang belajar kat Kedah tu ke”. Tekaan yang tepat sekali. Dengan sedikit warning abang ipar dia berkata“kenapa lama tak dengar berita, kenapa baru hari ni cari dia. Dia dah kawin anak dah dua’ Lantas cepat aku memintas “saya pun dah kawin anak pun dah dua”. Jawab aku spontan tapi lembut untuk membetulkan keadaan. Aku tak nak abang ipar dia fikir bukan-bukan niat aku hanya nak bertanya khabar terutama khabar mak dia. Perbualan diteruskan peramah betul abang ipar dia. Aku bertanya tentang mak dia yang dah lama sungguh aku tak jumpa (mungkin aku harus berjumpa sekali balik cuti nanti) Dah banyak kali aku berniat untuk berjumpa mak dia tapi sampai harini aku masih belum ada kekuatan. Mak dia pun dah tak berapa sihat. Orang tua lah katakan sakit kaki dan kini dah pun berkerusi roda.
Agak lama aku bersembang dengan abang ipar sambil kakak dia mencelah sayup dari belakang. habis semua kenangan aku diimbau. “Dia memang agak berat nak terus kawan dengan awak, awak belajar sampai universiti” Aku terdiam iskhh pakcik ni habis semua cerita kitaorang dia tahu. Sembang punya sembang akhirnya abang ipar dia tinggalkan no hp dan no telefon umah dia. Kuat ke aku nak call ni. Malam tadi sambil mengemas2 almari pakaian aku berkira2. Berani ke nak telefon ni. Dia yang aku masih anggap sebagai kawan hingga hari ini walaupun suatu masa dulu kami pernah break off. Aku dial no yang diberi. Ada suara perempuan dihujung talian.”Hello boleh cakap dengan En. M” Aku sedikit formal tak nak nanti isterinya berteka-teki. Aku dengar isterinya memanggil-manggil. Tiba-tiba suara yang sangat familiar menerjah talian.”Hello siapa ni”. Suara dia masih macam tu sama memang tak berubah. “Kawan lama” Kata aku saja nak bagi dia meneka-neka.”Kawan lama“ jawab dia tergelak-gelak dengan cara dia sambil cuba mengingat2 suara aku (agaknya laaa heeehh heehh ). Bila aku mentioned nama aku dia seperti terperanjat dan terdiam seketika. Gelabah pun ada. Perbualan kami agak kekok. Dia pun janggal dan aku tentu lebih kekok. Dia masih membahasakan diri dia sama seperti dulu aku plak yang rasa alamak tak kan aku nak bahasakan diri aku mcm dulu so dengan kekoknya aku bahasakan diri aku saya..aduss pelik sekali heeeh heeh. Memang formal betul. Mahu tak kekok berapa tahun kami dah tak bertanya khabar, in fact tak pernah sekali pun bertembung, atau terserempak dimana-mana sejak break off. Kali terakhir kami berjumpa ialah pada tahun 1994 dah almost 13 tahun tak jumpa. Padahal umah bukan jauh sangat pun. Melaka tu beso manalah kan.
Kami tak sembang lama..aku just bertanya khabar. Berulang dia tanya ‘sihat ke” Agaknya dia pun panic. Aku maintained kat phone tapi dalam hati ALLAH saja yang tahu. “Apa mimpi telefon” Aku kata saja lagi pun lama dah nak call tapi takde kudrat nak telefon sebab rasa belum berani nak cakap plus masing-masing pun dah bawa haluan masing-masing. Perbualan kami berkisar kepada hal keluarga masing-masing. InsyaALLAH One fine day aku nak sembang lama-lama dengan dia…just nak tahu mana-mana cerita yang aku miss dan nak juga berjumpa dia sekeluarga. Teringin nak berkenalan dengan isteri dan anak-anak dia.
Nostalgia lama..macam aku pernah cerita sebelum ini kisah ini antara kisah hidup yang tak mungkin aku akan lupakan hingga akhir hayat. Ia adalah sebahagian dari kisah yang sudah sebati dalam hidupku. Aku mencari dia sekadar ingin tahu cerita masing-masing. Aku call sekadar untuk memanjangkan silaturahim yang telah terputus sekian lama. Sama seperti aku mencari kawan-kawan lama di sekolah rendahku memanjangkan silaturahim yang sekian lama terputus berkongsi kisah hidup masing-masing. Dia juga masih ku anggap kawan. Soalnya aku paling tak boleh lupa kerana dia itu memang baik orangnya dari sejak hari pertama aku kenal dia sehingga hari ni malah keluarga dia memang tersangat baik dengan diri aku malah keluarga aku juga mengenali dia. Sama macam kisah pakngah. Kenapa aku menulis macam orang-orang Indon ni…iskhhh Inilah rencah-rencah realiti kehidupan. Ya soalnya bila ketemu nanti hunny juga bisa berjumpa dan berkenalan dengan dia kan. Bertambah lagi sorang kawan awak yang. Kan bagus sekali jika begitu. Aku memang nak jumpa juga dengan mak dia.
Soalnya hunny memang tak suka kalau aku cerita pasal mamat ni pada dia. Lagi masa mula-mula kawin awal dulu hunny dah pesan..”saya tak suka nak dengar kisah boifren awak sebelum ini”. Iye lah yang saya tahu. Ada unsur-unsur cemburu di situ, Iya soalnya cemburu itu kan tandanya sayang. Betul tak yang. Muahhh I love you…habis kisah nostalgia aku. Korang pun pasti ada sesuatu dalam hidup sebelum ini yang tak bisa untuk dilupakan.

8 comments:
salam,
err..suami tak jeles ke dpt tau KS called dia ? :D
bab poney product tu..inilah bestnya pegang duit sendirikan..nak beli apa aje, dpt..
kak long,
hmm masa dok mendail tu tak terfikir pun nak tanya hubby sebab saya dalam bilik dok kemas kain baju hubby dok tengok berita. Semua spontan lagipun saya dok fikir cam menelefon kawan2 sekolah lelaki yang lain. Tapi lepas tepon tu rasa bersalah plak ngan cik abang tu.Pastu cakap kat hubby saya tepon kawan lama saya lelaki. Itu saja..tak nak jadikan benda yang mudah tu complicated sebab saya anggap mcm dok telefon geng2 biasa saya yang hubby kenal. Itu aje pun sekadar bertanay khabar kan.
hehehe... adakah dgn cara menulis satu entry kat blog ni, sebagai cara nak bagi tahu kat your hubby ? ;-)
i wouldn't dare to talk again about the past. sbb syaitan ni mudah je nak mencucuk2, menghasut2...
kalau kita yg dump org tu, ok je, mungkin perasaan kita dah tak de pun in the first place. tapi kalau kita yg kena dumped. mungkin masih ada perasaan lagi... i.e. mungkin on your part dah tak de perasaan dah. tapi on the other part, dia masih ada perasaan. hehehe... good luck
Anon,
heeh mungkin jugak sebab nak cerita direct takutttt heehh..heeh but the truth is sendiri yang rasa terpanggil untuk berkongsi. Kadang kala sesuatu yang indah berlaku dalam hidup kita memang sukar untuk kita lupakan. Sebab kenangan yang ada itu semuanya sweet memories.
Yup setuju syaitan memang suka mencucuk2 dan menghasut but insyaALLAH berpijak pada bumi nyata lagipun masing2 dah ada dunia sendiri dan tanggungjawab sendiri. Plus saya dah ada sweetheart saya sendiri...
In our case we were not dumped each other. Kami break off secara damai atas persetujuan antara kedua pihak tapi berat sebelah saya lah sebab saya yang mintak. May be you're right sebab tu saya boleh menerima hakikat mungkin dia tidak kan..manalah tahu.Patut lah pakcik tu gelabah semacam...heh heeh.Good luck..heeh heh apalah..kalau dia anggap saya sebagai kawan dia akan tetap hargai persahabatan ini. Itu saja.Dan harap persahabatn ni saya dapat panjangkan dengan isteri dia pulak...kan bagus kalau begitu
alaaa!!!sorento skang murah laaa..
ooo!!! ini kesah cinta lam lah nih...jgn terlalu nak di ingat sangat sbb ia buleh menjejaskan hubungan yg skang nih...
Cikdinz,
Memang le murah untuk orang-orang cam cikdinz tu...mcm saya ni tak mampu laaa...apa kata cikdinz sponsir nak tak :)
Kisah lama la ni..tak terlalu ingat pun tapi tak boleh lupa aje. InsyaALLAH tak ada apa-apa lah cikdinz..malah lebih mengeratkan lagi hubungan dengan yang ada. Syukur alhamdulillah..tentunya yang ALLAH kurniakan untuk kita itu adalah yang terbaik buat diri kita kan.
Org lelaki mmg cam tuh kot (gelabah dlm phone dgn X) den dgn 1st cinta pun still kawan...sesekali ckp dlm phone..den pun gelabah biarpun dah control MACHO semaksumim mungkin.
p/s : Den dulu dgn X diatas bill phone lagi ganas RM400~ RM500 sebulan...maklum ler PJJ (call UK tuh)
NBK466,
hahh kan den dah kato betul lah org lelaki gelabah bila cakap dengan X diorang.
Wahhh ganaazzz sungguh bil telefon masa bercintan hikk hikk hikk..tapi tak pe..masa tu mana kira tu semua kan..
Post a Comment