Monday, February 26, 2007

Rumahku banjir :(

Yeah where should I start the story? This is a story masa balik dari kampong sempena cuti CNY baru2 ni. Kami sampai rumah kajang masa tu dalam pukul 7.00 malam hari Rabu. Btw I was shocked bila jiran2 kat group TS kata diorang perasan yang tingkap umah aku terbuka masa CNY baru ni. That was another story cik abang tu yang buat final check. Aku plak tak double check. My jiran memang very prihatin. Lagipun rumah kami kat laluan utama. Kereta dok lalu lalang tang tu. Masuk2 aje dalam rumah rasa tak sedap hati. Hunny naik atas check..kenapa berair-air kat tangga. Kat dinding ada bekas2 kesan lembap baru nak mengering.

Aku naik atas… mau nak terjerit dibuatnya. Aku pijak carpet kat family area kaki aku terbenam dalam air yang dah memenuhi karpet humang aii..basah giller. Bantal dua bijik yang ditinggalkan atas karpet berat penuh dengan air. Masuk bilik sembahyang…aduh air bertakung dalam bilik habis tilam yang kami letak kat lantai basah semuanya. (Masih tertanya-tanya lagi ni) apakah punca bilik atas banjir. Toilet kat bilik sembahyang air bertakung dan mengalir masuk bilik. Aduh penat sungguh aku. Dah lah baru sampai dari kampong terus-terusan kena buat kerja tambahan. Menyesal offer kat hunnny untuk drive masa balik. Tup-tup kena mengemop dan menguruskan karpet dan bilik2 yang basah. Al;hamdulillah Master bedroom ok plak. Turun bawah punggah-punggah barang dulu. Masuk bilik bawah adus terkezut sekali lagi. Karpet kat bilk bawah pun basah sama.

So berhempas pulas le malam tu. Dalam pada tu bising2 jugak kat hunny mintak dia betulkan apa yang patut. Iyelah toilet tu tersumbat lah gamaknya air tak jalan. Musim hujan ni tangki penh air keluar ikut salur kat toilet bilik sembahyang tu, Cik abang tu siap kata kita plak yang buat tersumbat sebab basuh cat dalam tu. Biasalah kan bila dah jadi kes2 mcm ni masing2 pun cari alasan. Toilet tu hunny sorang aje yang guna selain toilet kat master bedroom. Biasanya bilik sembahyang tu jadi guest room kalau saudara mara atau adik2 aku datang.

So nak dipendekkan cerita air dalam toilet tu kering pada hari khamis so kehidupan kami pulih seperti sediakala (ni ibarat lepas dilanda banjirlah gamaknya). Aku tunggu cik abang take action sebelum benda yang lebih teruk berlaku 3-4 kali aku dok mengingatkan tentang toilet tu. Musim hujan ni kan. Hmm air dah kering ni dia buat2 lupa lah pulakkan. Dan ditakdirkan ALLAH Jumaat malam sabtu tu hujan turun dengan lebatnya. Dan paginya lepas solat subuh aku bangun hmm banjir sekali lagi dan aku pun mula meroyan. Iskhh geram sebab dah kata kat hunny masa dua tiga haritu panggil lah plumber ke..tak pun bukak lah salur kat bawah tu…macam tak biasa kan. Aku dok call budi suruh datang hari khamis tu tapi indon tu plak banyak kerja. Ini kira sejarah berulang kembali sebab masa kat umah balakong dulu pun jadi kes yang sama. Toilet hunny tersumbat jugak. Iskhhh ni jenis yang tak belajar tawarikh lah ni.

Aku apa lagi macam stayer yang hilang pedoman..heeh memang mak geram sungguh sebab penat wei mengemop dari bilik atas..family hall..tangga sampai ke bawah.Bilik bawah lagi. Karpet tak habis kering lagi, tilam yang tebal tu pun tak kering lagi. Lebih geram lagi bila tahu air itu telah membasahkan sebahagian kain2 jualan yang aku baru ambik hari Jumaat baru ni. Kebetulan aku letak plak kain tu kat tepi store betul2 tempat laluan air. Memang geram giller.

Hunny diam bila aku mengamuk tu…sesekali kena lah admit kesalahan sendiri cik abang sayang yek. Kebetulan pagi tu hujan pulak. Hmm bergegas lah cik abang ni ambik kerusi ambik menukul ambik gajet2 dia dok bukak salur air melalui toilet bawah. Mulut aku cam biasa tak henti pot pet pot pet sebab hati masih sakit lagi ni. 5 minit lepas godek sana-sini…dushhhh dentuman air kuat meluru laju keluar dari saluran yang dibuka. Aku dalam hati berkata “hmm boleh pun..orang cakap elok2 tak nak ambik tindakan dah membebel macam stayer ni baru nak buat, susah sangat agaknya”. So isi kandungan yang menyebabkan tersumbat tu tak payah lah nak disclose kan sini kan mcm-mcm ada kecuali sisa2 cat tak de langsung…heehh apalah awak ni yang. Lepas dah settle tu stayer pun dah habis peluru dan masing-masing pun ada terasa hati sikit. Tahu awak marah kat saya yang tapi saya pun bengang jugak. But now dah back to normal.

Kain2 tu aku perasan basah pun semalam masa kau dok bawa kat umah Jun. Geng2 TS nak tengok..hmmm kira semalam umah jun jadi butik sekejap sebab aku dok tumpang sidai kain2 tu. Petang semalam buka plastic dah 8 helai geng2 aku ambik. Tu yang close friend aje lah. Nanti hi tea umah jun kena bawak stok baru lah. Anyone interested nak beli kain..let me know..gambar as usual kat fotopages. Aku jual murah2 aje…heehh heeh

Till then

4 comments:

NBK466 said...

Baru saja surut banjir di Johor... rumah KS pula banjir yah... nasib baik tiada apa2 kerosakan nan abadi..syukur...

Kopi Suam said...

NBK466,
kerosakan abadi memang lah tak de...tapi hatiku ini rosak sedikit sebab bengang heeh heehh..

Unknown said...

sabar yer KS.Kalau saya di tempat KS pun sure bengang giler...

Kopi Suam said...

biasalah yus...mcm ni lah hidup..kekdang kita gembira kekadang kita duka kekadang kita bengang...heehh heehh