Atas kakak 3.02kg, adik 3.7kg
Waktu lahir muka mereka memang tak sama. Sorang muka panjang comel lote dengan berat 3.02kg dan sorang lagi muka bulat begitu gebu dan tembam dengan berat 3.7kg. Humang aaai beso bebeno anak mama yang kedua tu. Cara lahir pun berbeza sorang tu dipaksa ambik induce dan forceps sebab payah nak buka manakala sorang tu kena vacuum sebab terlalu besar argghhh sakit tau vacuum tu walalupun time tu ada ½ epidural.
Dua2 aku ambik epidural sebab mak bukannya tahan sakit pun. Sorang dari mula terasa sakit sampai bersalin addy ada disebelah katil meneman mama manakala sorang lagi kesian addy mundar mandir di luar bilik sebab doctor tak izikan masuk kerana kerja2 memvacuum yang begitu payah dengan bunyi bunyian yang amat ngeri (waktu itu memang mak dalam keadaan terjaga) maka mama bertarung sendirian di bilik bersalin. Seorang anak KL yang dilahirkan di Hospital Pantai oleh Dr Nora manakala seorang lagi anak Melaka Putra Specialist Center disambut oleh doct pompuan Tan Lee Nak.
Adik seiras dengan kakak masa kecik-kecik :)
Bila dah besar sikit at the age of seven-month muka mereka memang seiras. Bila tengok adik orang definitely will say heehh samalah dengan muka kakak dia. Tak seorang pun akan mentioned sama macam muka mama atau addy dia. Kami bersyukur kerana telah berjaya blend gen addy dan gen mama dengan sempurna Alhamdulillah amin. Kat nursery Deena kata teacher tak percaya itu mama deena. Heehh adalah trademark mak pada deena dah Ilman tu cuba perati betul-betul J
Bila dah besar sikit at the age of seven-month muka mereka memang seiras. Bila tengok adik orang definitely will say heehh samalah dengan muka kakak dia. Tak seorang pun akan mentioned sama macam muka mama atau addy dia. Kami bersyukur kerana telah berjaya blend gen addy dan gen mama dengan sempurna Alhamdulillah amin. Kat nursery Deena kata teacher tak percaya itu mama deena. Heehh adalah trademark mak pada deena dah Ilman tu cuba perati betul-betul J
Adik kiri, Masa umur sebaya 6 bulan
Semalam tengahari Ilman cuba mencipta sejarah untuk menyamai rekod kakak. Aku tengah sibuk-sibuk di dapur untuk menyediakan menu makan tengahari. Addy pulak sudah di atas landing-landing tengok tv dan anak-anak bermain di tengah rumah. Waktu tu kami baru saja balik dari Tesco membeli belah. Menu tengahari semalam spaghetti Bolognese with meatball mama style (plus pineapple cubes), mushroom soup and garlic bread. Tengah berkecah di dapur tiba-tiba aku dengan kong bunyik kepala terantuk dengan kuat sekali. Berderau darah mak you pantas aku berlari ke depan. Nampak Ilman bermain dengan plastic sambil menangis dengan begitu kuatnya. Bila tengok darah berjujuran dari bawah dagu Ilman mak jadi panic you blank sekejap tak tahu nak buat camna. Lagi-lagi bila darah yang keluar tu memang laju banget. Jerit2 hunny turun pantas aku capai aje seluar jean anak yang ada kat sofa masa tu.
.jpg)
Tak leh nak fikir terus tekap tempat luka. Ilman tak jatuh tapi terantuk dengan cabinet tv kayu…aduhh memang sakit giller sebab cabinet tu fully solid wood memang keras sangat kayu tu. Pecah dagu anak bujang agak besar sebesar ruang plaster yang ada ubat tu spot yang sama dengan yang kakak kena. Aku ambil plaster dan tampal tapi darah tetap keluar dari ruang2 plaster tersebut. Oleh kerana kena dibawah dagu maka luka tu ternganga sebab daging dagu tertarik dengan leher. Kalau bawa ke klinik sah kena jahit. Jadi kami hanya tukar dan tampal plaster. Nak sapu ubat bujang tu tak bagi so tunggu sampai sakit semakin berkurang. Harini baru nak ambil ubat kuning untuk cuci. Lepas kena semalam sempat lagi melompat2 buat lawak. Biasalah adik man tu. Mama yang over ngeri. Iyelah setiap kali dia melompat-lompat luka tu berdarah semula pastu bila darah sibuk nak ajak pergi hospital. He just acted like macam tak de benda berlaku buat aksi ultraman la cicak man lah guling-guling la..iskhh ngeri betul lah. I was adik man story.
Bangga tu ada luka kat dagu :)
Dua tahun lepas ketika itu kakak sebaya Ilman masa kami dok sibuk2 siapkan goodies untuk tetamu masa wedding cik sipul Irdeena dan wawa bermain panjat2 ditangga. Nak dijadikan cerita deena tergelincir di mata tangga kedua. Segi tangga batu kan tajam. Pecahlah dagu cik kak sebelum hari wedding cik sipul. Kebetulan dua doctor ada masa tu tengah dok sibuk bungkus goodies jugak. Memang ada emergency kit mereka berdua dalam kete. Menurut nasihat dr tak payah bawak gi klinik. Kalau ke klinik sah kena jahit. Kalau tak gi luka boleh baik sendiri. Maka masa wedding cik sipul bertampal lah dagu deena dengan plaster. Begitulah cerita kakaknya pulak.
So now kira adik dan kakak serilah. Memang seri sebab chicken pox dua-dua dah kena. Sakit tangan kaki dan mulut dua-dua pun dah kena (now dah start semula MHFD ni so watch out). Jadi mama dan addy memang kena bersiap sedia. Anything yang pernah dialami oleh kakak kami kena jangka benda yang sama tak mustahil akan dialami oleh adik juga.
Till then
Till then
2 comments:
Entry ni membuatkan aku terfikir... anak2 aku nanti camtu ke..
aku suka part bandingkan muka tuh.. nak buat jugak lah ehehe
lain orang lain pengalamannyer angah...tak pe belum terlambat untuk buat perkara yang cam aku buat ni...heeh heehh siap sediakan camera video dan digital kamera ok..snap gambo anak-anak sebilang masa :)
Post a Comment