Thursday, March 15, 2007

Lagi kisah jiran tetangga

Nak katakan aku ni makcik2 idak le jugak. But some people said orang yang suka pakai barang kemas ni makcik2 type. Well what to say pompuan dan barang kemas mana mungkin dapat dipisahkan. Aku idak le suka pakai barang kemas banyak2 setakat seutas gelang tangan dan cincin biasalah tu kan tapi aku suka nak tukar2 pakai. Aku dah mengidam semula. Bad habit lah aku ni kalau aku mengidam nak pakai gelang emas baru mulalah aku kemaruk dok tinjau2 kat kedai emas. Heeh heeh kopak poket lepas ni. Aku dok aim the one yang mcm ustazah pakai comeii sungguh..idak le besar sangat tapi kalau ikutkan harga emas yang melambung sekarang ni mau gak cecah 3K rasanya paling murah 3K la kot sebab tebal. Semenjak dua menjak ni asyik terbayang aje gelang itteww…oh tidak baik aku lari jauh2 dulu takmo singgah mana2 kedai lagi lepas ni.

Siapakah gerangan empunya diri yang bermulut agak laser di group hari ni. Hati mak pun sakit aje bila membaca email tersebut. Tapi nasib baiklah ramai yang menegur. Member tu bengang dengan jirannya yang memakir kereta sesuka hati dihadapan rumah. Kononnya dah ditegur tapi tak ada tindakan. Silapnya si penegur ni yang konon asalnya bengang dengan jirannya menghamburkan luahan perasan kat group dengan bahasa yang menyindir dan sinis dalam masa yang sama jump to conclusion mengatakan mentality penduduk TS sama mcm jiran dia..uihh panas mak membacanya. Plus siap lah dia kata kami dari ceruk manakah gerangan asal kami ni semua. Waduss sungguh berbisa ayatmu itu saudari. Member juga bengang dengan anak2 jiran yang bermain basikal di waktu malam atau bermian basikal di tengah jalan.

Komen aku boleh tak kalau si penegur bersikap lebih positive dengan jiran-jiran. At one time aku menghadapi masalah yang sama dengan jiran aku hmm anak2nya dibiarkan bermain sehingga larut malam. Jam 12.00 malam masih kelentung kelentang bermain bola sepak dipagar. Tak kira masa. Siang aku oklah malam nak tido sebab esok nak kerja. So ada satu malam mata aku memang dah tak boleh lelap sebab bising sangat diorang dok tendang bola ke arah pintu pagar. Aku buka tingkap mula2 aku buat syyyhhh isyarat minta senyap pastu aku kata kat bebudak yang dok main tu. “dik boleh tak diam aunty nak tido esok nak kerja” lepas tu terus bebudak tu masuk dalam. Sejak tu tak de dah diorang main bola kat luar waktu malam. Tapi bising sesikit tu biasalah masih boleh tolerate kecuali ada sekali tu dalam jam 11.00 malam bunyik jiran sebelah tumbuk sambal belacan. Hmm yang ni aku tegur baik tapi jiran aku terasa pulak..padahal aku cakap elok2 aje. pelik sungguh jiran aku itteww…tidak kah dia tahu bahawa menumbuk menggunakan lesung yang beralas kain buruk tidak akan memberi impak bunyik yang kuat berbanding menumbuk direct atas lantai. Macam nak pecah umah beria tumbuk sambal belacan tengah2 malam. Hmm payah orang yang tak faham ni.

Back to jiran dari lorong hujung punya masalah. Rasa mcm nak aje aku pastekan email yang beliau kirimkan kepada kami. Cumanya bahasanya yang menyindir dalam email tu sudah cukup untuk mengambarkan peribadi si penulis. Sorrylah aku plak yang terpaksa judge dia dari penulisan dia. Begitulah hidup kita berjiran. Sebenanrnya konsep dalam hidup ni kena gunakan pendekatan yang mudah iaiatu sentiasalah berbuat buat baik dengan semua orang..InsyaALLAH kita akan dibalas baik. what goes around comes around

Till then

3 comments:

mamasherry said...

ye ler.. zirap... aku pun terasa menyirap gak darah bila baca.. rasanya baru last week dia join yahoogroup tmn kite tu.. pastu post msg sikit punya panas.. hehe ni eiza la.. selalu baca awak punya blog tapi tak pernah nak comment pape...

Kopi Suam said...

alamak mamasherry mana awak sudah jumpa blog saya ni yek...jap ni eiza kamsan atau eiza saiful...

Eiza chopp selain awak dan aju siapakah lagi gerangan jiran TS yang membaca blog saya yek..heehh matilah saya lepas ni tak boleh tulis kisah di TS yang panas-panas :)

btw ya sahabat kita yang menulis email panas hari ni...dia macam tak hormatkan kita yang ada kat dalam group tu...iskhh sabar aje laa

mamasherry said...

takpe zira.. kite senyap-senyap aje.. :)