Thursday, April 05, 2007

33% kenaikan elaun

Kem tahunan tambun Ipoh

33% kenaikan elaun askar simpanan adalah satu kenaikan yang agak tinggi. Cukup untuk membuatkan aku berfikir-fikir berulang kali. Sempat aku sms Leftenan Tankechee mananyakan pendapat beliau. Hmm dia dah bergelar Leftenan dan aku masih Leftnenan Muda. Jika kami pergi latihan bersama maka lepas ini aku harus tabik spring kepada dia. Maka lepas ini dialah yang akan duduk dihadapan memberi command. “Baris-baris sedia” Sah dia akan kembang kuncup hidung selepas ini sebab sarjan dan ketua platun dia selama ini kena tabik kepada dia pula. Heehh well done la tankechee sebab dah dua kali watikah. I tak sempat pun nak sambung latihan selepas watikah haritu. Lain lah macam you sebab boifren you kat sana so senang lah sikit. Itu kisah beberapa tahun lepas masa kami masing-masing menerima watikah dari Yang Di Pertuan Agong di Uitm Shah Alam. Antara kami yang watikah LM bersama ada juga yang sudah bergelar kapten Bravo lah geng.
Imad the imam and the geng
*pini kena tengok gambo ni tu Pian paling hujung hik hik hik**

Berbalik kepada cerita kenaikan elaun pasti mat addie, pokok, hasran, langgaq, Rosli and geng2 palap yang masih aktif melompat keriangan mendengar berita yang di umumkan oleh TPM malam tadi. Wah korang lepas ni latihan tahunan sure ramai-ramai pakat pergi. Dah lah latihan tahunan dikira cuti dengan gaji plus dapat elaun yang tinggi. Best jugak bila difikir-fikirkan semula. Hmm seharusnya waktu ini, Mizap, Shark, Bungap, mbo pun tengah pening berfikir-fikir. Kami semua sudah berkeluarga. Uishhh hubby masing-masing izinkan ke kalau nak aktif semula. Kalau shark ngan Rambo tu rasanya tak de masalah, Jali dan ropek pun palapes jugak jadi mereka boleh leh beraktif bersama suami isteri plus mereka belum ada beg tangan. Yang ada beg tangan macam mak ni nak kena buat keputusan betul-betul lagi-lagi miza yang beg tangan sekali keluar dua. Kalau latihan bulanan pun hanya hari sabtu dan ahad sahaja sedangkan dua hari tersebut adalah hari untuk keluarga. Walla-walla plus bila mak fikirkan semula mak memang nak aktifkan bat C 20 mak sebab nak memohon menjadi ahli koperasi ATM. Gu mana ni wei.

Bungap and me - malam pegawai

Kalau nak aktif semula bukannya dan-dan tu boleh aktif. Sure nak kena buat cap jari mati sekali lagi. Kalau buat lagi kiranya ini kali ketiga mak cap jari mati untuk Negara. Kalau perang kena jadi barisan hadapan untuk mempertahankan Negara. Heeh sure kena gi basic training yang macam dulu nak buka dan pasang M16 pun mak dah ingat2 lupa camno ni. Kawad tak de masalah tapi bila nak join latihan dah tentu2 kena buang lemak2 dalam bodi ni 10-15 kilo kan. Adeehhh lawak le pulak bila difikirkan tu semua. Uishh mampu ke aku ni. Plus nanti kalau gi latihan tahunan walaupun tak seteruk masa prebet dan palapes at least rasanya memang kena memanjat bukit masuk hutan, masuk sawah macam dulu2. Seronok memang seronok but kudrat tu gagah ke macam mak masa muda-muda remaja dulu. Humang aii seronok campur kecut bercampur baur. Apa-apa pun pasti harini kat group hangat discussi pasal hal ni.

Kem tahunan Sedili Johor. Mak ada dalam tu sure tak cam punyer :)

Meh sini mak nak menyeru pada semua. Geng kalau korang ada adik atau anak-anak di IPTA galakkanlah mereka menyertai Palapes. Kalau ada adik-adik yang lembik2 tu specially yang lelaki tu lagi patut digalakkan untuk join palapes bagi keras sikit. Yang pompuan pun sama lagi-lagi dalam kehidupan yang semakin mencabr dengan masalah sosial dinegara kita ini. Bukannya nak suruh mereka menjadi brutal at least adalah seni mempertahankan diri yang kami belajar masa palapes dulu.Bila join palapes secara outomatically character kita menjadi seorang yang tegas dan macho memang terselah. Plus bagi mak palapes berjaya membentuk jati diri, sahsiah, disiplin dan moral anak-anak bangsa kita. Disamping dapat elaun berbanding KO-K yang lain geng palap ni kat uni kira geng macho dan kayo heeh heeh. Pastu dapat makan free pastu dapat gi latihan tahunan. Macam-macam ada. Memang seronok bagi orang-orang yang suka cabaran mcm mak ni. Dan last sekali dapat watikah dan bergelar Leftenan Muda dan menjadi kebanggaan keluarga dan negera Best kan tak caya adik-adik cuba dulu.


Row depan - Lanka, Shima and Kordi (husband)
Row belakang - mak, Rosli Tankechee and super (ex boy tankeche :) )

7 comments:

NBK466 said...

In some countries cam Korea, inspite of PLKN diwajibkan masuk SOJAR 2 tahun kalau tak salah. Bagus kat sini pun buek cam tuh... pas tuh sesapa yg minat nak jadi SOJAR (sebenar atau simpanan) buleh laa sambung...

WRA said...

k. wan dulu join navy...best jugak time kem masa cuti...siap buleh naik bot peronda lagi hehehe....

uDA said...

aku mmg saspek betul budak2 pompuan yang mau masuk palapes dulu. aku pun suka gak sebenarnya keje lasak2 macam tu..ada teringin jugak nak join. tapi bila pk kena berkawad tu yg aku paling tak syiok skali. pasal time kawad pengakap pun aku selalu tak lepas. kena pusing kut kanan aku pusing kut kiri. orang ngadap depan alih2 aku ngadap muka orang belakang. tu yg pk panjang tu ekeke. kalo boleh skip bab kawad tu, bleh godek2 m16 terus mmg aku register di barisan hadapan dah. ewahhh ekeke. kamon kamon...berbakti untuk negara. ;-)

Kopi Suam said...

NBK,
Sama mcm singapore diorang kan wajib masuk sojar 2 tahun. Negara patut bagi tawaran yang lumayan sikit baru2 orang berkobar2 dan semnagat. Ni tengoklah gaji2 askar kita kesian padahal tugas mereka sangatlah payah sebab nak kena pertahankan keamanan negara.

Kopi Suam said...

Fuyyyyooo caya lah kak wan...tak sangka patut aa kak wan ni gagah dan macho semacam aje..heehh hehe

Saya memang saspek kat geng navy ngan geng udara dah le dressing hensem mostly yang join navy pun encem2. Lain le macam kami ni mat2 and minah2 tiarap muka semua gelap2 belaka. Heeh heeh apo nak di kato. Masa time saya tak de offer untuk udara so tak de le peluang nak naik kapal terbang askar.

Kopi Suam said...

Uda,
Lama dah aku tahu kau suspek kat aku heehh heeh. Kalau kau join palapes sure masa watikah kita jumpa kan..iskhh apalah kau ni uda.

Cehwah semangat nak register dibarisan hadapan. Oklah kau masuk pasukan RELA lah...ok apa ada gak godek2 M16.

Sya said...

Sayangnya kak sya di ITM Dungun tiada Palapes/ROTU so minat sgt beruniform kak sya masuk Kesatria.. bila continue UKM dpt offer masuk Palapes tapi tolak sebab konon tak nak itam muka lagik.. emmm agaknya kalau masuk mungkin dpt gak .. he h ehe