Tuesday, April 03, 2007

Lagu berhantu


Opisku yang sunyi sepi


Senarai lagu jiwang yang sempat aku layan harini

Aku sendirian di cubicalku ini. Tanpa teman kerana sahabat-sahabat lain ada urusan kerja yang berkaitan. Sesekali aku melayan perasaan yang ntah mengapa hari ini aku terasa ingin jiwang pulak. Argghh ini pasti penagan lagu berhantu yang secara tak sengaja aku dengar masa nak breakfast semalam. Seboleh mungkin memang tak mahu mendengar muzik mahupun lirik lagu itu tapi terpana seketika bila walaupun baru sahaja muzik intro yang keluar di kaca tv aku sudah sangat pasti itulah lagu berhantu kami yang bisa meremangkan bulu roma dan membuat airmata ku mengalir tak semena. Pernahkah kau ingat aku bercerita suatu ketika itu aku sedang berjalan kaki sendirian baru pulang dari asrama. Tiba-tiba aku mendengar lagu itu berkumandang dari rumah tepi jalan dan aku rasa kaki aku seakan menggeletar dan tidak mampu untuk meneruskan langkah2 ku, Namun perlahan aku gagahkan juga melayan hati dan perasaan sambil airmata berlinangan. Lagu itu memang berhantu aku pasti sampai tua pun jika aku dipanjangkan usia mendengar lagu serta liriknya aku pasti akan terpampan seketika. Kau ingin tahu lagu apakah yang aku maksudkan itu. Hmm tak mengapa biarlah ianya menjadi rahsia yang bukan lagi rahsia.



Sesekali aku melayan lagu Bersama Suara Hati Nyanyian Gersang sambil menyiapkan template2 data yang harus aku present pada hari esok. Bila duduk bersendirian lebih seronok kalau sekali-sekala dapat melayan perasaan. Aku pasti saat yang telah pergi itu memang tidak akan kembali lagi. Walaupun aku merasa sedih bila mengenangkannya semula. Masih kah kau ingat tentang lagu itu. Hmm pasti tidak. Tapi lagu-lagu sezaman itu bisa membuat aku mengimbau kenangan silam helai demi helai. Sambil tangan menaip sambil aku menutur satu persatu rangkap lagu yang asyik itu. Waktu remaja sungguh indah dan mengasyikkan yang pasti sukarnya aku untuk melupakan segalanya.



Di dalam pelukan malam berteman hanya suara hati kepiluan melanda diri menanyakan yang ku tak mengerti kesedihan menyiksa lagi ku menantikan engkau kembali. Masih terasa manisnya rasa cinta semasa kita bersama. Selalu berpesan kepada angin lalu minta menyatakan aku tetap merindu tangisan dijiwaku tiada berima namun hati ini menderita.



Ok now back to our real life. Cerita di atas itu kisah benar juga cuma pasti kita tidak boleh mengundurkan waktu yang telah berlalu. Sesuatu yang indah dan sedih untuk diingati. Harini memang mak layan lagu jiwang habis-habisan. Lepas satu track May ke satu track termasuklah lagu berhantu tu. Kerana kaset May itu adalah hadiah dari orang itu bersama dengan kaset double trouble. Jadi semua lagu di dalam dua kaset ini memang memberi kesan yang amat mendalam pada mak. Bila dengar muzik setiap lagu2 ini semacam ada satu perasaan pelik yang akan membawa aku kembali ke zaman tersebut. Yang pasti zaman itu indah. Indah untuk dikenang.



Tiba-tiba jiwang aku diganggu oleh sekumpulan manusia. Aikk kenapa mereka bersesak-sesak di opisku ini. Hmmm nampaknya lepas ni Tingkat 3 IKAL tidak akan sunyi lagi seperti selalu yeah tidak akan sunyi seperti diri aku saat ini. Nampaknya lepas ni tingkat 3 IKAL akan havoc dengan manusia-manusia lain. Hmmm harap-harap ketenangan dan keharmonian yang aku kecapi beberapa bulan sebelum ini tidak akan diganggu. Selamat datang kepada semua staff yang terpaksa berpindah dari NLDC ke sini. Hmmm kalau tak silap by end of this month tingkat 3 IKAL akan menjadi havoc dengan kehadiran pelbagai jenis manusia.

Till then

No comments: