AGM for Kelab Wanita TS was ended successfully. Crowd yang attended hi tea tak ramai aku pun tak sempat kira berapa yang hadir tapi rasanya dalam 30 lebih ke 40 orang but food banyak giller yummy yummy. I expected more since kami dah war2 kan pasal hi tea lama dulu melalui flyers and email. Mungkin masing-masing sibuk lagi-lagi weekend hopefully next hi tea ramai lagi yang akan turun padang specially jiran2 baru dari phase 2. Baru 3-4 kerat yang aku kenal masa kelas aneka tart dan kelas senamrobick. Yang lain2 hanya setakat senyum2 ditepi jalan bila berselisih kereta. So the result of the AGM, 3 jawatan utama kekal dengan tampuk pemerintahan lama. Suka tak suka shima was voted as Ibu presiden untuk penggal kedua dan aku as deputy and fifah as secretary. Kami bertiga protes juga sebab kalau boleh nak bagi peluang pada muka-muka baru untuk memegang jawatan dan mengajurkan aktiviti kelab. So another year untuk berkhidmat kepada kelab. Aku suka penubuhan kelab wanita di TS dengan slogan kami “kasik gegaq satu TS” dan matlamat kami kalau boleh nak satu rumah satu business. Habis kisah hi tea.
Berita sedih yang aku baru terima. Aku called leen sebab nak ajak dia lunch di Anjung tengahari ni. Hmm tahu-tahu leen tengah sibuk urus untuk discharge dari hospital sebab miscarriage. Baby dah 3 bulan lebih dah complete semua kata leen ada infection pada baby. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambanya. I know leen sure sedih giller puas dia berusaha bila ada rezeki lain pula ceritanya. But leen percayalah setiap yang ALLAH tetapkan ada hikmah di sebalik segalanya. Leen harus bersyukur, aku harus cemburu pada leen kerana leen dah ada anak yang menanti untuk menyambut dia di pintu syurga. To leen sabar dan tabah kerana masih belum ada rezeki. Leen jenis yang susah juga nak conceive. Hazim now pun dah 5 tahun. Itu bahagian leen. Setiap manusia di dunia ini ada rezeki dan bahagian masing-masing. Jangan putus asa cuba lagi mana tahu lepas ini rezeki lebih melimpah ruah berkat doa anak yang dah tiada. Setahun satu non stop pulak J
Petang semalam aku melawat Azimah. Lambat aku dapat berita tentang azimah yang menjalani pembedahan. Pembedahan membetulkan kedudukan rahim dengan Doktor Hamid Arshat. Berita tu pun aku tahu masa aku melawat shima S dapat berita orang sakit dari orang sakit. Alhamdulillah dia pun dah ok dah nampak sihat dah boleh berjalan walaupun perlahan. Itu pula rezeki azimah. Dah 5 tahun berumahtangga dan masih belum ada rezeki dikurniakan cahayamata. Ada hikmah di sebalik segalanya. Bersabarlah Azimah kami tidak berada dikedudukan awak kami tidak faham bagaimana tekanan yang dirasa oleh awak tapi kami tahu awak tidak akan berputus asa jadi kami mendoakan semoga awak akan cepat dikurniakan cahayamata. Tak pe Azi Doa usaha dan tawakkal insyaALLAH ada rezeki untuk awak nanti.Itu kisah Azimah.
Balik melawat Azimah aku singgah melawat shima S kali kedua bertanya tentang keadaan baby yang dilahirkan tidak cukup bulan. Baby shima masih di HUKM dan di tempatkan di dalam incubator. Shima S yang terpaksa melahirkan anak kerana tekanan darah yang terlalu tinggi. Ada minor operation yang doc terpaksa lakukan pada baby di kaki akibat infection kuman. Ohhh bila tengok gambar baby di hp shima sayu melihat wayar2 yang berselirat. Condition baby alhamdulillah bernafas normal tanpa bantuan alat. Dan setakat semalam berat dan naik dari 1.35kg kepada 1.5kg. Kami doakan ibu dan anak cepat sembuh. Semoga baby rahmat yang shima panggil. Itu pula rezeki dan bahagian shima. Aku merakam apa yang dikatakan oleh shima. Aku syukur walaupun anak aku tak cukup bulan asalkan anak aku sihat boleh bernafas sendiri cukup sifat dan tak ada penyakit yang berbahaya alhamdulillah. Tabahnya hati-hati wanita yang gagah ini mengharungi dugaan di dalam kehidupan masing-masing.
Syukurlah dengan segala yang ALLAH telah tetapkan dalam hidup kita. Kadangkala yang kita rasa menyakitkan dan membebankan itu sebenarnya adalah perkara terbaik yang termanis yang ALLAH reservekan untuk kita seorang. Di dalam dunia ini semua orang mempunyai masalah adakalanya masalah yang kita rasa masalah sangat sebenarnya adalah peluang yang dikejar-kejar mahupun diimpi-impikan oleh orang lain. 3 sahabatku yang tabah mengharungi masalah mereka dengan tenang dan keredhaan. Oleh itu wahai hati wahai diriku jangan asyik ingin mengeluh jika sesekali dirimu diuji. Sedangkan gunakan pancaindera dan mindamu untuk melihat sekeliling dan berfikir sejenak dengan dugaan dan halangan orang lain yang lebih berat.
No comments:
Post a Comment