Sebelum pergi kerja pagi Jumaat lepas aku macam pelik kenapalah ada air bertakung didepan pagar rumah aku. Then aku jengah longkang ada air yang mengalir. Mana datangnya air ni. Seingat aku tak de pun paip bocor ke apa kat umah so aku just remind hunny suruh check apa yang patut. Petang tu bila aku balik kerja aku terperanjat dinasour bila tengok pagar depan uamh penuh dengan lecak dan lumpur.Humang aii siapa punya kerja ini. Lebih menyedihkan pokok mangga aku yang baru first time berbuah adalah dalam 8 biji putiknya telah digali dan ditanam semula. Huaargghhh sedih betul sebab pokok mangga tu aku tanam sempena aku pindah masuk TS dulu. Aku perasan pokok mangga tu digali pun sebab kedudukan buahnya yang dah berubah. Bila check dengan Linda jiran sebelah katanya orang syabas yang buat kerja. Kenapa ekk tak de apa-apa notis pun..tak de apa-apa punca dan sebab tahu2 pagi jumaat air bertakung pastu tahu2 ada orang menggali paip kat umah aku. Pelik betul sebab rasa mcm kena sabotaj plak. Tak tahu lah apa nasib pokok manggaku itu. Hujan petang semalam dah buatkan pokok mangga tu codong sebelah dan buahnya habis berguguran. Tinggal 4 biji aje yang masih survive. Setakat pagi tadi dah ada tanda2 daunnya mula melayu. Sedih sungguh. Tak tahu lah nasib kau wahai pokok mangga.
Kira weekend kali ni weekend kedua aku mengemas umah. Aku tengah dalam mood rajin mengemas rumah tahap dewa ni. Minggu lepas aku kemas cabinet yang dok sumbat all the hadiah kawin. Biasalah cabinet ni kalau tak maintain apa lagi penuh le dengan lipas dan khazanah2 yang berkaitan. Dah le waktu tu si Zah plak menjenguk heehh sian zah menjenguk umah mak dalam keadaan semak dan sesak. So this weekend mak melaksanakan kerja2 pembersihan seluruh rumah. Termasuklah menyental tangga dan menyental toilet atas dan bawah. Hmm tangga yang ada history akibat banjir dahulu. Memang macam nak patah pinggang rasanya sebab mengemas dan membersih serta mengemop dua tingkat. Inilah dilemma orang tak de maid kan. Nasib baik ada pembantu peribadi mak easy of bang yang memudahkan kerja2 pembersihan. Tapi sebab mak yang tak suka umah bersepah jadi suka tak suka kenalah buat juga jadi penat pun penat la.
Haritu kan dok kalut2 pasal seekor tikus yang dok keluar masuk umah mak. Iskhhh it’s not a tikus it’s a cencurut.Patutlah everytime benda ALLAH tu melintas mesti berbau punya. Bila dirisik2 dengan jiran rupanya bukan rumahku sebuah sahaja yang menjadi persinggahan rumah mas dan rumah sal (belakang umah) pun sama menjadi tempat sang cencurut meninggalkan isi perutnya. Al-kisahnya bila aku dok membelek-belek pokok manggaku yang dah senget tu maka aku ternampaklah pulak bangkai cencurut tersebut. Pehh lega alhamdulillah tak tahu lah siapa yang bunuh benda ALLAH tu tapi aku lega at least tak de le aku asyik nak kena kemas najis tikus tu plus tak de le dok kalut2 nak sembur pewangi dalam umah.
Till then

No comments:
Post a Comment