
Ina ampun gambo ni curik dari blog kau heh heh
Ni cerita hari Sabtu baru ni. Aku bersemangat giller nak pergi gathering UUM IT sanggup pagi lagi dah bangun buat washing kemas rumah buat breakfast dan kejutkan anak-anak. 8.40 kami bertolak satu kereta dengan shima bersama 3 askarnya sekali. Sampai DWP belum ramai yang tiba. Aku yang begitu blur iskhhh yes mak blur pepagi tu sebab mak tak bawak pun pakaian untuk sesi rendam-rendaman untuk mak dan hunny aku sebenonya mcm konpius. Depa buat gathering concept mcm mana sebab aku miss all the email waduh padahal macam dah tergerak hati nak bawak baju spare. Adik nama saya tak de dalam dalam cool list. Tu yang tak tahu cerita hujung pangkal :) Heehh heehh alangkah blurnya mak di pagi sabtu itteww.
.jpg)
Inilah junior2 kami semua..heeh heehh
Sampai DWP maka kami pun berjumpa-jumpaan laa..wahh lama sungguh tak jumpa kawan2 semua yek..register dulu kutip tiket, kupon makanan dengan door gift.. Maka kami bertemulah di pagi yang indah sambil bersalam-salaman berpeluk-pelukkan. Masuk aje dalam tu anak-anak memang dah tak sabo nak turun berendam. Mak malu2 kucing dulu sebab pakaian tak sehsuaaiii langsung nak masuk kolam. Bak kata dd awat le hang pakai anggun sangat dah tau nak main air..Hunny pun malu-malu dinosaur duduk bawah pondok kayu kat depan kolam (ello laki mak memang pemalu occay).
Yang baju biru tu pun hantu air jugak kih kih kih- tak tahan
Maka bermulalah sesi berendam. Mak masuk gak dalam kolam kira basah jugak la baju dan seluar. Pastu tengok hunny pun masuk gak kolam sebab nak melayan Ilman turun gelongsor. Akhirnya basah lokos laa kami. Mak kena split dengan hunny. hunny jaga Ilman mak jaga deena tapi sebab mak tak leh berendam sangat maka anak dara mak asyiklah mengekor aunty shima dia…heehh shima berendam sakan. Aku jealous kat hang (iskhhh rugi aku). Acara pagi tu di selang seli dengan tele match siap ada birthday party lagi untuk anak zafran anak eton, iman anak dd dan Hafiy anak adik. Ada cabutan bertuah tapi memang tak bertuah langsung.
Iskhhhh panggilan air sangat mencabar minda mak yang memang hantu air ni. Senyap2 heehhh kami dengan satu pelampung 4 beranak berakit menyusuri sungai yang deras airnya beberapa kali pusingan hehh jauh sikit dari kengkawan. Kalau kengkawan nampak malu lah mak sebab dressing baik masuk kolam. Hmm sampai aje kat tempat air terjun habis basah semua baju tudung. Heehh lantak aaa time tu tak hengat pun. Dengan baju tu lah kami datang dengan baju yang sama kami balik siap sempat kering lagi baju mak tu beberapa kali sebab cuaca agak panas. Pastu tak puas di sungai kami main ombak pulak. Waktu tu ilman memang keletihan dalam kami seronok di pukul ombak tu ilman siap boleh tidur di lengan mak. Memang ngantuk giller anak bujang tu.
.jpg)
Oh anak bujang ku ini memang keletihan banget
Deena dengan penjaga barunya heheh aunty shima
Hunny heehh dia pun hantu air memang lupa daratan sikit. Ilman tidur hunny ambil peluang bermain gelongsor yang tinggi apa namanyer eekkk thunder bullet kot. Alamak lupa la. Pastu siap 2-3 round naik menara tinggi dok gelongsor. Mak jugak kempunan sebab kena tengok ilman yang tidur tak dapat main gelongsor yang tinggi ittewww. Deena pulak memang tak hengat mama langsung seronok sangat sampai lupa daratan maklum le ada yang menjaga dia iaitu aunty shima dan anak-anaknya. Mak sungguh keciwaaaa huarggghhh. Apakan daya mak tahu satu hari nanti mak akan ke sana kembali. Tak caya tengok laa heehh heehh. Ilman bangun kami sambung main air lagi. Heeh hehh tak puas-puas. Acara akhir petang tu ialah sesi bergambar sebelum bersurai.
Bangun tido sambung main lagi hee heeh
Acara petang tu tak habis di situ tapi habis di car boot kete mak dengan kete ezzah. Petang tu seperti yang dijanjikan mak open kain untuk tatapan kawan2 ezzah open pakaian kanak2 yang memang cantik2 belaka. Heehh walaupun tak laku banyak tapi alhamdulillah terjual 4 pasang. Tapi sebenarnya kain yang diambil hari Jumaat itu telah selamat laku 10 pasang pada kak wan dan guru2 tadika deena pada petang Jumaat itu juga. Yaa ampun yek kengkawan heehh hehh. Plus sambal mak juga petang itu telah laku sebanyak 5 pek. Dalam masa yang sama sempat mak merembat sehelai t-shirt GAP yang ezzah bawa untuk Ilman. Nice one black colour yang penting sebab ada gambo earoplan. Anak mak memang obsess sikit pasal kapal terbang ni sama ngan bapak dia. nanti mak letak gambo :) kat sini.
.jpg)
Overall kami sekeluarga merasa seronok sangat. Yeaahhh hopefully gathering seperti ini akan dapat diadakan selalu supaya dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. The rest of the piccas boleh tengok kat fotopages mak.
Till then
No comments:
Post a Comment