Friday, May 25, 2007

Small test

I met the t-shirt vendor petang semalam. Masa tu dah 6.15 so aku fikir tak pe lah ambik deena lewat sikit. So kami melepak minum dulu kat Yus sate kajang sambil dok discuss pasal t-shirt, sekolah deena sepelaung aje dari kedai tu. Basically 90% aku mcm dah suka dan setuju with my choice. The shirt memang very high in quality harga memang reasonable banget Cuma tak tahu sama ada management agree atau tak dengan pilihan aku. Sembang punya sembang tak sedar dah maghrib so bergegas nak ambik deena.

So aku ke taska sampai aje kat pintu cikgu kata deena demam. Aku masuk nampak sian anak aku terbaring aje kat depan tv. Tetiba plak aku rasa bersalah iyelah sebab kebetulan plak aku balik lambat semalam. Bila rasa badan dia ya ALLAH panas giller. Aku kata kenapalah tak call inform deena demam sebab bukan jauh sgt opis ngan taska 2 minit aje. Cikgu kata no phone tak de sebab ada pada cikgu Ita tapi kebetulan cikgu Ita demam dan tak datang pulak. Geram gak sesikit tapi tak pe lah sure diorang did something untuk kurangkan panas deena. Kata cikgu deena start demam sejak tengahari. Pelik betul tak de apa-apa tetiba terus demam.

Deena at that point dah menggigil2, badan jangan kata memang panas giller specially kat leher. So aku dukung deena terus masuk kereta terus ke Az-Zahrah. Time tu memang tak fikir dah nak call hubby ke apa. Masuk aje kete kakak ngadu "mama kakak demam, sakit perut dan nak muntah". Lekas2 aku turunkan cermin dan dan tu terus muntah habis keluar semua isi perut nasib baik sempat muntah kat luar tingkap. On the way ke Az-zahrah aku singgah ke Shell beli 100 plus dengan twiggies siap-siap. Tahu kalau anak demam diorang tak selera nak makan dan minum susu. So memang spare 100 plus bagi minum sikit-sikit. Masa deena nak nangis aku pujuk dia aku kata"tak pe lah kakak demam sebab ALLAH sayang kat kakak lebih pastu kalau kakak sakit mama sayang lagi banyak" so she tak jadi nangis diam aje duduk kat belakang.

Sampai Az-Zahrah aku register masa tu jam 7.55 malam. Nombor aku yang ke enam. Deena memang dah tak selesa badan memang menggigil sangat dan panas. Kesian sungguh tengok tak tahan duduk deena baring. Jam dah 8.30 tapi nombor masih tak panggil2 lagi. Ya ALLAH masa ni tahap kesabaran dah hilang dah lah PMS so memang tension dan menyinga semacam. Tak tahu kali keberapa aku ke kaunter tanya tentang giliran bila nak jumpa doctor memang lambat sangat. Ni kira ibarat sejarah lama berulang kembali masa bawak Ilman dulu kami terpaksa tunggu sejam baru dapat jumpa doctor. Memang nasib tak baik sebab kebetulan malam tadi banyak emergency kes. Hampir sejam setengah menunggu baru dapat jumpa doctor. Ya ALLAH sabar aje laa…rasa mcm nak marah pun ada tapi aku ni masih ada pertimbangan satgi marah2 pun tak gunanya. Out patient makin lama makin ramai memenuhi ruang menunggu. Ramai yang menunggu giliran dan kegelisahan.

Masuk aje bilik doctor aku mengomel jugaklah. “Apasal lambat sangat sampai sejam lebih”. Doktar pun takut2 jugak nak cakap sebab suara aku masa tanya tu memang dah bergetar kegeraman. Bila doc check temperature 41 darjah lagi sakit hati aku. Giller tinggi panas orang tua pun tak tahan apa lagi budak. Sekali lagi rasa memang nak maki aje perkhidmatan mcm ni. Iye lah kat luar tadi masa lama sangat menunggu aku bawak deena kat bilik belakang kat area kalau aku kena athma attack selalu pump kat situ. Aku dah inform dah doc dengan budak2 nurse kat situ anak saya ni demam panas sangat boleh tak cepat . Doktor tu siap kata hah tunggu sekejap yek nanti nombor dipanggil. Ya ALLAH diorang ni geram betul lah. Aku tahulah banyak emergency case kat belakang tapi kan ada nurse yang terlatih yang boleh attend patient kalau ada kes2 bahaya yang perlu rujukan segera mcm demam panas, cirit birit dan sebagainya. At least kalau dia bagi aku bullet lilin tu aku pun boleh masukkan sendiri dalam b*nt*t anak aku. Memang tak professional dalam hal2 macam ni. Geram betul lah
So finally doc masuk ubat b*nt*t bagi ubat demam, antibiotic, ubat batuk dan selsema aku mintak untuk Ilman. Begitu begini 10.15 baru aku sampai umah dengan baju kerja dengan kepanasan dengan tak selesanya. Tension betul dan le tengah bejot. Aku baring kan deena buka kipas letak tuala basah then selimutkan dia sekejap bagi berpeluh. Aku masuk bilik mandi bukak air paip kuat2 dan dan tu jugak tak tahan terus burst out dalam toilet. Biasalah tengah bejot memang mcm tu benda kecik2 pun boleh buatkan aku tension dan menangis tak semena-mena. Sampai Ilman tetiba ketuk pintu toilet “mama kenapa mama nangis”. Aduh lah anak. He saw my mata bengkak dia tengok aje ‘nape mama nangis”. The moment he said that alamak cairlah mama dik oiii. So aku kata “adik peluk mama boleh”. So he peluk me siap tepuk2 lagi heehhh…warrghhhh bestnyerr.

So malam tadi memang tak boleh tidur langsung. Aku layan prison break season one (mengulang) kejap2 dok basahkan tuala untuk deena. Alhamdulillah sejam tu memang dah ada kurang panasnya but still demam masih ada. Aku memang tak leh tidur memang automatic mata ni kejap-kejap terjaga. Kerap aku pegang dahi deena nak confirm panas ke tak. Demam panas ni memang bahaya sangat kalau tak monitor takut sampai kena tarik then nanti apa-apa pun boleh jadi. Nauzubilla. So tak pe aku bersengkang mata janji anak aku ok.

Pagi tadi macam 50-50 nak ke opis rasa mcm tak larat sangat. Deena still demam tapi tak kuat sangat. Aku pening kepala memang pusing sangat. Tapi ada benda nak kena settle berkaitan tender tu. So gagahkan juga kaki ke opis. This is a part and parcel being a mom. I mean aku tak mengeluh infact alhamdulillah sebab aku diberi peluang mengharungi cabaran seperti ini. Hopefully anak-anak menghargailah jasa ibu bapa yang menjaga kita semasa kita sihat apatah lagi ketika kita sakit.

Till then

6 comments:

Anonymous said...

kak zira, az-zahra tu mmg tak best & agak teruk kluikut experience sy yg 4 tahun belajar kat uniten dulu. ubat dia bg pun mcm tak bagus. malas nk ckp - ada plak org kata az-zahra bagus. bagus lagi poliklinik amir ke apa yg dekat sg ramal tu

Anonymous said...

betul kata mai tuh, service lambat. sapalah kata perkhidmatan swasta ni baik sgt? awatlah ziera tak pie ja klinik lain. Klinik pakar kanak-kanak saiful di sg. chua lebih excellent.tak yah tunggu lama-lama.

NBK466 said...

Tak pelah kalau dah ada bad experiance dgn that klinik pas nie tak payah kesana laie. My prend dari dulu mmg dah advise ubat b**t*t tuh musti kena ada stand-by kat umah bagi setiap parents..in case of emergency high fever begini..

mamasherry said...

sian deena... hope she's getting better.. memang risau kalau budak2 demam panas ni.. takut kena sawan..

Nik Ha said...

Semoga deena cpt sembuh. Kwn sy pun experience gitu gak. Lambat amat kat az-zahrah tu walaupun takde org sgt. So, sy tak jd pilih utk klinik panel.Atleast dorang leh advise suh basahkan bdn/bg ubt hilangkan pns tu kan..mmg risau sgt kalau dmm pns mcm tu. Rasa nak nangis pun ada. Sy time pms cegitu gak,tgk katun sedih pun leh nangis..he..he..Take care, sekali lg, smg Deena cpt sembuh & mama pun maintain sihat,cpt2 hilang pms ;)

Kopi Suam said...

Iyelah betul kata korang...cuma mungkin saja nak bagi peluang kat Az-Zahrah. But definitely lepas ni tak singgah dah. Dulu pernah anak demam panas kami ke hospital pantai terus aje depa hantar ke emergency.Service superb tapi tu laa..jauh banget plak ngan umah

Anon thanks for the info..nanti saya nak cari klinik pakar kanak2 kat sungai chua tu..dekat ngan umah lah tu sebab sg chua kan..