Aku dah nak termuntah pun ada ni. Uwekkk..pening kepala. Kerja bertimbun2 dalam satu masa. Lepas2 satu2 nak kena submit. Plus frustrated jugak sebab boss kata tak yah gi kelang petang ni (jadual pagi dah tunda ke petang). Big boss suruh handle meeting hari keluarga petang ni urghhh tu lah sape suruh pilih aku jadi secretary sebab yang hari keluarga ni nak kena present Jumaat ni. Iskhh I was over excited semalam sebab nak kena gi kelang walaupun jauh nak drive tapi sebenarnya tak pernah sampai PK kat sana. Nak jugak tengok opis diorang camner mak kan suka jalan2 luas permandangan. But tak pe lah bagus gak tak pergi banyak kerja tertunggak yang aku dapat selesaikan dari pagi tadi. pehhhhhh…memang mata pun dah kelabu tengok pc ni.
Dalam dok sibuk ngan kerja kat opis ni tengah dok kecut2 perut sebab kena jadi MC plak untuk breakout session esok. Lama dah tak jadi MC majlis..iskhh lupa dah semua protocol. Balik2 aku dok buat teks mcm orang yang nak kena bagi ucapan pulak. Hmm ingat jadi mc ni leh main tangkap muat aje ke. Hmm kalau tak prepare sure nanti tergagap-gagap depan tu. Hmmm nak tak nak kena jugak slot2 prepare benda tu. Aku rasa cam mabuk kerja harini. Dah dekat pukul 2 masa untuk rehat tapi baru abis siapkan template scoring untuk tender hardware. Nak termuntah mengadap. Perut lom berisi. Sat lagi nak solat pastu terus nak ke HQ. Prepare apa yang patut sebelum meeting.
Mr Lee dah fax maknyer KC design. Heehh frankly speak tak cun lah Mr Lee sebab design style lama. Hmm aku begitu sibuk iskhh memang tak de masa le nak buatkan untuk mak. Rasa sedih pulak. Kalau time buat kc aku dulu memang wat study habis2an nak buat camne. Ni bila tiba turn mak tak sempat. Haritu dah banyak dah gambo kc kat internet yang aku download tapi belum sempat tengok dan buat sketch. Total harga yang mr lee bagi RM7.5K hmm kalau boleh nak tawar lagi. Dah terover budget aku RM500 (usihhh berkira heehh heehh). Budget aku haritukan 10K aje.tiles dah settle 3K KC 7K..tapi KC terlebih plak sikit. Tapi rasanya leh kautim lagi ngan Mr lee tu pasal aku ni loyal customer. Iskhh harap2 kerja aku beberapa minggu akan datang redalah sikit. Sekarang ni nak berkuak pun tak dan rasanya. Plus dok pening2 mana nak cari duit lagi 2K ni..uhaahhh rasa cam sayang plak nak jual esos aku tu. Haahh haahh haru le aku ni. Nanti le goda2 cik abang tu pinjam duit dia dulu. Hmm but kali ni kalau saya nak pinjam saya tak leh bayar dalam masa seminggu tau yang paling cepat mungkin 2 bulan kot. Memang sayang tul nak gadaikan esosku itu. Seboleh mungkin aku dok korek2 duit aku mana yang ada dalam tangan aje nak mengacau saving dengan seso tu humang aaaii sayang betul.
Semalam aku meroyan membersihkan umah. Sejak balik dari kampong haritu hidung aku tak tahan bau pelik2 kat umah tu. Rumah yang ditinggalkan 4 hari heehh mcm mana aku pergi mcm tulah rupanya bila aku balik plus bertambah habuk plus sedikit bersepah plus dengan pinggan mangkuk di sinki. Siapa yang nak disalahkan. Rupanya sejak kematian cencurut yang seekor tu ada pulak suku sakatnya yang nak menumpang umah aku lagi. Hidung mak yang the very sensitive pada bau binatang ni. Ya ALLAH sabar ajelah..masuk umah memang dah terloya2 nak muntah. So semalam dah tak tahan sangat. Sampai aje umah terus bersilat menyingsing lengan Sapu2 umah, mop lantai 3 kali round. Dengan sabun dengan floor clean dengan air putih. Tak cukup dengan tu siap spray satu umah dengan febreeze. Barulah lega. Camner le hidung cik abang tu leh tahan gamaknya. Iskhhh sabar je laaa. Beza betul oang lelaki ngan orang pompuan ni
Till then
1 comment:
Den nak komen ayat yg last tuh jerk...maybe sbb org lelaki punya bulu idung lagi lebat so filternya bagus dari bau2an yg kureng itew..he.he..he..
Post a Comment