.jpg)
Confirm ayah raya sakan tahun ni :)
Plaster ceiling kalah umah kajang :)

Tiles 2 x 2 memang berkilat dlm gambar coraknya tak nampak sangat.
Aku dalam keadaan separa sedar separa letih separa hati di opis separa minda di atas katil sedang bermalas-malas separa hati masih dikampung. Aku tengah Monday blues kena datang opis sebab kerja melambak sangat. Kepala aku serabut gila. Aku nak tarik nafas panjang dulu. Banyaknya kerja yang nak kena selesaikan dalam minggu ni. Tender untuk PDA ada kat opis tapi masih tak bersentuh. Tak tahu bila nak slot time untuk buat technical evaluation ni. Aku pun dah pening at the same time tour to PPB dan start. Dalam minggu ni nak kena ke PK kelang and also PK Banting. Itu kisah di opis…ohh tak masuk lagi hal2 sampingan yang lain. Harap-harap semuanya akan berlalu dengan lancar.
.jpg)
.jpg)
Seronok Ilman dengan Fariz main air
Cuti balik kampong alhamdulillah melegakan. Aku tiba umah mak Rabu malam 8.30 tiga beranak. Wah masuk2 aje dalam umah mak uishh dah lain le umah mak. Ilman asyik dok kata mama umah mak cantik. Heehh heehh. Malam tu aku sms ajam suruh datang umah ambik kain bila-bila dia free sebab aku dah ada kat kampung. Pagi esoknya lepas balik kerja ajam datang dengan seorang kawan. Sempatlah dia breakfast sambil bersembang pasal business. Ni first time aku bersembang rancak dengan adik ipar aku tu. Kalau balik kampong muo mana ada bercakap pun. Heeh hehh ingatkan pendiam mcm abang dia tapi silap sama sekali.
Kat kampong sempat 2 kali aku berurut best giller ringan lega sungguh urat2 dan tulang2 di badan ni uishhh best laa. Walaupun tak kemana-mana terperap aje kat umah mak but sempat attend malam berinai dan weeding kat umah atok amat then Saturday tu sempat bawak anak2 dan anak2 saudara ke Tiara Beach Resort untuk mandi-manda. Memang tak de dalam plan pun masa balik kampong jadi tak bawak le pakaian mandi bebudak ni. Memang berendam sakan bebudak ni tak hengat dunia but heehh airnya gatal giller kalau yang ada sakit kulit tu sapulah losyen atau apa-apa antiseptic kat badan sebelum berendam yek. Kami dapat bilik untuk bermalam sebab my BIL coordinator kursus untuk KUKTEM buat kat sana tapi aku malas nak bermalam sebab ahad tu dah janji dengan Mr Lee pepagi dia nak datang untuk ukur KC. Lagipun PD dengan umah mak bukan jauh sangat 40 minit aje.
.jpg)
.jpg)
Dari dalam bilik kami. Sayang tak sempat bermalam pun
Progress umah mak hmm 60% aje yang dah siap…plan asal ayah hanya nak tambah dapur. Dapur dan siap kecuali kitchen cabinet pastu dah melarat2 sampai ke depan pulak. Heh heeh aku balik2 pun terkejut gak. Hmm apa-apalah. Tiles pun almost 90% siap. Now tinggal tile kat bilik sembahyang kat veranda dengan bilik my sister aje. Then kat veranda tu ayah pecah habis-habisan buat bentuk lain. Tingkap pun dah tukar kira major renovation jugak. Iskhh beraya sakan tahun ni pakcik Amin. Plaster ceiling pun dah siap. Memang sakan betul. Ke adik aku plan nak kawin tahun ni. Uishhh tak sempat nak update cerita terkini. Tapi kalau ikut plan my sister nak bertunang dalam masa2 terdekat ni.
Begitulah kisah bercuti di kampong. Hmm kalau boleh nak duduk lama-lama kat kampong sebab tak pening kepala tak payah fikir pasal kerja dan opis. Lebih memenatkan semalam masa nak balik KL. Kami bertolak dari Melaka 5.45 tapi sampai kajang 9.30 malam. Jalan punyalah jam dan hujan sangat lah lebatnya. Memang satu sesi pemanduaan yang memenatkan badan dan minda.
Till then
3 comments:
Wah..meriah raya kat umah berwaja baru nanti KS... Emm TBR tuh mmg sesuai kot utk bebudak..macam2 stail kolamnyer..tapi jauh dari pantai..Cuti2 sekolah nie musti penuh kot org kat sana..pihak resort kena ler kerap ganti ayaq kalau idok itu yg getal2 kulit tuh...
KS nanti lenkali kalau sempat lah, ambil lah gambar masa tgh jam kat highway + tgh hujan. rindunya dgn m'sia. bila baca entry KS pasal jam tu, waduh tersentuh hati... dan teringat2 satu dua kenangan terperangkap dlm jam masa balik selepas cuti raya. mesti best kan... (sorry this must sound pretty unacceptable, best terperangkap dlm jam??) tapi i guess sbb dah rindu sgt dgn tanah tumpahnya darah ku itu. mmg tersenyum2 kambing sorg2 teringatkan m'sia nih. thanks KS.
NBK,
masa kami pergi tu memang penuh dgn family maklumlah cuti sekolah plus banyak company dok buat team building. Kolam2nya memang menarik pun but air mcm hang katalah tak berapa bersih. Den berendam jugak lepas balik bilik sental2 dengan dettol but still gatal2 jugak :)
Anon,
Gambar2 permandangan di melaka dan muo masa balik kampung dulu2 ada dalam my fotopages. http://deenasarah.fotopages.com
kalau setakat nak hilangkan rindu pada malaysia boleh le jenguk kat situ. Nanti KS try masukkan lagi gambo2 yang bercirikan negara.
KS pun suka terperangkap dengan jam bila balik cuti raya...heeh heehh
Post a Comment