Monday, September 10, 2007

Jualan Harga Runtuh

Salam all,
Sempena Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelma kedai kain saya akan direhatkan sementara waktu dari beroperasi. InsyaALLAH kedai dan supplier akan kembali berurus niaga semula selepas raya. Sehubungan itu disini saya mengadakan jualan beberapa pasang kain yang memang cantik2 belaka pada harga diskaun giller-giller ni sempena penutupan sementara business kami. Dan InsyaALLAH kalau ada lagi stok-stok yang cun melecun KS akan masukkan disini.
Kepada yang berminat seperti biasa sms atau call KS di 019-3714425
As usual First come first serve basis.
Kain-kain akan dihantar menggunakan pos laju.



MIELE BENANG EMAS
RM 40 termasuk kos penghantaran



CINDERELLA BENANG PUTIH
RM 35 termasuk kos penghantaran


DUBAI SILK
RM 40 termasuk kos penghantaran


Natasya Korean -benang Emas
RM30 termasuk kos penhantaran

LAKE TOWN BANGI
Kepada yang belum mengetahui kini Bangi dah pun ada up/down town yang dinamakan sebagai Lake Town yang baru sahaja 5 hari beroperasi. Oleh itu KS ingin mengalu-ngalukan sahabat-sahabat sekelian untuk beramai2 mengunjungi bazaar malam di Lake Town terutamanya jemputlah singgah ke gerai KS yang ada menjual kuih belanda, lidah buaya, sambal goreng special, kuih tart yummy, kerepek pisang, jejari ubi pedas dan juga coklat kek sodap yang kesemuanya adalah home made yang majoriti adalah air tangan my mom yang disayangi :) disamping dapat berkenalan dengan KS secara personal cewahh mcm lah best bebeno kan.. InsyaALLAH gerai KS akan mula beroperasi pada Jumaat malam yang akan datang ini. Lake town akan dibuka kepada pengunjung mulai jam 10.00 malam hingga 3.00 pagi. Tapi kalau nak elakkan kesesakan dan susah parking datang le awal-awal sikit.
For this time being belum banyak lagi gerai yang dibuka. Mostly tunggu bila puasa bermula. Setakat semalam KS dimaklumkan sudah 160 peniaga yang telah membuat bayaran penuh iaitu wang pendahuluan sebanyak RM700. Jumlah perniaga yang akan beroperasi dijangkakan adalah sebanyak 200 buah khemah memenuhi sepanjang jalan masuk dan bulatan.
Datanglah ye singgah gerai KS...mana tahu kalau ada rezeki bolehlah kita semua bersua muka. Sebab bukan setiap malam KS disana. tapi bulan puasa ni maybe setiap malam lah kot pergi after terawih sebab kelas agama pun stop sementara bulan puasa.

Inilah potnya Lake Town - siang memang clear malam full dengan khemah biru

Di pulau kelapa 3 serangkai inilah lokasi khemah KS mengadap belah dalam corner lot :)
singgah jangan tak singgah

Inilah bentuk khemah biru yang akan didirikan sepanjang roundabout dan jalan masuk.
Kocik yo tapi sewa sebulan mahal jugak mcm sewa apartment :)
Kepada semua selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini memebri seribu rahmat kepada kita semua. Amin

11 comments:

NONIE AZIZ said...

kain mana yang ko reservekan kat aku? bunga purple tu ker?

Kopi Suam said...

yuplah bunga purple tu lah dulu aku dok reservekan untuk hang...berkenan tak...tapi memang cun pun kalau ikut taste aku yang the very high taste ni memang cantik sangat colour tu..actually not to say purple..dia pink sebenarnya...gambo tu aje cam lain sket heehh heehh

Acaii Jawe said...

waaa, cantiknye kak,huhu...rase mcm nak beli tapi sy lelaki,hihi..kalau nak bagi mak nampak muda sgt..:) mak sy skrang dah pakai baju yg tak ceria2 sgt,hehe..even dia muda lagipun :P

kak lake town tu lokasinya kat ner? kat tasik kat projet tu ke kak? sy slalu gak gi ukm sane,hehehe..biasa hujung minggulah..:) nakla gi gerai akk gak,hehe..

cikdinz said...

alar...dah tak dok bangi. rugilah...

Kopi Suam said...

Acai, nanti awak datang tau akak pun memang nak berkenalan in person dengan awak ni..sib baik akak dah tak de adik pompuan kalau tak sure mintak mak akak pinangkan awak heehh hehe.

gerai2 tu jalan masuknya betul2 bersebelahan Kompleks PKNS tu. Yang penting mercu tandanya Kompleks PKNS Bangi awak carik le kat ceruk2 belakang kat area tasik tu..lepas ni sure diaorang akan pasang lampu lip lap lip lap :)

cikdinz,
dok jauh pun leh datang jugak kan :)

Mak Su said...

selamat menjalani ibadah puasa dan maaf zahir batin di blog, dan selamat jaya untuk usahawan kiter ni

Acaii Jawe said...

ooo, dkt kompleks pkns tu,sy tau,hehe..emm, slalu gak gi kaunter zakat kat kedai byk2 seberang jalan dpn kompleks pkns bangi tu,hihi...:) insyaallah kalau sy datang sy carik je gerai akk,hihi...:)bleh kenal2an,hihi

Kopi Suam said...

Mak su,
mekacih sesamalah kita...

Acai,
iye betullah dik...awak selalu bayar zakat kat kedai yang mana...yang d'limau ke..akak suka air hijau kat situ yummmy yummmmy...ke awak cakap bayar zakat betul2 ni...ya ampunnnn

Anonymous said...

congrats zirap... moga biz ko maju... aku suka kwn2 makin advance!

Kopi Suam said...

ezzz..amin amin kawan2 doa-doakan lah yek.. :)

Kopi Suam said...

ezzz..amin amin kawan2 doa-doakan lah yek.. :)