Salam all,
banyak sangat perkara yang berlaku tanpa kita duga. banyak benda yang berlaku serentak yang memang tidak terjangkau pemikiran kita. Sungguh cantik dan lengkap perkiraan yang telah ALLAH tetapkan. Apa yang aku mampu katakan aku pasrah dengan segala yang berlaku. Pada waktu ini dalam keadaan fikiran yang agak serabut hati yang tak keruan nafas aku masih mampu turun naik dengan teratur alhamdulillah.
Rentetan peristiwa yang berlaku minggu lepas.
Isnin- busu Lan meninggal dunia. Aku dapat berita seawal 6.00 pagi. EL dan terus ke Pantai Dalam sehingga selesai jenazah dikebumikan. Petang kalut2 packing untuk ke Penang jam 5.00 baru bertolak dari KL. Mak temankan sebab cik abang tak boleh cuti. Rabu balik from penang.
Khamis - unit meeting
memang suprise. Hmm sad to say aku kena buat that GPM* project full time. All this while aku buat project tu part time bersama 2 project lain yang berjalan serentak. Dalam meeting yang aku dok arrangekan majlis perpisahan untuk orang lain tetiba big boss made an annoucement yang aku akan ditukarkan ke unit lain which was really sad dan membuatkan aku terkejut beruk. Huarghh memanglah tak boleh nak kata apa selain dari diminta berucap sambil mengalirkan airmata. Still down giller since last week. But at least my condition is ok compared to the other team member.
Jadi beberapa ketika ini aku memerlukan kekuatan yang sangat luar biasa untuk menongkah arus yang bergolak didalam jiwa hati dan perasaan ini.Semoga aku berjaya mengaharungi badai dan gelora yang melanda. Iye dengan badai kan umah tu pun sekali tengah gelora. Sekali-sekala rasa mcm nak pecah kepala sebab kena handle dua benda yang berat dalam masa yang sama. Yang saya cuma perlukan sedikit pengerian sahaja dalam hal ini.
till then.



1 comment:
relax ya...
Post a Comment