Monday, October 22, 2007

Cerita hari raya

Salam Aidilfitri kepada semua dan selamat kembali bertugas dengan ceria pada yang baru mula bekerja seperti diriku ini. Sambutan raya aku tahun ini biasa-biasa aje. Sedangkan mood raya memang tiada sejak awalnya jadi memanglah terlalu sederhana sangat. Yang seronoknya beraya dikampung muo memang meriah sebab semuanya balik dan berkumpul diumah besar MIL yang 10 bilik semuanya.
Petang khamis sewaktu kami tiba hanya ada saiful sahaja sekeluarga dengan liza yang baru beberapa hari bersalin baby boy yang diberi nama Abdul Qayyum. MIL seperti biasa sedang sibuk bertarung di dapur. Waktu ni bila belum ramai kira aku penat sikit sebab orang kanan mak yang menjadi tukang masak diraja :) masih belum tiba. Waktu itu adun pun dah mula bercuti firdaus yang di UIA pun dah balik bercuti sekali dengan Saiful.
Bila malam menjelma tatkala terdengar enjin kereta kami mula menghitung siapakah yang akan tiba. Malam tu memang tido lewat semua. Mula sekali dengan kak ima sekeluarga yang tiba lewat tengah malam dari Rompin. Diikuti doktor Sue yang tiba berikutnya dari kelantan. Seterusnya Kak Kamar dari Kota tinggi. Petang raya diikuti oleh abang jali yang paling dekat di Muo serta kak peah dari pasir gudang. Pagi raya Abg Jaman tiba dari Pagoh dan Diikuti Abg Amat sekeluarga dari Kluang serta yang terakhir sekali malam raya kak hom tiba dengan anak2nya dari Air Tawar. Cukup 12 orang anak-anak MIL berkumpul dan menjelang raya kesemua 10 bilik telah dipenuhi oleh tuan masing-masing sampaikan malam raya tu ada yang bergelimpangan ditengah umah. Meriahkan suasana di rumah MIL. Tahun bila turn aku beraya di Muo memang semuanya ada dan berkumpul di umah MIL. Jadi bayangkan tahun depan bila turn masing2 balik umah mentua. Sian mak dengan abah hanya tinggal dengan 2 anak bujangnya sahaja.
Seperti biasa raya kat Muo memang tak kemana. Pakai baju raya pun sekadar nak manaikkan aura dan semangat raya. Itu pun sekejap aje selepas tengahari aku dah tukar kepada uniform biasa. Saudara mara MIL ramailah yang berkunjung tak putus-putus. Petang raya pertama dah sibuk2 abah dan hunny serta adik beradik lelaki yang lain busy tolong potong kambing Aqiqah anak saiful yang baru lahir. Malamnya nak buat kenduri aqiqah dan doa selamat. Maka kaum ibu kenalah bertarung di dapur membantu apa yang patut aku kekadang ngelat jugak...hari raya maaa...heehh plus kakitangan dah ramai. kalau ikut ketegori kakitangan yang ada aku jatuh dalam kategori hingusan lagi. Cumanya yang special raya di Muo tahun ni ialah adanya BBQ dan sate daging arnab. Daging arnab yang dibawa pulang oleh kak kamar sebanyak 10 ekor yang dah siap disembelih. Arnab yang kak kamar bela. Katanya sekarang dah ada 100 lebih ekor banyaknya. Bagus juga business ternak arnab ni. Katanya dia start tahun lepas dengan hanya berbaka 4 ekor arnab sahaja. Memang cepat betul arnab2 ni membiak.
Raya kedua hari untuk balik beraya ke melaka. Dr Sue dan kak ima pagi2 lagi dah berangkat untuk ke Kota dan Gemas. Aku and kak zie after zohor juga dah bersiap-siap untuk berangkat pulang tapi sempat kami beraya ke rumah kak Senah dan juga Bibik Sam. Adalah juga beraya dari tak de kan. Sampai melaka biasalah gi umah makwe, umah makngah umah pakcik, umah maklang ada dua maklang (kembar) umah mektam umah pokde. Kira puaslah beraya dan menyambut tetamu yang tak putus2 berkunjung. Raya keempat umah aku plak sibuk sebab my sister bertunang. Alhamdulillah semunya selamat dan berjalan lancar. Majlis perkahwinannya hehh aku tak tahu bila tapi kalau ikut ayah mungkin bulan 5 tahun depan kot. wallahualam.
Aku bercuti sehingga hari ahad tapi oleh kerana cik abang dah nak kena kerja hari khamis maka aku mengalah juga balik KL pada rabu malam. Tu pun balik lepas beraya di umah my brother di Ayer Keroh. bagus juga balik awal dapatlah aku kemas2 umah kot2 ada kawan2 yang dok terjengul. Kesimpulannya raya tahun ni biasa2 aje. Shopping pun tak de sgt. Kuih raya pun tak beria. Baju raya yang aku tempah lagi 4 pasang pun tak siap. Kiranya tahun ni memang jimat banyak. Misi nak settlekan hutang maaa..hutang CC aku dah membukit semula ni kes beli barang yang dulu2 tu and at the same time ingat nak exercise esos lagi satu lot...misi setiap hujung tahun untuk clearkan hutang CC. Hujung tahun lepas aku berjaya clearkan semua hutang cc tapi by end of this year dah membukit semua. Payah betulkan nak control diri dari menggunakan CC dengan betul selalu aje terbabas swipe. Duit untuk esos sikit lagi nak cukup kalau campur gaji bulan ni memang dah boleh exercise satu lot tapi hutang cc tu siapa nak tolong bayarkan angkat tangan.
Begitulah kisah hari raya yang serba sederhana. Harap2 kesederhanaan ini akan berkekalan dalam apa jua perkara hendaknya. Selamat hari raya pada semua maaf zahir batin.
Salam Aidilfitri
Kopisuam

5 comments:

NBK466 said...

Mmg kalau beraya kat sebelah mertua mood eh jadi kureng kot... Emmm..daging arnab nie macam best tapi cam tak sampai hati lak bila tiba part nak sembelih tuh..hu..hu..hu..

Anonymous said...

waahh..meriah ek..

selamat hari raya...

Mak Su said...

woww!! besarnya umah... tentu meriah bila reramai, tapi bila kureng orang tentu terasa kesunyian ek... hhmmm, nak wat camno.

Farra Da Smiley said...

besarnyaer rumah! rumah my MIL ada 7 bilik, among yg besar gak kat kg tu sebab adik beradik hubby ada 9 org

dulu kat kg MIL pon bela arnab, asyik buat rendang arnab jek/goreng biasa sebab arnab cepat membiak

cikdinz said...

meriah juga kl ada 12 orang yg balik. riuh rendah lah kampung tu..