Orang lainnyer birthday orang lain plak sibuk nak tolong potong...heehh bobot bobot
Sorry sebab memang dah lama tak berupdate. I wish I can have extra time to do that tapi memang tak boleh. Kami balik raya haji juga akhirnya. Thank you yang. Balik Muo dulu. Plan asal bertolak jam 6.00 tapi sebab dapat info pun dah last2 minute (remember my entry yang aku kata cik abang tak ada cuti) that was the reason aku tak pack sian le nak tinggalkan dia sengsorang. Finally dengan senyum2 kambing ala2 charlie Chaplin aku siapkan semua benda. Dari beg pakaian barang2 yang nak kena bawak balik kampong all the buah tangan dan sebagainya. Akhirnya bertolak jam 7.00 seperti yang dijangkakan jalan sedikit sesak. Berhenti makan dan solat di nilai dan selamat sampai muo jam 11.30 malam. Lengang aje rumah mak hanya ada kereta adun and kereta ajam. Petang tu abang wan called from rompin katanya tak balik sebab rompin banjir aku kata redah aje trajet kan tinggi buat lawak. Dr Su pun tak balik coz kelantan pun banjir. Aku called kak zie katanya tak balik juga sebab nak jalan umah kak long. Yang ada hanya kak kamar. Biasalah duduk kampong lepak2 pergi tengok sungai. Banjir kali ni sekejap aje itu pun hanya kat area pekan kundang. Masa kami dok tengok2 tu air sungai dah surut hanya tinggal kesan2 banjir.
Air sungai dah melimpah ke daratan
Di Muo dua hari tak banyak aktiviti yang dapat buat kecuali aku dapat juga siapkan sikit kerja2 menaip buku agama. Paling best Jumaat pagi aktiviti kami 4 beranak memetik jagung di kebun. Boleh tahan jugak jagung2 yang mak ngan abah tanam. Pokoknya kecik2 lagi dah berbuah. Aku memang tak pandai petik pun kira first time le ni tapi hunny terror la..iskhh cik abang tu. Petik punya petik 3 karung dah penuh tu pun tak habis petik. MIL kata jagung tu abah yang tanam. Cantik2 isi jagungnya rapat-rapat dan manis. Petuanya kalau tanam jagung ni tak boleh bercakap. Sesuailah abah pun memang pendiam orangnya. Dapat juga bawak balik jagung yang dah siap rebus dalam 15 ketul untuk bagi mak melaka dan juga jagung mentah. Petang jumaat tu memang malas sangat nak gerak balik Melaka sebab sekejap sgt kat muo. Tapi nak balik melaka mesti suka sih.
pondok kat jeti tu tempat kami selalu melepak tengok air sungai. tenggelam dah
Sampai melaka pun dah dekat pukul 8.00 malam ni kes malas nak gerak dari muo le ni tadi. Sampai umah tengok mak tengah sibuk2 kemas2 umah kemas2 kan kain baju dan kain2 buruk sambil dibantu oleh bibik (pembantu my sister). Aku pun tak tolong apa sangat sebab penat. Bincang sikit dengan mak pasal plan nak buat makan2 esoknya. Esoknya lepas solst subuh aku ngan mak berdua pastu ada le anak dara yang memang biasa bangun pagi tu mengekor ke pasar borong. Sib baik bobot tak bangun lagi masa kami gerak. Memborong ikan udang sotong buah-buahan dan bagai2 untuk masak-masak dan makan2. Aku just jemput adik beardik mak adik beradik ayah yang dekat2 and semua sepupu sepupu yang dekat aje. Kebetulan plak sabtu tu birthday Bukhari so kira makan2 sambil celebrate birthday busu lah ni.
Pagi tu balik dari pasar memang dah sibuk. Aku siang ikan bersama bibik dan kebetulan mek tam datang membantu maka kami bertiga bertarung menyiang ikan yang dekat 25 kilo dengan sotong dan udang bagai. Kira kecutlah tangan dibuatnya. Anak-anak hunny yang uruskan aku memang tak ambik tahu satu pun sebab sibuk kat dapur…thank you yang (penting tau suami dalam hal2 mcm ni). Menu petang tu ikan bakar, nasi goreng cina, cendol, tahu sumbat bubur jagung dan juga dadih serta kek birthday from SR yang di sponsor oleh mama. Ayah buat bacaan doa selamat dahulu sebelum kami mula makan-makan. Alhamdulillah ikan yang dibeli semuanya habis dan penutup majlis malam tu ialah moklong sekeluarga dari KL yang terjengul mengejut ingatkan tak balik serta busu (adik ayah) sekeluarga. Memang rezeki mereka memang aku pun kalau boleh buat makan2 tu nak diorang ada sekali lagi ramai lagi meriah dan bagus.
Ahad pagi aku siap nak pergi gunting rambut. Aku memang gunting rambut di kampong. Pertama murah kedua kerana amoi cina tu pun dah tahu dah style Gi-Jane yang aku maintain sekian lama regular customer maaa. Ringan rasa kepal bila dah potong. Pakai tudung pun selesa sungguh. Lepas gunting singgah umah mak suzi ingatnya nak jenguk makcik tu yang baru bersalin. Rupanya dia berpantang kat umah sendiri. Tak de rezeki nak tengok anak kau geng. Boringnya cuti sekejap ni.tak buat apa-apa Lebih2 layan anak2 saudara bawak diorang jalan2 naik kete tengok laut tengok kuda suka le bebudak tu. Harini plak kebetulan mak masak sup tulang favourite semua orang termasuk cik abang. Aku pun apa lagi pulun melantak sup tulang menajdi2 bila makan nasi lauk sup tulang dengan sambal goring ikan bilis sodapnya…sampai pedih2 perut den dibueknyo menahan podeh.
Petang tu sebelum kemas2 balik KL sempatlah bawak deena ngan Ilman and busu mandi laut rasa mcm nak mandi juga tapi cik abang tu malas pulak..so bawak anak2 aje laaa. Heehh ica nak ikut tapi ummi dia nak balik heehh heehh sian dia. Sampai ngajuk2 kawan tu. Petang tu siap2 semua barang bungkus lauk semua. Dalam hati berdoa semoga jalan tak jammed. Tapi malangnya hujan sangat lebat start senawang sampai nilai jalan jammed. Akhirnya perjalanan 2 jam (bertolak 6.30) tapi selamat mendarat di Kajang jam 10.30 letihnya dah le esoknya nak kerja.
Pantai puteri..hutang mandi occayyy :)
No comments:
Post a Comment