Monday, December 31, 2007

Selamat tahun baru 2008

Menghabiskan sisa baki cuti half day. So dikesempatan ini KS ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga blogger dan juga pembaca kopisuam. Semoga kehidupan kita semua pada tahun akan datang akan menjadi lebih gemilang, cemerlang dan terbilang. Lebih baik dari segi kesihatan, lebih dimurahkan rezeki, lebih baik dalam pekerjaan dan lebih mendapat keberkatan.
Azam tahun baru KS ialah mengurangkan kaki menjejak shopping complex, sales dan juga warehouse sales serta tempat2 yang boleh mengopakkan wallet dan poket. Azam tahun baru KS juga memulun kumpul duit (yang mungkin sepatutnya dah beli baju, kasut, perabot tok nenek bagai time sales) supaya InsyaALLAH cita2 KS untuk menunaikan fardhu Haji ketika usia mencecah 35 tahun menjadi kenyataan amin...kawan2 sila doa-doakan sama ok.
Azam tahun baru juga ingin memperbaiki lagi diri dari segi tingkah laku yang tak baik kepada yang baik, perangai yang buruk kepada yang lebih disenangi, sikap yang mazmudah kepada sifat2 mazmumah, menambahkan lagi ilmu dunia untuk kesinambungan semasa hayat dan menambah ilmu akhirat dengan mendalam sebagai bekalan sebelum ke alam barzakh dan juga sebagai bekalan untuk diajarkan kepada anak-anak. Azam KS juga ingin menolong kaum keluarga (mengagih-agihkan kesenangan KS) supaya mereka juga sama2 dapat merasai kesenangan hidup yang ALLAH pinjamkan sementara waktu pada KS ini. Azam tahun baru KS juga agar tahun hadapan kehidupan kami sekeluarga akan lebih makmur dan lebih bahagia (target berlakunya perang dingin = 0: perang besar insyaALLAH dah tak ada amin) dari tahun ini dan moga dimurahkan lagi dengan rezeki anak (kalau kembar lagi best).
Jadi kepada sahabat semua selamat berazam sempena tahun baru. Make sure apa yang kita azam dan niatkan bersungguh-sungguhlah untuk kita kotakan. Jangan azam hanya tinggal azam tatkala penhujung tahun tiba. Kalau nak pergi tengok pertunjukan bunga api tu berhati-hati selalu.
till then jumpa lagi tahun hadapan.
p/s: Nak memburu panesar dengonyer tokey dia called tadi kata katil deena out of stock kena tunggu lagi dua minggu baru boleh ada. Hmmm mungkin tukar katil lah lah kot..lama sgt.

No comments: