Tuesday, January 08, 2008

Lapor diri



Kami dapat bilik baru yang dikongsi berdua sepanjang kami bekerja di sini. Aku suka suasana kerja kat sini yang senyap nyaman tenang walaupun bising dengan bunyi condenser dan kipas dari plant yang betul2 sebelah bilik kami at least bunyi itu cukup menenangkan hati. Sekurang-kurangnya pagi-pagi aku tak perlu bersesak-sesak dalam jammed. Ini opis baru aku. Selama dua bulan kami akan ditempatkan disini. Oh ya to Leen and Tipah...aku sepatutnya masuk bilik Johan a.k.a Cinun (classmate kite le siapa lagi – boifren lama ko kan pot heeh heehh) kerana cinun dah pun resign dari company ini dah memulakan kerja di Shell. In fact masa aku datang melapor diri mamat ni dah tak de pun sebab sudah pun mula menghabiskan cuti tapi dia sempat merasa bonus company yang paling tinggi dalam sejarah. Aku hanya sempat berbual kat tepon aje ngan dia. Dan dia dah menyamai rekod ko la pot..anak dia dah 3..aku yang kalah heehh heheh...Diorang ni apasal lah ramai2 pakat tinggalkan company yang dah berjasa kat diorang ni heeh heehh...


Last2 aku bertukar bilik dengan the engineer incharge masa attachment aku kat sini. Aku suka bilik yang ni sebab kemas bilik Johan tu heehh tanya Johan sendiri macam mana rupa bilik dia...Yang best kat sini sebab tak ramai orang. Sebelum start kerja ada bacaan doa...lepas abis kerja ada bacaan doa jugak. Food murah. Persekitaran tempat erja sangat bersih sangat condusive dan wangi selalu heeh tu sebab diorang ni selalu menang anugerah alam sekitar, 5S kebersihah dan OSH.


Sebagai permulaan aku tulis sikit aje..kepala sakit le pulak....


Till then.

4 comments:

NBK466 said...

Emmm kat mana tuh ek? Teruja jugak since selalu menang award utk EHS tuh..kot2 boleh benchmark ker.. apply keje ke..he..he.he..

Mak Su said...

fuiyooo... beshnyer... ada bilik sendiri

cikdinz said...

mcm pernah tengok tempat ni tp kat mana yeik....

Kopi Suam said...

nbk,
nak apply kerja kat sini..boleh2 tunggu bila kuo iklan nanti KS inform ok. Background kena engineering tau :)

Mak su,
Memang besh dapat bilik sendiri baru le ada privacy.

cikdinz,
tempat ni..haahh kalau jalan2 nak ke putrajaya tu nampak le serombong atas bukit..kat situ le :)