Rumah lama dalam kenangan
Rumah baru -Tinggal kenangan-senuanya hangus terbakar
KS nak berkongsi cerita pengalaman KS masa balik kampong ekoran dari kebakaran yang berlaku pada umah MIL. Banyak pengajaran yang KS dapat bila KS fikir-fikirkan. KS terfikir ini adalah ujian dan dugaan ALLAH. Samada untuk menguji kesabaran kita sebagai hambanya atau sebagai kifarah untuk menebus dosa dan kesilapan kita di masa silam. Kehilangan harta benda memang tak kami tangiskan sangat walaupun terkilan malah KS tahu mak sedih sangat dengan terbakarnya rumah yang telah mereka duduk selama 30 tahun di besarkan sedikit demi sedikit yang asalnya hanya 3 bilik dan menjadi 10 bilik yang memang banyak meninggalkan kenangan dan nostalgia buat mak dan abah membesarkan anak2 yang 12 di rumah itu.
Ini sahaja yang tinggal - tapi still tak boleh diduduki kerana bumbung dah terbakar
Malah KS bersyukur mak abah dan ajam selamat. Harta kekayaan adalah pinjaman ALLAH semata-mata malah segala kesenangan yang ALLAH berikan pada kita hanyalah untuk sementara. Jadi sebilang masa jika ALLAH ingin menariknya semula memang tanpa tangguh perkara itu boleh berlaku. Samalah juga dengan nyawa kita. Banyak2 bersyukur kepada ALLAH sebab sehingga hari ini masih sudi meminjamkan kita dengan nyawa ini. Masih sudi memberi izin kita mlihat dunia, menghirup udara dsbnya.
lantainya masih ok tapi bumbungnya dah terbakar
KS rasa bersyukur malah KS rasa mak dan abah bersyukur mempunyai anak yang ramai 12 orang dan sangat boleh diharapkan bila di dalam waktu-waktu terdesak. Malah mak abah tentu sangat bersyukur kerana mempunyai menantu2 yang memang baik2 belaka (bukan KS laaa biras-biras semuanya memang first class) sebab sama2 menanggung kesusahan dan berkongsi wang ringgit.
Inilah pondok sementara untuk mak dan abah
Satu yang KS paling suka bila berkumpul beramai2 di rumah mak abah ialah bila waktu pagi. Walau kami dalam kesesusahan malam selepas kebakaran kami beramai-ramai terpaksa tidur di bawah garaj malah KS anak beranak tidur dalam kereta. Nyamuk jangan cerita dengan kesejukan malam yang menyengat, tapi bila tiba jam 6.00 pagi garaj kete dah meriah seperti biasa masing2 dah bangun beratur untuk berebut bilik air (yang memang ada di buat di luar rumah) untuk solat subuh malah anak-anak yang kecil sebaya deena pun dah bangun dikerah untuk bersolat. Memang satu situasi yang menenangkan. KS suka keluarga ni yang memang sangat maufakat adik beradik. 12 beradik berkumpul bawah satu bumbung khemah memberi bantuan dan sokongan moral pada mak dan abah.
Bilik kami yang telah menjadi abu :(
Bila ramai-ramai begini kami bergilir buat kerja sebab kami ramai jadi kena bahagi-bahagi kerja macam KS memang ambik tender memasak. Jadi bila KS masak akak-akak yang lain buat kerja2 yang lain. So semua benda jalan serentak dan masing-masing tahu tugas masing-masing. Pada masa yang sama pagi esoknya selepas kebakaran hunny pagi2 sebelum sarap dah mula mengemas zink dan kayu2 sisa kebakaran semalam.
KS membayangkan jika kebakaran itu berlaku pada keluarga yang benar-benar susah. Tentu sedih dan sangat payah. Sedang Mak Abah yang 12 anak ini bersyukur anak2 on the spot mengeluarkan duit masing2 untuk kelengkapan mak dan abah. Lagi dengan bantuan orang ramai yang berkunjung sedikit sebanyak meringankan beban mak dan abah. Namun kesusahan itu masih terasa. Banyak barang yang masih tak mencukupi. Insaf KS dibuatnya bila memikirkan jika kebakaran ini menimpa keluarga yang benar2 susah.
Peti ais dua biji hangus. Tong gas 3 biji tapi tak meletup.
Mak memang tak henti2 menangis setiap kali beliau bercerita kepada anak-anak yang baru tiba dan saudara mara yang datang berkunjung. Malah pagi tu mak ditenangkan oleh abang jali. “Tak pe la mak nanti jali belikan semua barang-barang mak yang dah terbakar ni” Semuanya berlaku sekelip mata. Yang selamat hanyalah veranda rumah itu pun bomba tidak benarkan kami tidur dibawahnya kerana atap dan kayu penahan bumbungnya hangus terbakar.
Di hari kejadian kak Ima (sepupu) bercerita mak seperti tak ingat dah ingin menerjah api yang sedang menggila marak sebab nak selamatkan duit dan semua barang kemasnya. Abah pun sama perasaannya seakan mampu nak menyelamatkan semua barang yang ada di dalam rumah. Nasib baik sempat ditenangkan oleh saudara mara dan jiran-jiran terdekat. Akhirnya mak terjelepuk kerana lututnya lemah melihat rumah yang habis dijilat api. Malah ajam yang waktu tu baru pulang dari kerja pun tidak mampu berbuat aa-apa kerana api terlalu marak.
Mak memang tak henti2 menangis setiap kali beliau bercerita kepada anak-anak yang baru tiba dan saudara mara yang datang berkunjung. Malah pagi tu mak ditenangkan oleh abang jali. “Tak pe la mak nanti jali belikan semua barang-barang mak yang dah terbakar ni” Semuanya berlaku sekelip mata. Yang selamat hanyalah veranda rumah itu pun bomba tidak benarkan kami tidur dibawahnya kerana atap dan kayu penahan bumbungnya hangus terbakar.
Di hari kejadian kak Ima (sepupu) bercerita mak seperti tak ingat dah ingin menerjah api yang sedang menggila marak sebab nak selamatkan duit dan semua barang kemasnya. Abah pun sama perasaannya seakan mampu nak menyelamatkan semua barang yang ada di dalam rumah. Nasib baik sempat ditenangkan oleh saudara mara dan jiran-jiran terdekat. Akhirnya mak terjelepuk kerana lututnya lemah melihat rumah yang habis dijilat api. Malah ajam yang waktu tu baru pulang dari kerja pun tidak mampu berbuat aa-apa kerana api terlalu marak.
Kerja-kerja pembersihan di bilik ajam - dia pun tinggal sehelai sepinggang
Suasana memang amat sedih dan memilukan. Masa kami tiba pagi tu beberapa orang adik beradik yang lain telah sampai. KS menitiskan air mata melihat keadaan rumah mak. Bila menjejakkan kaki di atas veranda macam ada satu kuasa menarik untuk KS masuk ke dalam rumah. Masih terbayang-bayang suasana dalam umah yang mak baru aje buat setahun lalu. Infact abah baru aje beli display cabinet jati sebelum raya hari tu. Dan kata mak lagi abah baru aje 3 hari suruh indon cop dinding umah depan dengan harga RM800. kami pun tak sempat melihatnya hanya dapat tengok bekas2 cat
yang telah terbakar.
Kunjungan saudara mara dan jiran tetangga
Memang menyedihkan, memeritkan dan memang susah bagi mangsa kebakaran jika tidak ada bantuan. KS mengambil peluang menyelami perasaan orang-orang yang di dalam kesusahan. Bermalam di bawah pondok yang serba kekurangan. Sekurang-kurangnya kita merasa insaf dan dalam masa yang sama bersyukur dengan keadaan kita. Macam ni lah agaknya perasaan mangsa banjir, tsunami dan sebagainya.
selepas kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Kami adik beradik berbincang. Mak bila diajak duduk bersama anak-anak beliau menolak. Katanya biarlah dia duduk di pondok buruk tapi di rumahnya sendiri. Sedangkan jiran sebelah rumah pun mempelawa tinggal sementara di rumahnya pun emak menolak. hunny dan abang serta ipar-ipar lelaki pun membuatkan pondok sementara untuk mak dan abah. Walalupun pondok sementara kira kami buat naikkan batu terus. Itu pun nasiblah pondok tu dulu kami jadikan stor di belakang rumah tidak dijilat api. Memang reserve untuk mak dan abah agaknya.
Di garaj bertutup itu kami beramai-ramai bermalam.
Bila anak-anak mula beransur pulang mesti mak dan abah merasa sedih. Dulu duduk di rumah besar serba serbi lengkap. Kini duduk di pondok kecil yang serba kekurangan. Petang sabtu tu KS dan Dr Su ke Bukit Gambir bawak mak buat gigi. (gigi palsu mak pun habis dijilat api). KS belikan mak blender dan dua buah kipas meja untuk letak kat pondok sementara su belikan mak abah tv kecik. Hunny belikan mak gobok lauk dan meja makan untuk lengkapkan peralatan bagi kemudahan mak dan abah. Masing2 menyumbang sorang sikit. Ada yang belikan tilam, almari baju bantal, rak pinggan mangkuk, tempat dapur gas, periuk pimggan peralatan memasak dan sebagainya. Semuanya kena dimulakan dengan yang baru.
Begitulah kisahnya banyak pengajaran yang KS timba melalui musibah ini. Adik beradik ipar duai mestilah maufakat susah sama susah dan senang sama senang. Kerja jadi mudah dan tak akan timbul soal berbangkit di kemudian hari. Lastly pesanan KS layanlah ibu bapa mentua kita seperti mana kita melayan kedua ibu bapa kita. InsyaALLAH banyak keberkatannya terutamanya sekali berkat di dalam rumahtangga dan rezeki kita.
Till then.
11 comments:
Masyallah...syukur nyawa yg lebih penting dari harta benda terselamat...
Zirap.. aku tak tau tu mentua ko.. Allahuakbar... Maha Besar Allah tu.. aku sedey baca and aku insaf. bila2 masa aje Allah boleh tarik semuanya tanpa diduga..
Takziah untuk keluarga ko.. moga2 lepas ni semuanya dipermudahkan oleh Allah taala.. aminnnn
Takziah..apapun Allah uji pada hamba yang mampu melaluinya. Teringat jiran sebelah rumah yang hangus terbakar raya ke 4 yg lalu dan saya saksikan di depan mata sendiri...rumah batu tu pun baru juga dibina, dan sama macam mertua KS...anak2nya kerja agak hebat, alhamdulillah balik kg bulan lepas dah terdiri rumah batu baru RM 60,000...allah memberi ujian dan kemudian memberi nikmat di penghujung ujian itu...pasti ada hikmahnya...yg kita hanya perlu sabar menunggu...insyaallah..
hanisumayyah
NBK,
memang syukur kerana tiada nyawa yang terkorban.
Ayu,
Iye memang bila2 masa sahaja kalau ALLAH nat tarik tanpa berlegah walau sesaat. Sama-sama kita ingat mengingati.
Hani,
Kami juga berharap semoga ada cahaya kegembiraan buat mak dan abah. Dan semoga dimurahkan rezeki untuk mereka. Kami anak-anak membantu mana yang termampu.
zira,
takziah.. semoga bersabar atas dugaan yang menimpa..
teamwork penting dalam menghadapi sebarang permasalahan
sangat sayu baca entry ni. pengalaman yg sangat berharga. thank you dear KS for sharing the story.
cuma nak tanya... apakah punca kebakaran ?
memang sedih baca berita ni.. semuga sabar dan redha dengan ujian Allah..
Terima kasih pada semua yang bersimpati.
Punca kebakaran mungkin disebabkan oleh litar pintas. Bomba masih menyiasat lagi tapi memang confirm bukan dari dapur gas sebab condition dapur memasak (butang buka gas) memang off dan 3 biji tong gas kat dapur belum sempat meletup semasa proses memadam dijalankan.
Sorry Zira...aku baru dapat tau...Itupun hari ni baru aku berkesempatan msk blog kengkawan..aku masuk blog ayu tadi...Takziah utk family MIL hang...Tanggungjawab anak2 membahagiakan hati org tuakan?...Harap bersabar dengan dugaan ni...
Thank you MR.
Post a Comment