Monday, February 11, 2008

Masalah Rumahtangga

I was not in a mood to jot down anything. I was hooked to something since this morning. Btw this email menarik perhatian. It was an email yang berkisar pasal isteri yang dah tak cun and come to like luahan perasaan seorang isteri atas sikap suaminya yang macam itu dan macam ini.

I take this at a positive side. Ada tak sesiapa di dalam dunia ni yang hidup dalam rumahtangga yang tak pernah ada masalah. Ada my ustazah (antara yang paling bertuah dalam hidup) Mungkin ada juga orang lain tapi terlalu kecil bilangannya. For me kalau orang nak meluahkan rasa ketidak puasan hati bukanlah beerti dia nak burukkan suami dia. She just needs an attention and someone to talk too mungkin sebab dah terlalu lama memendam rasa. But mungkin sebab dalam group ni ada macam2 orang dengan mcm2 cara berfikir. Jadi sesi luahan sahabat ni tadi telah dianggap seperti sesi memburukan suami or membuka pekong di dada. I’ve replied one of email regarding this topic saying that saya pun ada suami yang pendiam. Hidup dengan orang pendiam is not an easy journey banyak sangat cabaran berbanding hidup dengan orang yang mudah meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkataan. But ada juga kebaikan kalau suami pendiam ni. You will less sakit hati dengan kata2 tapi you akan terasa dengan some of the perbuatannya. But all and all it’s like balance it to each other.

Memang macam-macam cabaran hidup dalam alam rumahtangga ini. Seperti yang pernah aku nasihatkan 90% memang bergantung kepada isteri. Infact dalam Al-Quran ALLAH sebut tentang perpecahan yang berlaku antara suami isteri. Jika nak rumahtangga itu bahagia keputusannya memang di tangan isteri. Aku pun dalam masa yang sama menasihatkan diri sendiri juga supaya meningkatkan lagi tahap kesabaran yang sedia ada. Btw dalam rumahtangga sebenarnya tak akan timbul masalah atau isu jika kedua2 pihak memainkan peranan dan tanggungjawab yang telah di amanahkan. Let’s say the husband tak jalankan tanggungjawab apa perkara terbaik yang isteri boleh lakukan. Mungkin masalah wujud kerana kurangnya ilmu agama kita lagi2 bila tiba bab nikah kawin bab tanggungjawab suami isteri dalam Islam. Sama-sama kita renungkan.

An-Nisaa (4) : 35
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka iaitu) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya ALLAH akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengetahui lagi Amat Mandalam PengetahuanNya.



Sebagai isteri kalau kesabaran kita sudah dihujung tanduk ada jalan terbaik dan jalan keluar yang boleh kita ambil setelah mengambil kira semua ikthiar dan alternative yang telah disarankan oleh agama. Tak kan lah kalau suami tak bertanggungjawab isteri still nak tunggu sedangkan si isteri tahu suaminya tak akan berubah dan tetap ditakuk yang lama walaupun dah bersabara 10-15 tahun. Islam bukan agama yang memberi kesusahan kepada umatnya. Tapi kalau isteri mampu bertahan dan bersabar maka ganjaran pahalanya amatlah sangat besar.

An-Nisaa (4) : 34
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana ALLAH telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada ALLAH dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan ALLAH dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) tinggalkan lah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan yang ringan yang bertujuan mengajar). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Dan sesungguhnya jika para suami faham tentang ayat yang ALLAH turunkan dalam surah An-Nisaa ini rasanya masalah rumahtangga 50% memang boleh dapat dikurangkan. Kerana lelaki ada pemimpin yang seharusnya mencorakkan dan membentukkan isteri dan anak-anak mereka.

**************************************************



From: ummiku-sayang@yahoogroups.com [mailto:ummiku-sayang@yahoogroups.com] On Behalf Of Halizan HussainSent: Thursday, February 07, 2008 11:01 AMTo: ummiku-sayang@yahoogroups.comSubject: Re: [ummiku-sayang] according to Dr Gray - Bila isteri dah tak cun

i have already agreed that happiness need to come from within a woman but what about men? (i hope it won't spark the battle of the sexes.)Emotions and ego aside :consider this:Diceritakan dari Nabi Muhammads.s.a.w bahawa baginda bersabda pada waktu Haji Wida' setelah baginda memuji Allah dan menyanjungiNya.Ingatlah (wahai kaum ku) terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri.Isteri2 hanyalah kawan mu yang berada disamping mu.Kamu tidak dapat memiliki apa2 dari mereka selain berbuat baik,kecuali kalau isteri2 itu melakukan perbuatan keji........Kalau isteri2 itu taat kepada kamu JANGANLAH kamu mencari jalan menyusahkan mereka.what i understand from this sentence is this: a woman can be taught to be good and loyal to the husband and a good muslim, if and only if the husband knows how 1)to be a good leader to their wives and children accordingly to ayat al-Quran :lelaki pemimpin wanita..2)maintain and remain a friend (maybe good friend?)to the wife.To end the discussion i would like to say :ladies, no more tears because you ARE PROTECTED by the Most Wonderful Man in History : Nabi Muhammad s.a.w.Berselawatlah banyak2 kepada baginda agar mendapat shafaat di akhirat nanti! Buatlah semua yang disuruh Allah dan tinggallah segala laranganNya.Semoga hidup akan bahagia dan diberkatiNya.Jest a reminder.
Ivy Razalli wrote:
Have to agree with this. If i had counted on another person to make me happy, i would have been depressed most of my married life
ramdzan wrote:
wasalam,few yrs back, I've attended Dr Grey talks....according to dr gray - (the man who wrote Men from Mars and Women fr venus book )- scientifically 90% of women happiness comes from themselves - while their other halves make up the other 10% of their happiness. So women don't need a man to make themselves happy.So accordingly to him, to the women who approached him who want to end their marriage due to their un-understandings and un-listening spouses....his reasoning since "you are convinced that you don't need another person to make you happy...why bothered by the 10%?. Being married will make you wholesome (100% happiness) while being alone will only give you 90% happiness max..."so the irony is, if you feel you are not happy - it is because...90% of the time, you make yourself NOT to be happy.so it is yr choice afterall (?) a statement or a question?waallahualam./
dzanjuwita ahmad wrote:
Assalamua'laikum...I am totally agree with you. Things can only changed when we changed our attitude and ways of seeing things. Biar cara berbeza .... yang penting matlamat sama and as husband and wife, we need to work things together, bina keserasian, bukannya fikirkan perbezaan, lihat kebaikan, bukan hanya memikirkan keburukan.. Tolak ansur, sabar, muhasabah diri ... semua tu penting dalam rumahtangga.Bukan susah nak faham suami ... tapi yang susahnya ialah untuk menerima sikap2 dia yang berlainan dari sikap kita ...Kalau kita dah sampai stage boleh terima (as long as apa yang dia buat tu tak bercanggah dengan hukum agama) dan melepaskan kesalahan2 dia yang lalu, kita akan dapat memahami dia dan boleh bina hidup yang lebih baik. Lagi satu pendapat untuk dikongsi, kebahagiaan hidup bukannya orang yang tentukan ... Tak ada orang dalam dunia ni yang boleh beri kebahagiaan pada kita. Kalau nak bahagia, kita yang kena usaha untuk dapatkan kebahagiaan sendiri. Kosnya tinggi ... usaha, usaha, doa, doa, tawakkal ... Jangan putus harap pada ALLAH.Ingatlah, kita takkan dapat mengubah suami ... tapi dia dengan sendirinya akan berubah apabila kita mengubah strategi dan cara kita sebagai isteri .. Kenali suami anda dengan lebih baik .... dan anda akan jumpa soft spot yang ada padanya.Yang baik itu datangnya dari Allah, segala kekurangan itu adalah dari diri sendiri.
Halizan Hussain wrote:
even if we stop the discussion the probelms will never end.could it be that we are all too concern abt our marriage life that we tend to focus on the bad things (to our perception) rather than focusing on the good things taht we have had with our spouse.to my believe is this: the more you pursue the more it will run away.when you pursue happiness you would only want to see what you want to see.sesungguhnya ada ayat quran yang berbunyi :"kemudian juka kamu (merasai )benci kepada mereka (maka bersabarlah),kerana boleh jadi kamu membenci sesuatu sedang Allah menjadikan padanya kebajikan yang banyak (utk kamu). an-nisa 19...."boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu.Dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. al-baqarah-216.jest a reminder.
Baby Sayang wrote:
Salam all,
menitik air mata baca email ni. apa kata kiter stopkan discussion about topic above? setuju angkat mouse....

Norsiah Mohamad wrote:
untuk renungan bersama......Subject: Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..
Assalamu'alaikum wr wb ..Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatuEid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemudengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untukkaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di BaabunNisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil RasulullahSAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirahseperti berikut:"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang bolehmenjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibatgeram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa nijugak nak habis."Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa,seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akandikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari RasulullahSAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya"
.2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Makasetelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kitabertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang." SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

4 comments:

zino said...

hidup berumah tangga ni memang banyak cabaran nya.. memerlukan kerjasama kedua pihak utk mengatasi nya..

Mak Su said...

sy plaks terbalik, saya yg pendiam... ada baiknyer apa yg Tuhan bagi tu. buka mata, kan

Kopi Suam said...

uncle zino saya rasa uncle, nbk dengan cik dinz kena buat entry untuk para suami yang masih samar tentang tugas dan tanggungjawab diorang la...saya tengok uncle cool aje dalam melayari alam rumahtangga plus anak2 semua menjadi...saya nak le petua tu semua. boleh ke?

mak su,
awak pendiam ke..heehh heehh...tak le teman tahu...baru harini tahu heehh tak sangka pendiam orangnya... tapi yang pendiam tu suka memendam betul ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum Puan,

Lama tak melihat blog puan. Selamat harijadi dan berumrah. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki sekeluarga.

Saya dah berkahwin 21 tahun, dengan isteri yang sedia cantik fizikal dan spiritualnya. Kami berdua bekerja. Saya pendiam, isteri petah berkata-kata.

Ego lelaki memang besar. Ego perempuan pun sama besarnya. Yang berbeza ialah bentuk ego, samada positif atau negatif.

Pergolakan ialah lumrah dialam perkahwinan. Tuhan berjanji tidak menguji kita melebihi kemampuan, yang dikehendaki NYA ialah "Sabar".

Asas perkahwinan ialah "Komunikasi". Sediakan 2-3 jam seminggu untuk berkomunikasi. Waktu meluahkan isi-hati (tanpa ego) untuk mencapai konsensus... demi keutuhan keluarga...

Wasalam,
Din
Bukit Mahkota.