Wednesday, April 23, 2008

Train oh train

Menci kerana aku nak tulis panjang2 tapi masa tak mengizinkan. Lagi berapa hari yek..ya ALLAH berdebar2 giller...sungguh lagi makin dekat ni lagi macam2 perasaan bercampur aduk. Tapi sekurang2 kerja yang bertimbun sekarang ni sedikit sebanyak hilangkan rasa yang mcm-mcm tu..iskhh tak gheti nak describe macam mana rasa yang ada ni seronok, takut, gentar tak boleh nak digambarkan.


addy also interested dengan tugas the train driver..anak2 lagi le excited
sebab tak dak org sgt boleh le snap picture kalau tak mak sogan jugak

Lately memang stress sgt2..iskh kerja aku ALLAH saja yang tahu. sibuk jangan cerita last2 melepas stress sendiri jadi tarzan kat umah sian kat anak-anak..korang tak biasa ke mcm tu..hmm korang teror laa.aku memang kena masuk kelas stress mgmt and anger mgmt...adakalanya memang tak boleh nak kawal diri.

Persiapan fizikal mental tak boleh concentrate sgt aku ada hutang lagi dengan kerja2 yang menimbun ni sebelum berangkat Isnin nanti....InsyaALLAH after presentation esok (aku kena buat presentation on SOA) semuanya akan reda sebab tu kira hutang kerja and also arrangement untuk presentation yang vendor nak buat Isnin dan selasa nanti. walau aku tak de masa presentation tu nanti the tanggungjawab is atas bahu mak. So memang aku kena make sure everything will run smoothly. So sekarang kena deligate kerja betul2 pda anak buah. Dah le participant ramai plak tu.


Cerita lain...sabtu baru ni kami bawak anak2 naik keteapi...hmm ni sebab si bujang sibuk sangat nak naik train. Akhirnya tercapai jugak hajat anak bertuah tu. So kami ambik komuter dari serdang sampai KL Central. Then ambik monorel sampai titiwangsa. Anak bujang sangat gembira...kira 4 kali le kami dok turun naik ketapi...benti KL central lunch kat Mc D dan menuju pulang ke Serdang semula. Anak bujang seperti biasa sangat seronok malah gayat (memang diorang tak pernah naik pun) aksi2 ala-ala kat dalam umah sendiri berlari sana-sini dalam train as if ketepi tu addy yang punya...aku pun malu le jugak ngan para penumpang kat dalam train tu sebab anak2 aku bila bercakap kan speaker..."mama nape train ni benti nak meletup ke" komuter kan bila nak charge power kan benti..iskhh adik2 yang duduk disekeliling senyum2 kambing nasib baik tak ramai sgt orang kami ada peluang duduk masa nak pergi tu.
Anak aku siap diri2 kat sit panjat...humang aii malunya mama dia...memang gayat siiihhh..Tapi masa nak balik ramainya umat mcm2 bau ada itu yang paling tak tahan..maklum le dah pukul 2 lebih waktu tu memang berpusu2 orang kat KL central tu. Masa nak balik tak dapat duduk padahal sit yang dikhaskan untuk orang2 tua, ibu2 mengandung perempuan dnegan anak kecil dengan toyanya diduduki oleh 3 orang mamat yang bila aku naik masing2 berpandangan sesama sendiri pastu siap tgk2 anak aku dan senyum2...paling risau bila ramai sgt orang anak2 dah le kemetot memang kena himpit tersangatlah bahayanya specially bila dioarang ni yang tak belajar sivik berpusu2 berebut nak masuk. Kami dapat berdiri dipintu memng berasak sikit. Addy tukang cover line..aku belakang anak2 addy depan anak2. Fehh time mcm ni rasa cam tak sesuai plak bawak bebudak ni....

Kira separuh perjalanan pulang baru ada ruang sikit untuk bernafas..aircond dalam train tak rasa langsung. Anak2 dah keletihan sangat last2 my bujang duduk atas lantai train sambil terlentok kat kaki aku sebab dah ngantuk giller tu. Sampai serdang dia jaga pulak...the moment dia tahu kami nak balik dia sudah bantai menangis sekuat hati.."nak naik train lagi nak naik train lagi"...humang ai 4 kali turun naik tak cukup ke...part ni memang aku kalah. Bak kata deena adik ni sangat bagus tidak pernah berputus asa..samalah jugak kalau dia menangis selagi dia tak dapat apa yang dia hendak maka dia kan menangis sekuat hati dan tidak pernah berputus asa.

Inilah budak yang tak gheti berputus asa :)

maka addy pun dukung lah Ilman..tarik jugak a
jak balik sambil pujuk2. Heeh at this time aku awal2 dah cabut dengan deena. Hanya addy sorang aje yang tahan melayan kerenah anak bujangnya tu...kalau tiba kat mama nanti ada yang kena cubitan sayang nanti. Kaki tu jalan2 jugak mendaki jambatan nagis tetap nangis sampai kat kereta....usihhh bagus Muhammad Ilman memang seorang anak yang tidak pernah berputus asa.
till then

1 comment:

ya2 said...

zira, aku gelak punye la kuat bila anak ko kata napa train benti nak meletop ke.hehe

seronok ek bwk anak jalan2 mcm tuh.aku pon ada plan nak wat mcm ko.almaklumlah, kt melaka ni xde komuternya.

suka baca entry ko ni.sbb mcm sama je cara kita handle anak2.