Monday, May 12, 2008

Musibah dan rahmat ALLAH

Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH. Tak tergambar betapa syukurnya diri ini setelah diberi rezeki dan peluang oleh ALLAH untuk menjejakkan kaki ke Kota Suci Madinah dan juga Kota Suci Mekkah. Sesuatu kenangan yang amat indah dan sukar untuk digambarkan. Jika dihitung dosa-dosa yang ada pada diri ini memang tidak layak rasanya insan yang hina ni nak menjejak ke kota suci tapi ALLAH itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih kepada hamba2Nya. Aku tahu memang banyaknya dosaku ini namun ALLAH Maha Mengasihani, Maha Pengampun masih kita ini disambut mesra dan dipermudahkan segala urusan kita semasa di tanah suci.

Namun begitu sehari sebelum keberangkatan kami diuji satu musibah yang agak menggerikan. 27 April 2008 ulang tahun perkahwinan kami yang ke 6. Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH kerana masih memanjangkan lagi kasih sayang kami suami isteri semoga ikatan ini berkekalan sehingga akhir hayat kami. Hari yang sama kami masak dan menjemput keluarga terdekat untuk majlis bacaan doa selamat. Sedang kami sibuk masak bertungkus lumus dari pagi hingga ke ikan bakar yang terakhir di atas kuali, waktu tu ayah sedang membaca doa selamat. Mak dan aku tinggalkan seketika ikan untuk turut serta mengaminkan doa. Selang 5 minit mak kedapur nak jenguk ikan tiba2 mak menjerit.

Aku melompat ke dapur melihat apa yang jadi Muka mak memang dah pucat lesi. Ya ALLAH Api dah dekat dengan tong gas. Aku lekas2 bukak pintu dapur..konon fikir nak lari selamatkan diri pastu tarik nafas untuk bertenang fikir jugak pasal rumah pasal anak2 pasal semua orang lain…waktu tu memang dah panic yang amat. Semua orang panic rupanya api dah penuh dalam cabinet dapur. Ya ALLAH aku panic giller lebih panic lagi bila tengok api dah sambar getah dapur gas. Api memang dah marak sebab sourcenya adalah gas direct dari getah. Ya ALLAH waktu tu memang dah tak fikir lain kecuali ya ALLAH janganlah jadi apa-apa..ngerinya kalau lah tong gas ni meletup habislah 20 nyawa yang ada dalam rumah waktu tu. Cousin2 yang ada semua dah bertempiaran nak lari keluar. Waktu tu aku dengan mak aje yang cuba nak padam kan api. Yang lain2 kat luar masing2 cuba menyelamatkan diri dan anak-anak. Sambil mak simbah air ke api pasti tak padam sebab memang gas tu still on. Aku tarik hunny dia pun panic..aku suruh dia tarik barang yang bawah cabinet. Memang nekad…aku yang bagi arahan kat hubby suruh dia tarik tong gas keluar. Dia pun macam dah tak gheti nak buat apa. Fehhh waktu tu memang nekad habis…hunny tarik tong gas keluar api masih marak dihujung getah lekas2 aku suruh hubby tutupkan gas tu. Fehhh amat menggerikan. Alhamdulillah keadaan kembali tenang. Thank you yang…you’re my hero. Ya ALLAH sujud syukur aku kerana tidak ada apa-apa yang buruk berlaku. Tapi aku nak masak sekarang ni ada rasa phobia lepas masak mesti aku buka cabinet nak make sure tak de api atau bau gas. Dan ekoran kejadian itu dapur rosak sebelah, Dapur yang rosak boleh diganti nyawa yang hilang mana nak cari

Since touch down kat KLIA Khamis lalu aku terus demam sampai hari ni. Demam yang agak teruk namun syukur sepanjang menunaikan umrah keadaan aku sihat walafiat.

Till then

5 comments:

ikan said...

syukur semua dah selamat. nanti share la gambar buat membakar semangat kami pulak nka ke sana.

eh, pasal dapur hang tu,....terkedu aku baca. syukur banyak tak de yg cedera.

DeLinn said...

Zira

syukur ko selamat. Hishh aku baca, ngeri weh.

Mak Su said...

syukur Alhamdulillah, peringatan utk kita semua tu, supaya sentiasa beringat2

Kopi Suam said...

Aku membayangkan nyawa kami waktu tu ibarat telur dihujung tanduk. Sedikit kesilapan atau sesaat terlewat bertindak mungkin benda lain pula yang akan terjadi. Rasa syukur ALLAH memberi kami peluang untuk hidup. Syukur sangat. Itulah rapuhnya nyawa kita manusia ni sebilang masa.

sama-sama ambil ikhtibar

ya2 said...

alhamdulillah zira..

semuanya selamat.berderau aku n alif baca entry ni.mmg peringatan utk suma nih..

ya hajjah..lepas ni meh la kita sama2 mengerjakan rukun ke 5 pulak.insyaallah..