Saat-saat akhir sebelum meninggalkan rumah buat selama-lamanya
Masa aku tiba orang dah ramai jugak…jenazah belum dimandikan lagi sebab urusan pengkebumian dilakukan selepas waktu Asar. Waktu tu kak Ju dan Ros pun tak sampai lagi, cousin2 aku pun ramai yang belum sampai. Yang dari KL kami merupakan yang pertama sampai. sampai aje dalam umah aku duduk dihujung kaki jenazah sebelah aku abang long yang sedang membaca yaasin. Aku rasa balong mcm tak caya abah dah meninggal. Dia urut2 muka abah sesekali aku nampak di memanggil bah..bah seperti mengejutkan abah yang sedang tidur lalu meneruskan yassin sambil sesekali menyeka airmata. Aku hadiahkan Yaasin untuk Pakngah 3 kali sebagai hadiah terakhir. Ilman berani betul anak bertuah tu siap buka menutup muka arwah nak tengok muka atok. Aku tengok muka rawah memang bersih dan tenang mcm orang sedang tidur lena.
Semoga dirimu tenang dan damai di sana abah amin..
Pakngah I used to call him abah masa aku kecik. Agak rapat jugak aku dengan pakngah.Masa kecik kalau kemana-mana memang pakngah suka bawak aku. Bila aku panggil abah kawan2 pakngah ingat aku ni anak dia. Even bila dah besar sampai sekolah menengah pun aku masih rapat sampai le aku dah masuk asrama. Aku ni antara orang yang menjadi tukang cari uban pakngah…Basically aku dengan keluarga belah mak memang rapat2 belaka. Menurut busu arwah meninggal sangat senang…alhamdulillah bahagian masing-masing. Pagi tu lepas mandi dan bersarapan seperti biasa pak ngah akan duduk berehat di kerusi malasnya di depan pintu sambil melunjurkan kaki. Kat kerusi malas tu le aku selalu dok cari uban pakngah. Mak ngah kata dalam setengah jam duduk berehat lepas sarapan pagi terus aje beliau menghembuskan nafas terakhir. Mak ngah yang tak perasan sebab sibuk di dapur tengok kaki pak ngah dah terkulai ke bawah. Begitulah bahagian sakaratul maut pak ngah sangat senang sekali..alhamdulillah
Pak ngah ada sakit kencing manis dan ada mild stroke sejak pertama kali kena pada tahun 2001 lalu. Dulu keadaan pakngah agak teruk semuanya makngah kena uruskan tapi beberapa tahun kebelakangan dah ok. Dah boleh urus diri sendiri. Tahun lepas kami gempar bila pakngah sakit teruk dan hampir nazak. Waktu tu kami ingat dah tak panjang dah umur arwah tapi rupanya ALLAH beri pinjam lagi setahun masa untuk dihabiskan di dunia.
Begitulah lumrah manusia, dari ALLAH kita datang dan kepadaNya kita kembali. Doa dan harapan kita yang masih hidup ni jangan persiakan masa yang ALLAH beri pinjam pada kita yang kita sendiri pun tak tahu bila tamatnya. Mudah-mudahan kita semua juga dipermudahkan sakratul maut kita amin…
Amalan meminta memudahkan sakratul maut dan menjauhkan siksaan kubur.
Selepas memberi salam solat fardhu terus sujud sekali lagi dan berdoa memohon ALLAH untuk memudahkan sakratul maut, menjauhkan penyakit semasa tua agar tidak menyusahkan orang lain untuk menjaga kita serta menjauhkan azab siksaan kubur. Selesai berdoa memberi salam. Amalkan untuk setiap solat fardhu. – ilmu ini diajarkan oleh Ustazah Azizah..
1 comment:
Takziah.. semoga rohnya diletakkan ditempat org-org yang beriman.. aminnnnnnnnnnnn
Post a Comment